Mereka yang Kool :)

Sunday, April 29, 2012

Tak Cukup Class Ada Hati Nak Jalan Karpet Merah..!

Dengan nama Allah yang Maha Merahmati...


[nota terkoyak] : Tajuk entri tidak ada kaitannya dengan isi kandungan. Haha. Ayat je nak power. 


Tengok betul betul mana satu mad'u anda . Heee. [Kredit]
Alhamdulillah... Sejuk dan nyaman dan seronok bila tika ini hujan rahmat turun mencurah-curah. Mungkin ayat feymes yang selalu orang katakan, ''sodap kalau tidur ni''. Ya, ya saya tak nafikan keseronokan tidur pada waktu hujan mencurah-curah ibarat memakan satu mangkuk saiz jumbo Ais Krim Baskin Robin bukan..? Hehe.


Ok. Bukan itu yang saya hendak tulis lah wahai anda pembaca sekalian..!


Ohh sebelum saya mulakan, bagi sesiapa yang belum mentadabbur Surah Abasa, please do so. Seriyusli. Saya bimbang anda akan kehilangan rambut sehelai demi sehelai berikutan ketidakfahaman anda dengan cerita yang saya postkan ini. Hehe. *bajet bagus huh?


Sejujurnya, pengalaman demi pengalaman dalam jalan ini sangat mematangkan fikiran seseorang daie tersebut. Maka, sangat tidak merunsingkan apabila ikhwah dan akhawat kelihatan 'matang' sebelum usia. Hehe. Sebenarnya saya segan nak kata tua sebelum usia. 
Dalam melakukan kerja dakwah, tak boleh lah main redah dan tangkap muat saja. Perlu kepada fiqh (faham) dan strategi dan cara yang muntij (berkesan atau berhasil). 


Ya, mungkin dulu kita selalu didedahkan dengan anasir taghyir (agen perubah). Yang memiliki logam yang kalau polish, boleh dapat titanium.*ternganga*  Namun, jangan sesekali kita lupa, semangat mutarobbi juga penting! Sebab itu kena hargai setiap seorang daripada adik-adik kita. Mereka ibarat buah hati pengarang jantung pisang kita tahu..? Masalah dia, masalah kita. Jatuh bangun dia, urusan kita. Seperti dalam surah Abasa, Allah SWT menegur keras Rasulullah SAW kerana tidak mempedulikan Abdullah Ummi Maktum yang buta. Wahai! Padahal dia dah terang-terangan bersemangat dan menunjukkan minat yang ampuh kepada Islam. 


Itu Rasulullah SAW. Bagaimana dengan kita? Dah cukup bersabar dengan adik-adik? Bila sms tak berjawab, bila call tak berangkat, bila tweet, tak reply, apatah lagi bila bere-mail. Harommm... Kata Muaz, jiran sebelah. Hehe.


Boleh refer Surah Aln Anfal 44-46 [Kredit]
Bagi mereka yang pernah mendengar Muntalaq (yang taktahu apakah itu, sila usaha untuk tahu, haha) , apa yang lebih aula' (penting) adalah kita kena menyedarkan mereka yang berpegang teguh dengan Islam supaya melakukan kerja dakwah. Bukan baik sorang-sorang. Simpan sorang-sorang. Kedekut. Tak malu. *kanak-kanak jelir lidah


Itu bagi Murobbi. 
Mutarobbi apa cer pulak?


Laaa. Sama jelah. Pokok pangkalnya jaga adab tatasusila kita dengan Murobbi atau Murobbiah kita. Dia ibarat emak atau ayah kita (sounds old). Dia sorang kena jaga 6, 7, 8, 9  adik-adik yang setiap satunya macam-macam perangai, ragam dan songeh. Kena faham, dia juga manusia biasa. Bukan maksum. Bukan kartun Sin Chan boleh diubah-ubah ikut jalan cerita. Sebab itu, berdoa, berlapang dada lah sebanyak-banyaknya. Moga anda tidak cepat beruban, botak ataupun gila. Err.


Dan insan-insan ini jugalah yang banyak memikirkan masalah anda wahai mutarobbi. 


Seperti kata Hassan al-Banna :
''Aku merindukan insan-insan yang tidak lena malam memikirkan masalah ummat''


Dan kita? Tak tidur lena memikirkan esok peperiksaan akhir, atau keputusan peperiksaan dah nak keluar, atau hari hujan kain belum angkat lagi, atau nanti petang nak berbuka apa ya..? 


Sungguh banyak yang perlu kita muhasabahkan... 


''Ya Allah ya Tuhanku, tarbiyyahlah aku sebanyak-banyaknya dengan apa juga cara yang engkau sukai''
Ehem ehem! Inilah saya. Haha. [Kredit]





ps: Tidak sabar untuk kembali ke medan konferens riang bersama 'darling marling' yang super duper terbaek! Dan... doakan juga saya sihat ya. Hehe. ;) Juga berharap Allah makbulkan doa yang 'satu' itu. Ameen ya Rabb. 


Wallahualam

Friday, April 27, 2012

Seminggu Tanpa Antibiotik Boleh Pengsan!

Dengan nama mu ya Rabb, pengubat hatiku...
Makin lama, makin sayang dengan jalan ni. [Kredit]
 Jom istighfar 30 saat. Astaghfirullah...

Okay. Alhamdulillah tsumalhamdulillah. Allah masih panjang lenjongkan umur saya sehingga ke hari Jumaat, ketua segala hari. Hehe. Bertuahnya saya dan mereka yang lahir hari Jumaat. Ceria gitteww. Err. 

Seminggu yang penuh dengan dugaan dan kesah-kesah yang menggugah jiwa ini. Seriyusli. Rasanya tak perlu sangat lah saya ceritakan dengan panjang dan lebarnya. Cukuplah saya katakan, Sumpah! Nikmat Allah memang tidak terhitung.

Setiap susah, ada kemudahan... Setiap ujian ada hikmahnya. Err. *air mata mengalir laju

Dan petang tadi, sekali lagi Allah bagi lampu hijau yang terang benderang untuk saya bermuayasyah dalam bulatan gembira bersama adik-adik yang cukup osem. Demam yang datang pun rasa hilang. Betul! Tak tipu, seriyusli..! *over ke? hehe

Dan, saya yakin anda juga mempunyai kesah-kesah yang tersendiri untuk seminggu ini, bukan..?
Yakinlah, jalan dakwah dan tarbiyyah ini menguatkan, bukan melemahkan. 
Ia melajukan, bukan melambatkan. 
Ia membaikkan, bukan merosakkan. 
Ia menyihatkan, bukan menyakitkan.
Tarbiyyah itu sungguh ubat mujarab! [Kredit]

Moga redha Allah bersama kita, insyaAllah :)

 ps: Aseef atas entri yang mungkin tidak memberi 'sesuatu'. Allah tarik nikmat sihat sekejap. Hehe.


Wallahualam
 

Friday, April 20, 2012

Bangau oh Bangau..! Ya, saya..!

Dengan nama Allah yang Maha Menerima Taubat :)
err. apakah ini semua? [Kredit]
Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? 
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? 
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? 
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? 
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? 
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? 
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? 
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? 
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? 
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Dulu saya pernah juga menyanyikan lagu ini di zaman pra sekolah. Hehe [Kredit]
 
 Ok. Anda boleh berhenti menyanyi sekarang. Tolong berhenti. Seriyusli. Hehe. Kenapa agaknya ya saya pilih lagu kanak-kanak Tadika Kemas Presint 11 Putrajaya ini..? Mungkin kerana keterujaan mendengar mereka menyanyikan lagu ini kot..? Err.

Tidak tidak. Bukan begitu. Saya ingin segar kembali ingatan kita terhadap satu artikel yang terdapat majalah 'KITA' aka Jom!. Haa... Sesiapa yang belum ada, boleh dapatkan sekarang..! Rugi kalau tak baca. *promosi lah pulak kau ni.

Iye, Ukht Farah ada menyatakan tentang lagu ini dan peranan kita tentang Syahadah yang tak habis-habis diucap dalam solat lima waktu, atau sebarang solat sunat. 

''Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah''

Mudah bukan jika kita membacanya..? Namun, setelah dikaji dan diamati, pada saya, ini sebenarnya makna tersirat disebalik itu.

''Aku berjanji untuk sampaikan kepada semua orang bahawa hanya Allah yang layak dan wajib disembah, tiada yang lain, dan Nabi Muhammad pula telah melakukan kerja 'syahadah' nya.Kini tiba giliran aku''
Sungguh sadis bukan..?  Bila kita berjanji, maknanya kita secara tidak langsung telah membuat satu kontrak. Dan balasan jika melanggar perjanjian ini adalah kita wajar dihukum oleh Allah Azza Wajalla. Subhanallah! Sumpah, saya gerun mendengarnya!

Namun ketahuilah, Allah takkan bagi tugas ini jika dirasakan hambaNya tidak mampu. Seperti Abu Ubaidah al-Jarrah yang sanggup menetak kepala ayahnya sendiri hingga terbelah dua sewaktu Perang Badar. Bukanlah kerana dia saja-saja suka membunuh ayah sendiri. Bukan juga kerana geram kerana tidak mewarisi harta pusaka. Bukan! Malah, ke'eager'an beliau membunuh ayah sendiri adlah kerana dia telah bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi, wajib dia memerangi golongan yang sombong, yang tidak langsung mahu menerima Islam.


Itu seerah sahabat. Dan menyampaikan syahadatul haq ini semudah menunjukkan tauladan dan akhlak yang baik. Makan secara tertib, mengajak rakan solat sama-sama, cuba resepi terbaru, kejutkan bangun qiam, menepati masa, solat di awal waktu, berbicara perkara yang baik atau diam, dan baaaaaaannnnyyyaaaakkkkkkk lagi. Anda tentu lebih tahu wahai pembaca yang budiman. *skema


Jadi, apakah kaitan dengan bangau oh bangau..? Oh ya! Terima kasih ingatkan saya. Nanti saya masakkan rendang ayam eh..? Hehe.
Bangau oh bangau tu kan banyak menyalahkan orang lain. Semua salah. Semua tak betul. Dia je yang betul. Macam itulah gambaran hari akhirat nanti di mana semua orang akan menyalahkan orang lain, mencari orang lain yang ada kaitan dengannya untuk meletakkan salah di bahu orang itu untuk melepaskan dirinya daripada hukuman Allah. Choyyyy..!


Maka, jom..! Kita selamatkan diri kita dan orang sekeliling kita juga seluruh umat insyaAllah dengan melakukan kerja 'syahadah' kita. Barulah jadi manusia yang super duper kool..! *senyum lebar

InsyaAllah. Jangan sedih-sedih ye awak. [Kredit]

 ps: Sedih, bosan, takut tu semua perasaan normal bagi seorang daie. Kalau tak diuji, maknanya belum lagi buat kerja tahu..? Jadi, kuatkan hati, zikrullah, perbanyakkan taubat, akui kesalahan kita dengan Allah dan makhluk ciptaannya. Moga terus kuat melangkah..! *pesanan buat diriku juga



Wallahualam
-islamic desire-