[Hentrodaksyen] : Entri ini memang saya nak kreditkan buat seorang emak, isteri, hambaNya, dan lain lain lain. Puan Noor Ridah bt Daud. :)
***
Tolong saya! Tolong saya...! Tolong ambilkan saya kain lap kejap. Habuk tebal lima henchi dah kat blog ni. Sian ke dia.
Aaa. Terima kasih Pak Selamat atas kain itu.
Okay. Jum sambung semula.
Syukur alhamdulillah, hari ni, pagi ini Allah izinkan lagi saya menggunakan jari-jari yang sepuluh untuk menekan papan kekunci di komputer riba. *skema* Jadi, bagaimana mutabaah amal kita? Iman kita hari ni? Sihat walafiat ke dah nazak? Naudzubillah daripada itu.
Ok, Lurus ke titik.
Baru-baru ini, saya sempat berukhuwwah dengan seorang insan yang sangat berdedikasi. Perangainya hampir-hampir macam Puan Emak saya yang terchenta itu. Perkenalan kami bermula di MukaBuku. Ok, moh kita panggil nya Aunty R.
Cerita antara kami bermula apabila anaknya yang merupakan kelasmet saya mengatakan mengenai keoseman puan mamanya dengan hal ehwal kek dan muffin dan lasagna dan dan dan dan itu... itu... memang osem..! Ditakdirkan Allah, saya juga sedang mengumpul semangat dan mencari inspirasi untuk belajar membuat kek. Ehem!
Mana lah ketahuan kan, boleh DF (dakwah fardhiyah) adek-adek dengan Kek Coklat Lembap, atau Tangan Buat Aiskrim (handmade ice cream) dan mungkin juga Kek Cawan Red Velvet. Walaweh, baru lah jadi dakwah yang terbaek di alam semestaaa, tak gitu anda semua...?
Tapi setelah kami bersembang kencang, ada satu kata-katanya yang membuatkan saya rasa diketuk-ketuk berulang kali sampai tertanam separuh badan dalam tanah gambut ini. Hiperbola sungguh di situ. Saya tahu.
''Arwah emak aunty selalu pesan. Secantik-cantik perempuan, sepandai-pandai perempuan, pergi dapur juga akhirnya. Itu selalu aunty ingat. Huhu. Baru sekarang aunty faham betapa besar makna di sebalik kata itu.''
Kalau dapur macam ni, saya pun nak duduk dapur je.. [kredit] |
Rupa-rupanya, maknanya besar daripada itu. Kadang-kadang kata orang tua ni ada betulnya. Kan dia dulu makan garam dari saya..?
Hah, sebab tu orang tua selalu darah tinggi, kata Hosni anak jiran sebelah. Erk. Apakah?
Setinggi mana pun seorang wanita itu belajar hatta setinggi Gunung Everest sekalipun, mestilah belajar masak. Et lis belajarlah. Bukankah Rasulullah juga begitu..? Membantu dan belajar daripada isteri yang tersayang untuk memasak di dapur walhal dia seorang lelaki. Kan seronok kalau mahir pelbagai bidang. Kata nak jadi daie super
Memasak tu pun ibadah tahu..? [kredit] |
Kata anda yang eksekutif itu.
Ya, ya saya tahu itu. Tapi ini dalam konteks belajar. Tak salah bukan menambah ilmu dan fikrah di kepala
Terima kasih buat Aunty R yang sudi berkongsi resepi dengan saya. Oh ya! Dia juga buatkan saya kek Coklat Lembap ini..! Heheh. Sila jeles sekarang juga.
Sumpah sodap..! [Kredit] |
Wallahualam
-islamic desire-
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Suka dgr Anti sudah dipenghujung asasi undang undang. Insya-Allah dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yg baik serta dielakkan daripada diganggu anasir anasir yg menganggu. Barakallah. Ana doakan.
ReplyDelete