Mereka yang Kool :)

Tuesday, April 3, 2012

Turutkan Hati, Mati. Turutkan Silibus, Gila. Eh.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah tsumalhamdulillah. Seminggu sudah saya biarkan Diari ni jadi tak gembira. Haha. Dan seminggu juga saya sudah bergelar Alumni Pelajar Asasi Hondang-Hondang. Kredit untuk diri sendiri. Ehh.


Anda... Oh Anda..! 
Sebenarnyakan, dah lama saya nak tulis entri ini. Sejak saya berperang dengan pelbagai pen kilometriko semasa peperiksaan finale dolukala lagi. Betul! Tak tipu.
Saya masih ingat lagi, dek kerana terkena penangan Ini Sungguh Keren (ISK) ditambah dengan Antara Semalam dan Hari Ini oleh Hassan al Banna menjadikan mood saya untuk stadi subjek Introduction to Global and Legal Issue terbantut tut tut. Seriyusli..! 


Opkos lah saya tak seburuk ini bila geram. Hehehe. [Kredit]
Mana taknya, sedang saya dan rakan-rakan sepermainan belajar, mata saya tertancap pada sebutir tajuk dalam buku iaitu Terrorism. Dalam bahasa punjabinya, Keganasan. Tiba-tiba saya terhengatkan Raja Pikolo yang membuat keganasan terhadap Sun Goku dan orang kampungnya. Haha. Apakah?


Oklah. Bukan, bukan macam tu. Apa yang membuatkan saya kegeraman kuasa panda adalah di mana bila silibus dalam buku itu mengatakan salah satu jenis keganasan yang melanda adalah apabila sebuah negara yang memberi sapotnya dalam bentuk kewangan, militan mahupun moral terhadap sesuatu pertubuhan lantas menjadikan pertubuhan itu bertindak melakukan keganasan! (kalau boleh baca semula ayat di atas dengan satu nafas, haha)


Lalu, ia memberi contoh : Syria Government supports Hamas and thus it leads to a severe terrorism. 


Siapa setuju dengan pernyataan di atas, sila terjun dalam longkang sekarang. Dan bagi mereka yang tak tahu menahu apa yang disebutkan sebagai Hamas, sila menangis air mata ungu kerana ternyata anda ketinggalan zaman. Heheh. *terasa ke?


Mana lah saya tak geram kan..? Inilah salah satu contoh silibus yang diorentasikan oleh Barat itu. Hah! Anda jangan nak buat-buat tak tahu ehh. Bukan ke buku teks Sejarah Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 anda juga begitu..? Ingat tak zaman Paleolitik, Mesolitik..? 
Satu perkataan je saya nak tulis di sini. Pfffftttttt.


Kalau Allah frust dengan kita, lagi lah tertonggeng kita nanti. Padan muka. [Kredit]
Jadi, sebagai membuktikan kesyahadatulan Haq saya, maka saya dengan mode geram bercampur kesal dan patah hati dengan silibus hondang-hondang, saya pun memutarbelitkan fakta yang kononnya Syria telah menyapot Hamas dan menjadikan Hamas satu pertubuhan pengganas. Eh, saya tak main-main tahu..? Saya memang tukar habis contoh itu dan menulis yang Haq dalam kertas jawapan peperiksaan. Noktah. Habis geram saya di situ.


Sejujurnya saya kurang menceritakan kegeraman saya kepada manusia-manusia sekeliling berkenaan hal tersebut. Mungkin bagi mereka yang menyaksikan saya telah bertukar dari seorang manusia biasa kepada manusia hijau sahaja yang mengetahui. Haha. Maafkan saya wahai sahabatku..!
Sungguh takut kalau macam ni. Euuww [Kredit]
Saya cuma tak nak jadi macam dalam ayat Allah ni :


''... Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan kesaksian dari Allah yang ada padanya? Allah tidak lengah terhadap apa yang kamu kerjakan''
[Al-Baqarah 2:140]

Aseef jiddan jika entri kali ini tidak memberi apa-apa input, cukuplah saya sekadar berkongsi walaupun satu ayat cinta Allah untuk kita semua. Tapikan anda, daie yang osem itu kena pandang setiap perkara sebagai panduan dan tarbiyyah untuk dirinya tau..? Hehehe. *Senyum simpul mati. Dan saya bercerita bukan juga untuk membanggakan diri. Na'udzubillah. Bagi yang pernah merasakan pengalaman ini, saya pasti anda mengetahui. 

ps: Kini berada di bumi Shah Alam,(sekali lagi) bertemankan akhawat terchenta dan tersayang, doakan perjalanan yang penuh pancharoba ini diredhaiNya. Ameen. <3

Wallauhalam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers