Mereka yang Kool :)

Sunday, March 11, 2012

Sekali Sekala Jadi Joyah Pot Pet Apa Salahnya..!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Bijaksana :)



Hadoyai..! Kanak-kanak Ribena pun tahu umpat! [Kredit]
Whoaa.... Tajuk entri macam nak buat kontroversi je enn? 


Nota belum cukup padat: [Entri ini mungkin mempunyai sentimen kasih dan sayang yang chukop tebal. Sila rasa terharu sekarang. Ngeeee.]


Joyah Pot Pet tu apa, Maksu..? Tanya anak ponakan saya yang chomel itu. Hehe. (sebenarnya dia belum reti sangat bercakap, saya berangan je ni) 
Kalau saya katakan nama Joyah, apa yang terlintas di fikiran anda..? 
Perempuan? Suka bawak mulut? Suka mengumpat? Puan Norliah Ghani? Err...(pandang kiri dan kanan) 
Mungkin salah seorang ini adalah Puan Joyah itu..? Hahaha. [Kredit]
Opkos lah saya tak mahu langsung bercerita tentang puan pelakon itu yaa. Joyah Pot Pet adalah satu watak yang sinonim dengan perempuan yang suka menjaga tepi, depan, belakang, atas bawah kain orang lain. Kalau boleh, dia nak tahu jugak jahitan dan sulaman apa yang digunakan di kain orang lain itu. Pheww~ Sumpah bosan kalau ada orang sekeliling yang begini enn? 


Hah, dah tu kenapa pulak duk kata jadi Joyah Pot Pet tak salah...? Err. Mungkin biasa anda dengar dialog macam ni kan..?
''Mind your own bussiness lah, Cik Prada..! 
WHAT THE FISH nak sebuk sebuk hal aku. Kubur lain-lain meyh!''
atau yang ini,
Aku buat apa pun suka hati jantung aku lah. Duit aku, harta aku. Tak mintak pun kad kredit kau yang dah ekspaiyed tuu. Choyyy!


Fulamak! Memang kena maki habis kan kalau ada orang yang suka suki nak jadi Joyah. Tapikan, tahukah anda, bila kita mengucapkan kalimah syahadah, ''Aku bersaksi TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, dan NABI MUHAMMAD pesuruh Allah'' dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga masalah ummat, aka jaga tepi kain orang lain tahu..? 
Err. Haha. [Kredit]
Hailaa. Dia mula dah. Dia mula dah, Cik Prada ni..! Ceramah lah tu!
Err. Anda, oh anda..! 
Saya tak nak anda tarik tarik kaki saya, atau tarik baju saya atau tudung saya di AKHIRAT nanti mengisytiharkan bahawasanya saya tidak menyampaikan Islam kepada anda tahu..?
Sumpah saya dah tak nak jaga tepi kain anda pada masa itu lagi..!


Mungkin sebelum ditarbiyyah, kita merasakan kita sudah baik. Yelah, solat jaga. Puasa wajib jaga. Hormat orang tua. Jadi pengawas sekolah. Dapat 5A UPSR. (Apa kaitan?) Haha. Namun,  tolonglaahhh percaya, dengan izin Allah, anda akan dapat merasakan kelainan, evolusi dan transformasi terhadap diri anda SELEPAS ditarbiyyah..! Sumpah!
Mungkin anda akan rasa mahu pengsan persis katak disuap kapur, atau ayam diberi makan Burger Big Mac McDonald kerana baru tahu betapa banyaknya kejahiliyahan yang pernah dibuat. 
  • couple
  • mencuri duit orang
  • hutang tak dibayar
  • tonton Drama Korea , dan Hindustan lebih lebihan
  • makan banyak dari sepatutnya
  • kara-k.o
  • paksa orang lain masakkan Muffin (haha. yang berkenaan, sila terasa)
  • study hanya untuk exam
  • malas mandi *err.apakah?
  • memandu kereta Puan Emak sehingga accident(ok. ini saya)
Dan pelbagai lagi karat-karat jahiliyyah yang mungkin bagi mereka yang sudah ditarbiyyah, masih lagi dibuat, mungkin..? Na'udzubillah. 

Dan lagi, tahu tak yang sebenarnya orang-orang yang mengajak anda ke arah kebaikan ni aka Dakwah, adalah orang yang penyayang tahu..? 
Dia nak jadi Cik Joyah Pot Pet yang sentiasa menjaga anda, pastikan anda tak sengsara akhirat nanti, makan cukup, pakai cukup, tak perlu meminta-minta di dunia ini. Dia nak anda hidup mengikut apa yang Allah mahukan, bukan apa yang Puan Mama atau Incek Papa anda nak. 

''Para daie itu melihat manusia dalam penderitaan jahiliyyah yang amat dahsyat. Mereka yang tidak tahu apa tujuan mereka diciptakan di dunia ini. Tidak beriman dan mengamalkan Islam itu, sungguh kasihan, bukan..?''
-sisaya-

Maka, benarlah firman Allah,
'' Sungguh, telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, BERAT TERASA OLEHNYA PENDERITAAN yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman''
[At-Taubah 9:128]

Haa. Kan dah kata! Cantikkan Allah umpamakan sekelompok manusia ini..? Jadi, jika anda sayangkan diri anda, sayangkan (sila isi nama orang-orang yang anda kasihi, banyak-banyak pun takpe) maka, anda kenalah jaga hal ehwal mereka. Pastikan kita semua berkasih sayang kerana Allah SWT sahaja. Bukan baik dengan Cik Prada kerana dia memiliki kereta Nissan Murano atau Audi Spyder, tahu..? (sila muntoh hijau sekarang juga) Haha.


Dah tu, tercegat apa lagi tepi katil tu..? Mohlah jadi Joyah Pot Pet. Hehehe. Jaga tepi kain orang ini ada pro dan kons nya. Ikut andalah mahu melihatnya dari segi apa pun hatta oktagon sekalipun boleh. *senyum simpul.


Haa. Ni bagus. [kredit]


ps: Mungkin tidak akan selalu menghapdet Diari Bulatan Gembira lantaran diri yang akan berjihad bersama beberapa batang pen Kilometriko pelbagai kaler, bersama kertas-kertas soalan Peperiksaan Finale yang akan berlangsung dengan jayanya sekitar 16 Mac - 26 Mac. Doakan kejayaan saya demi mencapai redha Allah..! 


Effort + Tawakkal=VICTORY lillahi ta'ala!

Wallahualam
-islamic desire-



2 comments:

  1. Memang nakal benar si pemaksa muffin tu... haha.. walaupun muffin tu rupa tak comey tapi rase dia cantik... By the way, betul la, orang mungkin anggap kita ni penyibuk... Tapi tu dah jadi amanah kita, manusia ni dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan pesan ke arah kebaikan dan beramal soleh. Always do care for others...

    ReplyDelete
  2. haha joyah pot pet. tapi seriously islam sruh ajar jage tepi kain org iaitu berdakwah ye dak? siape lg yg x jage tepi kain kite slain sedara muslim.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers