Mereka yang Kool :)

Tuesday, May 29, 2012

2, 3 Kucing Berlari, Manakan Sama Si Kucing Kurap. Eh.

Dengan nama Allah yang Maha Memiliki Maha Menenangkan...

[Nota entri]: Entri ini sesuai buat anda yang memang kaki kucing. Bukan kaki manusia. Hehe. 


1
Kucing oh kucing. Kaulah hiasan dunia.... [Kredit]
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Minggu ini ternyata minggu yang sungguh penuh dengan mehnah dan ujian yang sumpah menggugah hati. Memandangkan, saya ini manusia biasa, tipikal, maka sudah tentu saya juga tidak terlepas daripada mengalami masalah jiwa kacau. Hoho. Er. Malas cerita lebih-lebih. Saya kurang pandai bercerita masalah diri. Ya, itu saya. Sila kenal. Hoho lagi. Sekian.

 Ok. Anda jangan nak buat saya ubah topik ya. Saya ingin bercerita mengenai haiwan ternakan saya yang terbaik dari ladang. Ya, dalam entri yang lepas-lepas, sudah saya ceritakan dengan panjang dan lebarnya kalau saya cerita lagi mahu dapat satu kitab purbakala. Eh. Ini berkenaan dua jantung hati saya. Lily Bobo dan Cheeq. 


Memandangkan mereka berdua sahaja yang sudi tinggal di rumah ini dengan setia jayanya, maka, wajarlah saya menjaga makan dan pakai mereka. Kucing saya tak pakai apa-apa ya. Itu anda perlu tahu. Huhu. Ironiknya tentang kucing ini, beberapa bulan yang lepas, mereka telah dijangkiti wabak kurap dan kegatalan. Mungkin tidak kerana kelemumur kerana sudah pasti mereka dimandikan dengan syampu anti kelemumur jenama Friskies. Eh. Ya, saya yang kasihan melihat kondisi mereka. Setiap hari akan menggaru-garu hingga kadangkala berdarah. Habis cadar baru bilik saya. Haisy! (tak baik mengomel, Cik Prada!)


:) [kredit]
Lalu, hari ini kami bertekad untuk membawa mereka kepada Doctor Veterina yang sungguh tampan lagi suci hati. Dia memberikan suntikan mesra kepada kedua-dua kucing saya dan satu butir kapsul vitamin berperisa coklat. Yummy! Oh ya. Berat Lily Bobo sudah bertambah, (bahagia kot) kepada 3.7 kg. Cheeq macam biasa malas timbang. Kucing betina agaknya memang taknak kasitahu berat mereka. Dan jangkaan saya bahawasanya Cheeq mengandung adalah dibangkang sama sekali oleh Tuan Doktor yang arif. Rupanya dia memang mengalami sindrom kuat tidur. Zzz. Ok. Minggu depan kena buat rawatan lagi.

********** 

Err. Sebenarnya, apa point sebenar anda bercerita tentang kucing-kucing ini semua..? Tahukah anda bahawasanya saya juga memelihara lebih daripada dua puluh satu anak kucing di rumah. Tak ada sebok nak chanang dalam blog punnnn...... Huhuhu. Kata anda sambil menjuihkan bibir. 

Erm. Sebenarnya, ini salah satu cara saya untuk menghilangkan rasa terbeban, rasa stress, rasa disakiti, rasa tak tenang, rasa serabut, rasa tak berguna, rasa bingung, dan segala macam rasa. Opkos, mentadabbur al-Quran dan bertemu dengan akhawat serta adik-adik tercinta adalah yang utama. 
Tapi, bukankah pada haiwan ternak itu Allah jadikan pengajaran untuk dijadikan tauladan dan pedoman? Haa... 
Dan kucing juga tahu erti sakit dan sedih tahu..? [Kredit]
Ya, seperti perenggan pertama di entri ini, telah saya katakan, saya di ambang kesedihan. La tahzan ukhti. La tahzan, innallaha ma'ak. Ya, jazakumullahu khairan katheera buat pesanan itu semua ladies and gentleman. Fahamilah saya. Kadangkala, saya perlukan waktu bersendiri. Dan mentadabbur kucing menjadikan saya terhibur jua. Hati saya bukan sempurna. Hati saya bukan untuk disepak terajang. Hati saya butuh tarbiyah. Perlu kepada aura iman yang basah. Dan, tentunya, hati saya takkan diberi kepada sesiapa selain ALLAH SWT. Hanya DIA yang layak. Fullsetop. Jangan minta lebih lagi. Atau anda akan terima sepak terajang saya yang belajar Silat ini. Chewah! *bajetweyh!

ps: Boleh tak kalau saya nak request pada Allah, saya nak terbang jauh? Terbang sejauh-jauhnya dari bumi yang sedang saya duduk sekarang. Mungkin tarbiyah di sana mampu lebih mematangkan saya, menjadikan saya kuat dan lebih berdikari, lebih qawiy!Boleh tak saya nak request, saya selalu bersama mereka yang berjuang di Syria? Boleh tak? Boleh tak?

ps 2: Dalam sedih-sedih, terubat juga bila mengetahui Ustaz Salam yang disegani akan datang untuk satu konferens gembira. Jadi, tolak tepi semua masalah cikai yang wahan itu, dan FOKUS!!! Jum semua!

Wallahualam

Sunday, May 27, 2012

Ini Style Kita. Anda Mampu?

Dengan nama Allah yang Maha Merancang...
Err. Ini Style Kitorang. Anda pula? [Kredit]
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Dan tentunya alhamdulillahi rabbil 'alamin, setelah beberapa momen blog ini dibiarkan berdikari sendirian tanpa tuan, habuk setebal 3 enchi. Baru saya tahu, kita memang perlu utamakan urusan yang sangat terpenting, daripada urusan yang penting-penting saja... kan?


Konferens Riang Ini Stye Kita (ISK) telah selamat dianjurkan. Dan Allah memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikannya buat adik-adik tersayang. Subhanallah! Nikmat mana lagi yang ingin saya dustakan? 
XD [Kredit]
Sebenarnya, rasa terharu itu sungguh menebal sebelum daripada daurah ini lagi. Mana taknya, melihatkan adik-beradik yang begitu supportive, puan emak yang sanggup menyapot rumah, dan kucing-kucing yang sungguh baik perlakuannya menjelang hari kejadian. Saya sungguh tidak menyangka bahawasanya Allah akan membuka jua hati-hati mereka untuk menjadi pendokong kepada jalan dakwah dan tarbiyyah ini. *air mata mengalir laju. Tengsomac emak. Adik love you.


Dan, semasa rehat-rehat bersama, seorang adik mengendeng berbual dengan saya, lalu berkata ''Kak, dulukan saya rasa hati kosong. Saya tak tau nak apa, tapi saya nak lah.'' 
Seperti biasa menggunakan skill pentaujihan, saya berkata, ''Normal lah tu dik. Masalah jiwa kosong, jiwa kacau semua tu berpunca daripada hati kita, iman kita yang memberontak, ''AKU NAK TARBIYYAH! AKU NAK! NAK ! NAK JUGAK! Tapi, awak je yang tak dengar dan tak faham faham.''


Dan dia mula menundukkan wajah dan mula teresak-esak menangis. Sungguh! Kefahaman dalam agama itu bisa membuatkan seorang lelaki macho menangis, seorang wanita lasak juga mengalirkan air matanya... Begitulah. 


''Siapa yang Allah mahukan kebaikan bagi dirinya, dia memberikan kefahaman dalam agama''

Dan, Ini Style Kita tentunya mempunyai auranya yang tersendiri. Begitu juga konferens riang yang lain. Semuanya boleh menyentuh hati.

Penat, sakit, tiada masa untuk membalas mesej, akhirnya terbayar dengan melihat adik-adik sayang bersemangat untuk melawan rasa mengantuk dalam mengisi hati mereka. Allahuakbar!

Dan tentunya ukhuwwah sesama adik itu lebih manis dari ini! [Kredit]
Jazakillahu khairan katheera buat usrahmates ku yang bertungkus dan lumus untuk program kita. Buat keluarga, adik-adik tersayang dan semua yang mendoakan dari jauh juga dekat. 

ps: Tahniah buat mereka yang berwalimah. Afwan, tak sempat menghadirkan diri. Hehe. Jangan tak datang jika saya yang berwalimah sudah. Huhuhu. *jelir lidah
Daurah seterusnya..? Moga Allah permudahkan. Noktah akhir. 

Wallahualam

Sunday, May 20, 2012

Awak Asal Mana Ya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengenali Diri ini...

Mungkinkah Diari Bulatan Gembira seperti ini? [Kredit]

 Pernah suatu ketika, ada seorang adik bertanya, ''mana akak dapat nama blog akak ni? bulatan gembira? diari bulatan gembira? pastu kenapa akak tegar menulis blog? saya tengok dah banyak banget blog kat internet ni. naik boring sudah...!''

Wah wah wah. Boleh lemah jantung dengan adik ni. Hehe. Takpelah dik oi. Walaupun dah berbulan kamu tanya, saya dengan rela hati menjawabnya di sini. (sian adik tu, lambat sangat jawapan nya)

 Macam mana saya boleh terlibat dalam kancah pembelogan ini?

Sejujurnya blog ini lahir pada November 2008. Ya, pada masa itu saya masih lagi di bangku sekolah. Dan sebagai manusia yang tak pernah tahu tujuan hidupnya diciptakan pada ketika itu, maka obviesli saya tidak ada fikrah Islami. Dan tentunya fungsi blog ini hanya untuk kepentingan saya. Oh! Mungkin bukan untuk kepentingan saya pun, kerana saya sendiri malas  dan tak semangat langsung untuk mengapdet segala bagai masalah dan isu kontemporari zaman ini. Apatah lagi untuk memberi faedah yang mantap buat orang lain yang membaca blog ini, membasahkan jiwa mereka? Memberi kesedaran buat saya dan mereka? Harommmmm.... Tak pernah terlintas langsung di hati untuk mempopularkan blog ini untuk tujuan Islamik Islamik ni. Saya kan biasa-biasa saja. (ayat epik)


Lalu, jika mereka yang pernah membaca blog ini di zaman purba itu, ternyata jauhhhhhh bezanya dengan penulisan yang kini. Kerana apa? 


Hai lah Dolah, kan sudah ku bilang, tarbiyyah itu mengubah manusia tahu..?


Dan pada 2009, setelah saya bergelumang dengan Dakwah dan Tarbiyyah ini, unsangkarabel murobbi saya yang shuwit itu memulakan langkah pensaikoan dakwahnya. 


''Awak ni suka mengarang kan? Kat sekolah pun cepat je kalau cikgu mintak tolong buatkan teks ucapan. Apa kata, awak mengarang untuk dakwah? Baru best. Tulis blog kee... Et lis, untuk jadi ingatan untuk awak, kan?''


''Err. Tapi..Tapi... Saya dah ada satu.''


''Saya tahu awak ada. Saya dah tengok. Tapi... Kurang 'umph' laa... Awak try tulis dari hati. Baru boleh basahkan jiwa''


Ok. Itu sungguh epik. Haha. Tapi, dulu, manalah saya faham sangat erti membasahkan, melembapkan, mencairkan jiwa ni. Sungguh kanak-kanak ribena dulu kala! Tapi alhamdulillah, sekarang dah faham. Maklumlah, sampai bila nak duduk takuk lama kan..?

Saya pun taknak tahu asal usul Parameswara. Huhu [Kredit]
 Jadinya, ditakdirkan Allah Yang Maha Esa, blog saya bertukar wajah! Lebih Islamik kata orang. Ala-ala blog Ustaz Ustazah gitu. Tapi, saya bukanlah insan yang layak digelar sebegitu rupa. Sungguh!
Apa yang lebih penting, bahan atau entri yang diupdate semakin nampak perubahannya... Dan saya tidak minta anda wahai pembaca mengagung-agungkan blog ini, kerana ternyata saya hanya insan biasa. Malah, bukan lah layak untuk dijadikan blog rujukan. Masih ramai syuyukh dan expertise yang patut anda jadikan rujukan, ya?


Blog ini tak hebat. Tapi inilah yang mampu saya hidangkan... [Kredit]

Maka... Bermulalah usaha ke arah dakwah menerusi penulisan pula.... 


Tapi, kenapa namanya DIARI BULATAN GEMBIRA?


Oh! Itu senang saja. Kerana cinta matinya saya terhadap jalan ini, dan bulatan gembira lahyang menjadi wasilah pertama saya mengenali jalan ini, dan sehingga kini ia wasilah yang utama, maka saya bangga untuk mengisytiharkan bahawa nama anak blog saya mesti mengandungi BULATAN GEMBIRA.


Dan DIARI? 


Eh anda ni. Banyak tanya lah! Haha. Seperti yang anda sudah maklum, jalan ini penuh rintangan dan phancharoba nya. Chewah! Jadinya, seperti hidup kita, banyak juga kisah suka dan duka. Dan sesetengah manusia pasti akan menulisnya di dalam diari mereka. Jadi, Diari Bulatan Gembira mengisahkan cara hidup seorang muslimah bernama Cik Prada yang sedang berhati-hati dalam perjalanan menuju Tuhannya. Banyak mehnah dan rintangan. Tak kurang juga gelak dan tawa. 

Jadi? Apa tunggu lagi..? Ini mungkin sebahagian daripada usaha saya untuk bertemu Allah. Jangan bertangguh! Gunakan 'logam' anda dan kemahiran anda itu untuk ISLAM!!!! JOM!


Senarai nama Blog ini sebelum bertukar kepada Diari Bulatan Gembira :
  • My Life My Desire
  • Tentang Saya
  • Aku Dan Bulatan Gembira
  • Diari Bulatan Gembira

Dan, saya mendoakan kesejahteraan buat anda, wahai pembaca yang budiman. Nikmat ukhuwwah ini tentunya selazat Kek Coklat ditaburi hirisan kacang hazel dan walnut. Jumpa anda di syurga, insyaAllah..!


ps: Bilakah pula saya akan memasuki kancah penulisan buku dan majalah? Wohaa!


Wallahualam

Wednesday, May 16, 2012

Cikgu Itu dan Pelajar Ini

Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun :)

[Nota secebis]: Entri ini bukan bertujuan untuk mengaibkan. Hanya berkongsi. Pengalaman dari si dia, bergelar pelajar. True story. Dan jika anda tanyakan identiti sebenar pelajar ini, cukuplah saya katakan, dia hanya insan biasa.  Yang hanya mahukan perhatian dan penjelasan daripada seorang insan, bergelar CIKGU.

2003.

Dia seorang pelajar Tahun Empat Arif. Di Sekolah Kebangsaan XY. Ya, dia yang pada awalnya sungguh teruja. Teruja kerana tahun itu dia memakai baju uniform berwarna biru. Bangga seketika kerana dipilih menjadi Pengawas Sekolah. Wuhu...! Siapa tak bangga, menjadi anak cikgu yang serba-serbi pandai, kan..?

Dan, ditakdirkan Allah SWT, kepandaian dia hampir tidak ada dalam satu subjek di sekolah. Matematik. Nombor-nombor. Kira-mengira. Sungguh lambat, lembap, *lampi. Biarpun, emaknya merupakan cikgu cemerlang matematik, namun dia tidak mewarisi kepandaian itu. Hurm... Bayangkan, satu soalan mendarab mengambil masa kira-kira hampir setengah jam lamanya. Duhai, bukankah encik siput lebih laju berfikir untuk berjalan..?

*lambat pikap
Matematik. Kadangkala alergik. [Kredit]
Lalu, pada suatu hari yang hening, masuklah guru Matematiknya ke dalam kelas. Cantik guru itu. Kemas pakaiannya. Lembut rautnya. Dan, apa yang dia suka tentang guru ini, adalah, dia memiliki pen berisi kapur berwarna kuning. Comel katanya. Cikgu itu lalu mulakan sesi pengajarannya. Dan seperti biasa, pelajar ini akan berasa mengantuk, dan kadangkala berkerut dahinya tanda tidak memahami apa yang diajarkan. Dia cuba bertanya, namun eksplenasyen guru itu tidak juga dapat membantu. Berulang kali pun, masih tidak faham. Dia pelik dan ajaib tatkala melihat rakan-rakan yang lain menyalin soalan dan itu dan ini di papan hitam dengan pantas dan efisyennya. ''Aku ni lembap betul. Orang lain dah nak siap dah'', katanya.

Dan seperti biasa, cikgu itu bekalkan para pelajarnya ole-ole matematik untuk 'dimakan' di rumah masing-masing. Sungguh, pelajar ini kebiasaannya akan menyiapkan ole-ole Bahasa Inggeris dan Pemahaman dahulu. Baru beralih kepada ole-ole Matematik. ''Payahnyaaa....!!!! Susahlah nak buat! Bagi banyak-banyak. Macam orang takda kerja lain je.''. dan pelajar ini suka mengomel. 
Yelah, benda kita tak suka. Memang lah asyik merungut je. Hihihi.

Satu perkara tentang pelajar ini, adalah, bukannya dia tak mencuba untuk buat. Jika ada 15 soalan, maka 15 soalanlah dia akan cuba. Hingga nak makan pun susah, kerana takutkan kerjanya yang tak siap. Belajar dengan emak, sudah semestinya. Namun setakat itu saja. Dia belum boleh menguasai dengan cepat dan cekap seperti rakannya di kelas. Maka, pelajar ini hanya menyiapkan soalan yang dia boleh buat sahaja. Dengan harapan, esok bolehlah dia bertanya kepada rakan-rakan atau cikgu itu tentang soalan yang tidak dapat dijawab. Fulamak! Bagus juga pelajar ini. Haha. (selingan)

Esoknya. 

Esoknya, kelas Matematik pada awal pagi. Sebelum rehat. Dan, cikgu itu masuk ke kelas 4 Arif seperti biasa. ''Ok, cikgu nak kamu keluarkan buku tulis semalam dan hantar ole-ole kamu. Siapa dah hantar, boleh duduk''

Menggelabah puyuh pelajar ini. Mana taknya, bukankah dia tak siap beberapa soalan? 
Lantas, dengan tangan yang menggeletar ala-ala kerusi urut Ogawa, dia minta tolong rakan baiknya untuk menolongnya buat. 

Tiba-tiba....

Datang cikgu tadi memungut buku tersebut seorang demi seorang. Dan pelajar ini berasa takut yang teramat. Dia tahu dia akan 'kena'. Namun, dia berlagak normal. Berborak dengan kawan baiknya seperti tidak ada apa. Seperti kerjanya semua komplit. 

5 minit kemudian...

''(nama pelajar itu)...!!!!!!!!!!, meh sini kat cikgu! Apa yang awak buat ni! Rompong sana, kosong sini! Awak ingat awak dah cukup pandai ke tak buat kerja cikgu bagi...???!!! Orang lain siap, takkan awak tak boleh! Harap je anak cikgu!!!''

Buku pelajar itu DICAMPAK ke depan kelas. 

''Awak keluar kelas sekarang! Pergi amik buku kosong awak tu! Carilah mana-mana cikgu Matematik yang sudi NAK AJAR AWAK. Jangan masuk sampai habis kelas! Tak nak tengok muka awak!''
Dia redha. [Kredit]

Kelas serentak terdiam. Senyap. Sunyi. Bunyi cengkerik pun hampir-hampir tak kedengaran. Pelajar ini dengan mata yang berair mengambil buku itu, dan pandang wajah cikgunya. Mengharap simpati. Namun, cikgu itu tidak langsung memandangnya. Dan terus menanda buku tulis rakan-rakannya yang lain. Dia mula menangis dan melangkah keluar. 

Dengan kapasiti fikiran seorang budak berumur 10 tahun, apa lagi yang boleh difikirkannya selain daripada emaknya sendiri. Lalu, dia menuju ke bilik guru dan menemui emaknya. Untuk 10 minit, hanya buku tulis itu yang ditunjukkan dan air mata yang tak sudah-sudah menitis atas meja guru milik emaknya. Tanpa sebarang suara, tak berkata apa-apa. Bukannya dia tak mahu bercerita, namun sebak, rasa terluka masih berbekas. Lalu, dengan sendu, dia menceritakan segala yang terjadi. Padanya, lantaklah cikgu itu nak kata dia mengadu atau apa, dia hanya tahu dia terasa sakit hati dan merajuk. Merajuk yang terlalu dalam. Tak pernah dalam sejarah hidupnya di sekolah itu, dia diherdik, ditengking, dihalau seburuk itu. (sebab itu saya tulis semuanya dalam tanda seru)

Apa yang lebih menyedihkan dirinya, tatkala melihat emaknya menundukkan wajah. Dan menangis. Ya, mujurlah dalam bilik guru itu hanya ada cikgu bahasa Inggeris dan emaknya sahaja. Malu juga jika terlihatkan dirinya yang merah wajah kerana menangis. Dan selepas rehat sahaja, barulah dia masuk kembali ke kelas. Dan senyap membisu hingga tamat waktu sekolah. 
Young Student Crying in Class
Air mata. Teman sejati tika belajar Matematik. [Kredit]
 ********** 
 Ok. Itu kenangan si pelajar ini ketika zaman sekolah rendahnya. Setiap kali 16 Mei, kisah ini akan terbayang-bayang di medulla oblongatanya. Dan kini, apa terjadi kepada pelajar ini..? Dipendekkan kisah, dia akhirnya berjaya memperoleh nombor 1 di dalam kelas dengan peratus matematik 100%. 

Namun, kisah ini tetap akan terpahat selamanya walaupun ia telah berlalu selama hampir sembilan tahun lamanya....

 ps: Selamat Hari Guru dan Murobbi kepada semua guru saya. Jasamu akan ku kenang.
  • Puan Emak, Encik Arwah Abah, keluarga ku sayang
  • Murobbiahku. 
  • Pra Sekolah SK Tanah Putih
  • Sk Tanah Putih
  • Sk Chini 2
  • Sk Ahmad
  • Sk Tanjung Agas
  • SMK Ahmad
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah
  • Universiti Teknologi Mara
 dan.... terima kasih yang tidak terhingga buat guru nombor satu, PENGALAMAN dan TARBIYYAH Allah SWT .  

Wallahualam

Monday, May 14, 2012

Mereka Mogok Lapar, Kita Sendawa Kekenyangan!

 Dengan nama Allah yang Maha Memiliki :)

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari

Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari


Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.

*mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana,tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media !








Ayuh! Buktikan cinta kita terhadap saudara sendiri...!

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka

ps: Ruh kami sentiasa bersama anda... Tembakkan doa...!!!!!

Wallahualam

Sunday, May 13, 2012

Eh! Itu Klon Saya Kah?

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Langit dan Bumi :)
Klon ;) [Kredit]
Jam menunjukkan 8.53 a.m dan saya duduk *termangu. Ya, sudah lama rasanya saya tidak termangu-mangu begini. Jangan silap faham ya. Bukan kerana saya tidak mempunyai sebarang kerja rumah untuk dibuat, namun segalanya telah dibereskan. Kredit untuk saya. Hehe. (saya tahu anda sudah meluat dan menyampah serta berkira-kira untuk mengomel, bukan..?) 


