Mereka yang Kool :)

Thursday, March 29, 2012

Sayang, Esok Detik ke Jerusalem..!

Dengan nama Allah yang Memegang Hati-Hati Ini


Nota meja : Buat anda yang merasakan anda lemau ibarat biskut Chipsmore atau kelesuan selepas tidak kecukupan glukosa, maka jum! Kita saksikan video gempak ini..! 

[Kredit to IIUM Malaysia untuk Flashmob di Mydin USJ]

Maka, dengan bangga dan penuh semangat kesukanan, suka saya isytiharkan bahawasanya ESOK, 30 MAC 2012, akan bermula satu program yang besar kalah Gunung Fuji iaitu, Global March Jerusalem atau GMJ :)

Jika dahulu, pada 16 Mac 2012, kita sama-sama menyertai Perarakan Syria (dan saya sedang bertarung dengan kertas peperiksaan tika itu), esok kita ke Jerusalem pula..!

Mungkin kita tidak berada di Palestine, bersama-sama kakak, abang, pakcik, makcik, datuk dan nenek kita yang berjuang bermati-matian di sana, namun sebagai saudara yang deklair diri anda Muslim itu, maka WAJIBLAH kita membantu mereka dengan apa cara sekalipun. 

Macam dalam video di atas, bayangkan jika semuuuuuuuuuuuaaaaaaaaaaaaaa penduduk di Bumi ini bersatu dan melancarkan GMJ bersama-sama, tak ke gentar tentera goblok Israel itu..? Iran, dengan kuasa besar nuklearnya, Jepun dengan teknologi militan dan semua umat Islam tentunya, dengan semangat JIHAD persis Golongan Badar dahulu..! 

Sebenarnya, saya sedikit kesedihan berikutan ketidakhadiran saya untuk program esok. Hak seorang ibu perlu diutamakan. Akhawat, tolong wakilkan saya..! InsyaAllah, ruh sentiasa bersama anda wahai Jerusalem terchenta. Sobs sobs :'(

Ramai yg hebat-hebat ni..! JOM JOM! [Kredit]

Boleh tukar Default Picture FB anda sekarang juga..! [Kredit]
Jika dilihat di poster yang pertama, kelihatan banyak figura figura yang boleh tahan ''Anasir Taghyirnya'' *ejen pengubah* atau senang kata, mereka yang boleh mempengaruhi orang dengan 'alat' mereka sendiri. Seperti, Tun Dr Mahathir, Ally Iskandar, Yassin dan dan dan ramai lagi mereka yang insyaAllah ingin bersama-sama dalam usaha membebaskan Palestine. 

Jadi, jom saudaraku sekalian..! Ayuh jadi semangat tahap panda untuk GMJ di Jumaat yang barakah eosk..! Moga ia menjadi satu hujah yang paling mantop untuk kita di Akhirat kelak. 

''Akan ada di kalangan umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka. Barangsiapa yang cuba menghampakan mereka, tidak sesekali akan dapat melukakan mereka, sehingga datang keputusan Allah, dan mereka berdoa akan tetap sedemikian, maka sahabat bertanya, Ya Rasulullah, di manakah mereka? Jawab Rasulullah, mereka berada di Baitul Maqdis dan sekitar Baitul Maqdis''

Ps: Saya doakan agar GMJ berjalan lancar biiznillah. I'm physically absent, but my ruh will always be with you, Jerusalem. InsyaAllah.

Wallahualam
-islamic desire-


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers