Mereka yang Kool :)

Sunday, May 13, 2012

Eh! Itu Klon Saya Kah?

Dengan nama Allah yang Maha Menguasai Langit dan Bumi :)
Klon ;) [Kredit]
Jam menunjukkan 8.53 a.m dan saya duduk *termangu. Ya, sudah lama rasanya saya tidak termangu-mangu begini. Jangan silap faham ya. Bukan kerana saya tidak mempunyai sebarang kerja rumah untuk dibuat, namun segalanya telah dibereskan. Kredit untuk saya. Hehe. (saya tahu anda sudah meluat dan menyampah serta berkira-kira untuk mengomel, bukan..?) 


*duduk bersahaja ala-ala berangan. 

Dalam entri yang lepas-lepas, sudah lebam jari saya menaip untuk mengatakan yang jalan ini sumpah panjang dan masih jauh lagi. Dan dalam kejauhan itu, sudah ramai yang terkorban dek ajal yang menimpa. Tak kurang yang terkorban kerana rasa tidak mampu lagi untuk melangkah. Dan ada juga yang terkorban disebabkan kekhilafan sang murobbi. Na'udzubillah. Tapi, jangan sesekali lupa. Itulah sunnatullah. Sejarah sebagai sunnatullah. Bukan kebetulan. Bukan saja-saja. Bukan percuma. Bukan suka hati. 

Dan, apa yang menjadikan saya termangu seketika adalah, apabila saya terasa seperti menjadi orang yang lain. Seperti saya diklonkan oleh Professor Dr. Klon. Err, hehehe. Mengapa begitu? Diri ini masih begini. Fizikalnya tetap sama. Namun, ada sesuatu yang membuatkan saya terasa pelik dan ajaib dengan diri sendiri. Ya, jiwa saya. Jiwa saya berbeza. Hati saya lain. Mungkinkah saya berubah hati? 

Oklah, sebenarnya anda semua tahu je jawapannya. Betul tak? Inilah nikmat tarbiyyah. Yang berjaya membuatkan kita menjadi transformer yang gagah dan perkasa. Dalam kesibukan menjadi hamba dan khalifahNya, dalam keligatan kita mengurus diri dan anak-anak quranic circle kita, kadangkala kita terlupa siapa diri kita yang sebenar. Maksud saya, bukanlah lupa akan nama sendiri. Namun, kita hampir terlupa bahawasanya kita telah mampu mencapai banyak benda, melakukan banyak hal, yang tidak terjangkau dek fikiran kita sebelum ini. Sebelum memasuki gelanggang rajalawak dakwah dan tarbiyyah. 


Bukankah itu semuanya nikmat dariNya...? 


Saya bawakan fakta kes untuk anda. (nampak sangat rindu belajar hondang-hondang). Sebelum memasuki DnT ini, seorang ukht ini kelihatan sangat 'payah' untuk travel, sedangkan beliau mempunyai sebuah kereta Estima berwarna Putih bernombor plat Wilayah Persekutuan. (overnya description). Namun, tarbiyyah dari Allah, kefahaman Islam yang menebal dalam diri telah mengubah ukht ini tadi kepada seorang yang mula membeli GPS untuk keretanya untuk travel ke bulatan gembira, atau daurah, atau jaulah, atau rehlah atau mukhayyam atau menDF adik-adik, atau membuat sebanyak-banyak bakti dengan menggunakan kereta itu. Wah! This is impressive, isn't it?


Fakta kes kedua. Seorang ukht yang pendiam, tak banyak berkata dan berkongsi. Hidupnya untuk dirinya. Kisah hidupnya untuk disimpan di dalam diari bulatan gembira nya sahaja. Berganti saban tahun. Mula mula warna merah jambu, kemudian warna biru, kemudian hijau pula. Namun, setelah beliau bertemu dengan Tengku Puan Tarbiyyah dan Dakwahdi Bumi Amerika , zupp..! Bertukar terus ukht ini! Dia mula pandai berkongsi segalanya dengan rakan-rakan di bulatan gembira. Mula ligat bermuayasyah dan berkasih sayang dengan adik-adik binaannya. Semakin aktif bersuara dalam setiap program yang dianjurkan malah ukht ini pula yang dinati-nanti oleh adik-adiknya untuk berkongsi masalah dan kegembiraan. 
Shhh...Tarbiyyah itu sifatnya merubah ke arah yang super duper baik! [Kredit]
Jika dilihat dengan kedua-dua fakta kes ini, kedua-dua ukht ini sperti diklonkan! Fizikal sama. Sama betul. Namun, perangainya berubah. Jiwanya berubah. Amalnya meningkat. 
Sudah ramai yang merasai nikmat perubahan di'klonkan' ini. Adakah anda salah seorang yang merasakannya...? :)

Dan... Sudah pasti segalanya dengan kehendak Allah jua... (air mata menitik) 
 ''Dalam perjalanan yang jauh, 
Allah amanahkan sebuah perjuangan, 
terimalah dengan kekuatan. 
Kadang-kadang, sakit mendatang, 
kadang-kadang teman tak sehaluan,
kadang-kadang kecemrlangan gagal dicapai.
Namun itulah ujian dalam mencari iman yang teguh. 
Moga terus tsabbat dan sabar dalam perjalanan panjang bertemu Tuhan.''
-ummi Ain-
Jalan ini jauh tau. Kena kuat, kena berani, kena sabar. Kena, kena dan kena! [Kredit]
  ps: Selamat Hari Ibu buat Puan Emak yang tersayang. Pengorbananmu hanya mampu dibalas Allah. i adore your courage though abah isn't here anymore. Ampunkan adik, mak. 

Selamat Hari Ibu juga buat Murobbiah ku yang telah menjaga, mendidik, membimbing tangan ini. Moga kita sama-sama berpimpinan  tangan menuju FirdausNya... 

Wallahualam

 

2 comments:

  1. em, tak sepatutnye menjadi alasan untuk seorang akhawat jatuh dari jalan ini disebabkan murobbinya.. kita berada di jalan ini kerana mahukan redha Allah, bukan kerana sayang atau tsiqah kepada murobbi semata-mata.. the thing is nak atau tak nak je.. kalau betul nakkan redha Allah, comes hell or high water, comes obstacles or probs, mmg akhawat tu akan stay di jalan ini.. semoga Allah terus meletakkan kita di jalan ini sehingga bertemu dengan redhaNya.. :)

    ReplyDelete
  2. erm... memang betul tu dr yumi. sepatutnya memang takda alasan untuk futur kerana murobbi.
    tiba-tiba teringatkan diri ni, betul ke niat kerana Allah SAHAJA atau kerana nak tsiqah dgn murobbi.

    Nice comment, Dr Yumi. Jazakillah khair <3

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]