*duduk bersahaja ala-ala berangan. 

Dalam entri yang lepas-lepas, sudah lebam jari saya menaip untuk mengatakan yang jalan ini sumpah panjang dan masih jauh lagi. Dan dalam kejauhan itu, sudah ramai yang terkorban dek ajal yang menimpa. Tak kurang yang terkorban kerana rasa tidak mampu lagi untuk melangkah. Dan ada juga yang terkorban disebabkan kekhilafan sang murobbi. Na'udzubillah. Tapi, jangan sesekali lupa. Itulah sunnatullah. Sejarah sebagai sunnatullah. Bukan kebetulan. Bukan saja-saja. Bukan percuma. Bukan suka hati. 

Dan, apa yang menjadikan saya termangu seketika adalah, apabila saya terasa seperti menjadi orang yang lain. Seperti saya diklonkan oleh Professor Dr. Klon. Err, hehehe. Mengapa begitu? Diri ini masih begini. Fizikalnya tetap sama. Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya terasa pelik dan ajaib dengan diri sendiri. Ya, jiwa saya. Jiwa saya berbeza. Hati saya lain. Mungkinkah saya berubah hati? 

Oklah, sebenarnya anda semua tahu je jawapannya. Betul tak? Inilah nikmat tarbiyyah. Yang berjaya membuatkan kita menjadi transformer yang gagah dan perkasa. Dalam kesibukan menjadi hamba dan khalifahNya, dalam keligatan kita mengurus diri dan anak-anak quranic circle kita, kadangkala kita terlupa siapa diri kita yang sebenar. Maksud saya, bukanlah lupa akan nama sendiri. Namun, kita hampir terlupa bahawasanya kita telah mampu mencapai banyak benda, melakukan banyak hal, yang tidak terjangkau dek fikiran kita sebelum ini. Sebelum memasuki gelanggang rajalawak dakwah dan tarbiyyah. 


Bukankah itu semuanya nikmat dariNya...? 


Saya bawakan fakta kes untuk anda. (nampak sangat rindu belajar hondang-hondang). Sebelum memasuki DnT ini, seorang ukht ini kelihatan sangat 'payah' untuk travel, sedangkan beliau mempunyai sebuah kereta Estima berwarna Putih bernombor plat Wilayah Persekutuan. (overnya description). Namun, tarbiyyah dari Allah, kefahaman Islam yang menebal dalam diri telah mengubah ukht ini tadi kepada seorang yang mula membeli GPS untuk keretanya untuk travel ke bulatan gembira, atau daurah, atau jaulah, atau rehlah atau mukhayyam atau menDF adik-adik, atau membuat sebanyak-banyak bakti dengan menggunakan kereta itu. Wah! This is impressive, isn't it?


Fakta kes kedua. Seorang ukht yang pendiam, tak banyak berkata dan berkongsi. Hidupnya untuk dirinya. Kisah hidupnya untuk disimpan di dalam diari bulatan gembira nya sahaja. Berganti saban tahun. Mula mula warna merah jambu, kemudian warna biru, kemudian hijau pula. Namun, setelah beliau bertemu dengan Tengku Puan Tarbiyyah dan Dakwahdi Bumi Amerika , zupp..! Bertukar terus ukht ini! Dia mula pandai berkongsi segalanya dengan rakan-rakan di bulatan gembira. Mula ligat bermuayasyah dan berkasih sayang dengan adik-adik binaannya. Semakin aktif bersuara dalam setiap program yang dianjurkan malah ukht ini pula yang dinati-nanti oleh adik-adiknya untuk berkongsi masalah dan kegembiraan. 
Shhh...Tarbiyyah itu sifatnya merubah ke arah yang super duper baik! [Kredit]
Jika dilihat dengan kedua-dua fakta kes ini, kedua-dua ukht ini sperti diklonkan! Fizikal sama. Sama betul. Namun, perangainya berubah. Jiwanya berubah. Amalnya meningkat. 
Sudah ramai yang merasai nikmat perubahan di'klonkan' ini. Adakah anda salah seorang yang merasakannya...? :)

Dan... Sudah pasti segalanya dengan kehendak Allah jua... (air mata menitik) 
 ''Dalam perjalanan yang jauh, 
Allah amanahkan sebuah perjuangan, 
terimalah dengan kekuatan. 
Kadang-kadang, sakit mendatang, 
kadang-kadang teman tak sehaluan,
kadang-kadang kecemrlangan gagal dicapai.
Namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh. 
Moga terus tsabbat dan sabar dalam perjalanan panjang bertemu Tuhan.''
-ummi Ain-
Jalan ini jauh tau. Kena kuat, kena berani, kena sabar. Kena, kena dan kena! [Kredit]
  ps: Selamat Hari Ibu buat Puan Emak yang tersayang. Pengorbananmu hanya mampu dibalas Allah. i adore your courage though abah isn't here anymore. Ampunkan adik, mak. 

Selamat Hari Ibu juga buat Murobbiah ku yang telah menjaga, mendidik, membimbing tangan ini. Moga kita sama-sama berpimpinan  tangan menuju FirdausNya... 

Wallahualam

 

Thursday, May 10, 2012

Kalau Murobbi Superb, Mutarobbi...?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyentuh Hati :)

[Nota terselit]: Entri kali ini buat mereka yang mempunyai mad'u atau 'anak-anak' khususnya. Buat yang belum ada, jangan sayu, anda juga bakal mendapatkannya bukan..? Dan jika tidak faham, sila silakan bertanya untuk pencerahan yang berganda :)
Moh jadi Super MUROBBI..! [Kredit]
Alhamdulillah, setelah hampir seminggu lamanya, sejak pulang dari konferens riang bersama akhawats tersayang (ok, saya admit saya rindu mereka), baru laa ni dapat update blog bholatan gembira. Maafkan saya wahai stalker blog sekalian. Hehe.
Pengisian oleh ukht yang cukup mantap menjadikan perkumpulan kami pada minggu lepas terasa 'berat' dan rasa bagai nak pengsan. *haipebola. Eniwei, tengsomac jazakillahu khairan katheera wahai akhwats untuk pencerahan dan nikmat ukhuwwah bersama-sama. :)


Qudwah qobla da'wah. 

Contoh sebelum dakwah. Atau be an example before preeching. Ayat ini terngiang-ngiang dan terbyang-bayang di fikiran saya daripada mula hingga tamatnya perkumpulan kami di Kaisy. Seriyusli. 
Ayat yang membuatkan saya kembali merenung sedalam-dalamnya, cermin semula diri ini. Kononnya dah deklair diri membawa anak-anak sekalian, namun adakah kita sudah menjadi contoh untuk mereka?

Kena ingat, anak-anak usrah kita bukanlah hidup di alam fantasi. Bukan seperti Sun Goku yang pandai melakukan jurus bayangan. Bukan, bukan dan bukan! Mereka seperti kita. Hidup di alam nyata. Di dunia. Dan mereka juga perlukan sebuah orang yang dapat mereka lihat, perhati, kaji dan analisis lalu dijadikan contoh tauladan dalam menjalankan gerak kerja dakwah. Atau, paling koman pun, anak-anak dapat mengubah diri mereka. Membuang jahiliyyah mereka. Bukankah pasa sahabiah dahulu kala tertarik dengan Rasulullah SAW kerana sikapnya yang sumpah kool itu..? Dan kerana itu jugaklah, Rasulullah SAW diciptakan sebagai seorang manusia yang sama dengan orang lain, kerana adalah lebih mudah untuk melihat contoh makhluk yang serupa dengan kita, tak begitu..? 



''Apa guna gi bulatan gumbira kalau boleh baca buku di rumah?''


Doom...! Kebabom kena tumbuk dengan ayat di atas. Iye, kadang kala kita terlalu memberi ilmu itu, tanpa kita sedar kita tersyok sendiri sedangkan adik-adik ternganga dan menunggu bilalah surah Al-'Asr akan dibacakan. Sedih tahap panda bukan jika kita bersusah payah tapi adik-adik masih tak faham dan tak tsiqah dengan kita..?


Sebab itu, apa-apa hal sekalipun, :
MUROBBI mesti OSEM. 
MUROBBI mesti BERFIKRAH. 
MUROBBI mesti KORBAN LEBIH. 
MUROBBI mesti HADAM BAHAN.
MUROBBI mesti BERIMAN.


Pendek kata, semuanya MUROBBI lah! Sebab apa ek? Takkan nak salahkan murobbi juga kalau ank-anak tak nak kongsi masalah dia? Dia yang taknak kongsi, i tak paksa hokeyyy...! Luah Mokcik Timah. 


Dalam hal-hal seperti ini,murobbi perlu bijak. Bijak mengaidentifai masalah adik-adik. Kekuatan dan kelemahan. Mungkin kurangnya kasih sayang antara kita dan adik tersebut. Hanya murobbi bijak dan beriman dapat mengenal potensi adik-adik tahu..! 
Heyy... Gunakanlah skill memujuk rayu dan menggoda anda itu..! Hehehe. Saya pulak segan.


Saya sungguh amat sangat tertarik apabila membaca satu post daripada Kakak Muharikah, ''iman tak boleh menipu, tak pandai menipu''. Memang betul. Sebab itulah, kadangkala hubungan murobbi dengan Allah mesti settle. Hati mesti bersih. Fizikal mesti kuat! Baru boleh jadi mukmin yang dibanggakan Allah. Dan alhamdulillah, saya dikurniakan murobbiah yang pada saya cukup gojes. Dengan kesebukan dirinya, hingga kadangkala tak sempat prepare bahan untuk kami di bulatan gembira. Namun, benarlah, kerana apa yang disampaikan itu terbias daripada iman dalam hati, ayat yang pendek pun boleh buat saya menangis dan insaf. Sumpah! (saya sayang anda, murobbiahku!)



Dan buat diri saya khususnya, adakah saya sudah bersedia untuk hidup bersama adik-adik tersayang? Berkongsi segala material saya? Berkongsi privacy saya? Berkongsi masalah saya? Berkongsi segalanya..? 

Sharing is kongsi, betul tak..? [Kredit]

Bukankah membimbing adik-adik ini ibarat menanam biji benih..? 
Perlu berhati-hati bimbang batangnya yang lembut akan patah. Perlu tahu baja dan kuantiti air yang betul bimbang akan layu atau paling gempak, akan mati! Kita tentu tidak gumbira andai benih tadi tak berjaya menjadi pokok orkid kan..? Huhu. 


Seperti kata-kataNya:

''... Demikianlah sifat-sifat mereka (yang diungkapkan) dalam Injil, iaitu seperti benih yang mengeluarkan tunasnya, kemudian tunas itu menjadi kuat lalu menjadi besar dan tegak lurus di ats batang-batangnya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya....''
[Al-Fath 48:29]

Bestkan perumpamaan Allah bagi..? Haaa tulah! Dulu suruh kaji tafsir, baca makna Quran tak mahu... Kata Meon yang kini sudah join bulatan gumbira. Hehehe. 

Dan tugas itu, akan tetap berjalan hingga kita syahid di jalan ini.... 

Kitakan mahu melahirkan Mutarobbi yang lebih superb dari Murobbinya... [Kredit]
Moga Allah menguatkan langkah, menerima taubat kita, dan kurniakan taufiq dah hidayah dalam membimbing mereka yang menanti-nanti tangan siapa yang akan memimpin mereka kepada Allah. Ameen. 

ps: Tahniah buat rakan-rakan semua atas kecemerlangan u olls dalam pepriksaan hondang-hondang yang lepas. Dai'e itu perlu bijak pandai juga tahu..? Dan buat anak-anakku yang disayangi, best of bertuah akak ucapkan. Score gila gila tahap panda terbang ok! :)

Wallahualam
-islamic desire-

Tuesday, May 1, 2012

Saya tak Cantik, Sila Make Over Saya

Dengan nama Allah Yang Maha Sempurna :)


I'm not perfect.  I'm prefect. Haha. [Kredit]
Jika saya menangis, peluklah saya. Tolong katakan, ''Allah tak tinggal awak''
Jika saya marah, sabarkan saya. Tolong katakan, ''Aku berlindung daripada syaitanirojim''
Jika saya merajuk, biarkan saya. Tolong katakan, ''Awak akan okay''
Jika saya lemah, pujuklah saya. Tolong katakan, ''Mukmin kuat lebih disukai Allah''
Jika saya sakit, doakan saya. Tolong katakan, ''Syafakillah''
Jika saya terlalu gembira, ingatkan saya. Tolong katakan, ''Mati itu hampir''

 Anda,
 Saya ini tidak sempurna. Pimpinlah saya.
 Saya ini banyak silapnya. Tegurlah saya.

Kata Salim A Fillah, 

Dalam Dekapan ukhuwah, kita punya ukuran-ukuran yang tak serupa. Kita memiliki latar belakang yang berlainan. Maka tindak utama yang harus kita punya adalah; jangan mengukur orang dengan baju kita sendiri, atau baju milik tokoh lain lagi.

Dalam dekapan ukhuwah setiap manusia tetaplah dirinya. Tak ada yang berhak memaksa sesamanya untuk menjadi sesiapa yang ada dalam angannya.


Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat tulus pada saudara yang sedang diberi amanah memimpin umat. Tetapi jangan membebani dengan cara membandingkan dia terus-menerus kepada ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz.


Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat pada saudara yang tengah diamanahi kekayaan. Tetapi jangan membebaninya dengan cara menyebut-nyebut selalu kisah berinfaqnya ‘Abdurrahman ibn ‘Auf.


Dalam dekapan ukhuwah, berilah nasehat saudara yang dianugerahi ilmu. Tapi jangan membuatnya merasa berat dengan menuntutnya agar menjadi Zaid ibn Tsabit yang menguasai bahawa Ibrani dalam empat belas hari.

 ps: Saya memerlukan taujih daripada anda untuk menaikkan hamasah. Seriyusli.

Wallahualam
-islamic desire- 
Daisypath Happy Birthday tickers