Mereka yang Kool :)

Tuesday, November 20, 2012

Akhirnya.

Dengan nama Allah yang Maha Membantu. Seriyusli. 

Nah! Sedebuk kasih sayang Allah kasi buat anda. [Kredit]
 Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Terkesima sebentar. Jatuh pendrive di tangan. Tergamam. 

Akhirnya, Kau bukakan pintu hatinya untuk islam. Ya, benarlah kata orang. Jika di Malaysia, islam dan jahiliyyah itu macam kelabu. Berkecamuk. Bercampur aduk. Sukar mahu dibezakan. Hanya mereka yang pernah merasakan peritnya menjadi raksasa hitam jahiliyyah lalu berhijrah kepada manusia berhati terang dan tenang dalam keislamannya yang sempurna, dapat merasakan perbezaan islam dan taghut.

Buat anda (jika membaca), sumpah saya doakan anda di Rusia sana dan juga di Malaysia ini sentiasa dijaga ketat-ketat hatinya oleh Allah. Moga anda lah logam super saiya yang islam dambakan, yang palestina cintakan, yang Allah akan banggakan. Ameen.

Tak tipu. Saya bahagia. Gembira. Senyum selebar-lebarnya. Peace.

ps: Post pendek di petang hari untuk anda. Hehe. Selamat menjamah cekodok pisang dan Teh O panas. Eheh.

Wallahualam
 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers