Mereka yang Kool :)

Sunday, March 18, 2012

Adakalanya Markonah juga Menangis tahu..?

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa Maha Memiliki :)


[Kredit]


Subhanallah, hamdanlillah, Allahuakbar. Itu je yang mampu dilafazkan. Sibuk menelaah bukan bermakna kewajipan di belog ini terabai ya. Dalam fakta (in fact), kerana ini juga telah menjadi sebahagian daripada diri saya, maka secara logik akal manusianya, saya akan terus menulis selagi jari masih ada. Heh. 


Poster lusuh di dinding : [Entri ini khas buat mereka yang pernah berpimpinan tangan dengan si saya ini.]


Assalamualaikum wbt...


Antunna, 
Jika antunna sekalian baca entri ini, ketahuilah ia datang jauh dari dalam hati buat kalian. Tergerak hati saya oleh Allah untuk merungkai rindu, mengimbau semula kehidupan kita dahulu dan pasca ditarbiyyah...


Antunna,
Masih ingat tak dahulu masa kita sekolah lagi, di Ahmad High School, bangunan Inggeris yang usang dan lama itu. Kita bersama-sama dalam semua perkara. Dulu, aku masuk olahraga, kalian juga begitu. Di padang sekolah, di trek lumba lari itu, kita sama-sama berlari menuju garisan penamat. Oh..! Alangkah riangnya tika aku sempat mengusik Adik Pupu yang kelihatan comel sekali ketika berlari. Kalian juga ada di sana, menyambut aku tika aku hampir pengsan setelah menamatkan larian yang sumpah jauh. Indahnya hubungan kita. 
Jiah yang gugup ketika berada di ramai orang, Adik Pupu yang sering termelatah. Anda chomel tahu..?




Antunna,
Kita ditakdirkan Allah untuk berada di satu kelas yang sama. Belajar sama-sama. Kalian tahu aku tidak sukakan subjek Kimia. Sungguh tak suka. Namun, kalian juga yang berkongsi nota denganku. Sanggup menahan sabar dengan aku yang acuh tak acuh menghafal formula dek ketidaksukaan aku dengan subjek itu. Dan kalian juga yang memberi inspirasi buat aku akhirnya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam Kimia. Kalian tahu, aku masih ingat waktu itu... 


Kita sama-sama menyiapkan kerja sekolah. Berfikir hampir pecah kepala memikirkan solusi Matematik Tambahan. Kalian sekali lagi tahu ketidaksukaan aku dalam mengira. Sekali lagi, antunna tidak pernah jemu pulang lambat dari orang lain, hanya semata mengajar aku. 
Kita sama-sama kena rotan, kena marah dan macam-macam lagi kerana tidak siap kerja. 


Dan akhirnya antunna fillah sekalian,
Ingatkah lagi kalian, hari keramat itu, pertemuan kita dengan 'si dia' yang membawa kita satu 'dunia lain'. Dia yang rupanya tidak mempunyai saudara mara di tempat kita. Hanya dihantar semata-mata sebagai kerjanya sebagai seorang guru. 
Ingatkah lagi, hubungan yang bermula antara kita dan 'si dia' itu bertukar dengan osemya, dari murid-cikgu kepada kakak-adik malah lebih dari itu. Masya Allah. 


Aku tahu kalian masih ingat, tika kita terdiam saat ayat-ayat suci Al-Quran dibacakan, dihayati, ditadabbur bersama-sama. Seperti kita tidak pernah menjumpai ayat-ayat itu... Padahal bukan kita tidak mempunya Al-Quran di rumah, bukan..? Si dia berjaya mencuri hati kita untuk bersama-sama mengingat kembali tujuan kita di muka bumi ni. 


Antunna,
Aku masih ingat setiap satu wajah sedih kalian tika kita berkumpul bersama buat kali terakhir. Sebelum kalian dan aku sama-sama ke fasa seterusnya. Melangkah ke tempat yang sudah ditetapkan Allah untuk kita berkhidmat di jalanNya. Aku masih ingat Surah As-Saff itu. Setiap satu titis air mata kalian yang jatuh ke atas kitab Al-Quran, aku perhatikan. Mudahnya kita tersentuh hati tika itu kan..?


Dan hari ini duhai Antunna yang kucintai kerana Allah,
Hari ini rupanya Allah bisa temukan kembali kita. Berada bersama dalam satu khatibah Kaisy yang sungguh bahagia. Kita merancang dakwah bersama-sama. Bertemu dan berpisah hanya kerana Nya. 


Dan aku ingin kalian tahu... 


Aku bahagia. Sungguh bahagia mempunyai kalian. Ukhuwwah yang dahulu hanya semata-mata kerana 'satu kepala' kini hanya semata kerana Allah SWT. Jazakillahu khairan katheera buat kalian kerana berpimpinan tangan denganku. Sayang antunna kerana Allah SWT. 


Aku berharap kalian takkan lepaskan tangan ini pergi [Kredit]
Khas buat antunna yang disayangi, dicintai dan dirindui kerana Allah SWT :

  • Najihah binti Abdul Raof
  • Putri Fadila Binti Meli @ Ramli
  • Nik Aida Mastura binti Nik Abdul Majid
  • Nur Ain Adni binti Effendy
  • Akhawat fillah abadan abada

Ps: Entri ini ditulis buat kalian dengan deraian air mata keharuan. Moga kita bisa berlari ke JannahNya bersama-sama. Ameen.


Wallahualam,
Najwa Farhana Binti Wahid @ Ab Wahid
18 Mac 2012
Jam 1727 
Selangor, Malaysia







2 comments:

  1. hoho...terharu dan tersentap habes,,...rindu zaman dolu2......insyaALLAH,kenangan manis itu yg mmbawa kpd keteguhan ikatan ukhuwah ini.......aminnnnnnnn

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers