Mereka yang Kool :)

Saturday, December 31, 2011

Muak dengan Perilaku Incek Azam Kampung Sebelah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Debaran 2012 yang dinanti-nanti kian terasa. Whoa! Memang sungguh osem bagi anda yang menyambut kelahiran pada bulan Januari kerana ternyata andalah yang paling tua..! Haha. Eh. Maaf. 

Justeru, dengan ketibaan tahun baru, saya sudah semakin pasti bahawa anda sudah berkenalan rapat, bersalaman peluk cium dengan perkataan azam. Setiap tahun, jenuh mulut orang menanyakan tentang azam tahun baru. Dengan semangat berkobar-kobarnya pun kita menjawab, tidak kurang yang mengambil kertas senarai azam tahun baru nya. Fulamaweh! Hebat tu. Saya salut anda. *tabik

Azam itu sungguh gojes jika kita seriyus melaksanakannya tahu..? [Kredit]


Ohh... Dan saya bukanlah ingin mengondem mereka yang mempunyai azam. Tidak sama sekali lah heyy..! Kerana saya juga ada menyimpan azam tahun baru. Err. *pandang kiri pandang kanan* Nak tunjuk kat naqibah je boleh? Huhuhu. Sila jeles sekarang juga anda semua wahai pembaca. *muntah hijau sebab miss prada perasan yang amat*

Apa yang cuba saya sampaikan adalah mengenai keseriyusan kita mengenai melaksanakan azam. Ya, saya tidak tipu yang saya sumpah dah banyak kali langgar itu incek azam tahun baru yang baru berhijrah di kampung sebelah. Dan rasanya sungguh tidak sepelendid tahu..?
 
Apa yang lebih menyedihkan hati, apabila yang dilanggar itu adalah incek azam yang berkenaan dengan Inche D dan Puan T. (Dakwah dan Tarbiyyah). Takpe, jangan pening. Saya sediakan contoh.
Bangun qiam ditingkatkan dari 1kali sebulan menjadi 1 kali seminggu. Kadangkala itu pun tak mampu buat sekaliguih melanggar tanpa rasa belas incek azam tersebut. Hah! Lagi konfesi berani mati. Mungkin ada yang akan berkata, ''takpe, tak dapat buat tahun ni, buat tahun depan pulak''.
Wah wah wah..! Syabas lah kan jika kita mampu hidup lagi untuk tahun baru. Kalau tak, macam mana? Haa haa tak tahu. Jawab sendiri. Itu tentang ibadah, bagaimana pula dengan 'hutang-piutang' kita dengan Allah? Solat fardhu yang ditinggalkan? Atau nazar yang belum tertunai? Atau puasa wajib yang belum berganti?Atau... Atau... dan Atau lagi... 
[Sumpah ini semua buat ingatan dan ketukan diri sendiri juga]
Sehingga kan ada yang sudah muak, jelik dan tak kurang yang hanya memandang sebelah mata saja Incek Azam yang sumpah Hensem Macho itu. Saya percaya, anda tidak tergolong lagi dalam hal ini bukan? *angguk angguk kepala sambil senyum lebar*


Sob sob sob... Azam aku dah tertunai belum?  [Kredit]
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."
[ar-Ra'ad, 13:11]
Semoga tahun 2012 yang mendatang ini menjanjikan satu transformasi dalam tarbiyyah dan dakwah kita insyaAllah. Buat yang merancang ingin berbaitul muslim itu, jangan lupa undangan anda buat saya ya..? Hahaha. Seriyus tidak malu sungguh. Ok. Jangan gelak dah. 

ps: Akan berpergian ke Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk sesi ber'dating' sambil meraikan new year (yeke) bersama akhawats sekalian. Jumpa kalian di sanaaaaaaa.......!!! InsyaAllah.

Selamat Tahun Baru buat semua pembaca belog Diari Bulatan Gembeera ini. Ampun wa maaf dipinta untuk segala hak-hak hogen yang tidak tertunai. Moga kita terus tsabat dan kuat dan sihat dan osem bersama-sama di jalan yang sumpah panjang dan berliku ini..! 

Ma'assalamah, wa ilalliqa' :)

Wallahualam
-islamic desire-

 
Daisypath Happy Birthday tickers