Mereka yang Kool :)

Wednesday, December 7, 2011

Super Saiya kah Anda..?

Dengan nama Allah, yang Maha Pengasih :)


Anda fikir Lelaki Kelawar ini superhero..? Fikir semula. Haha. [Kredit]

Assalamualaikum dan Selamat pagi gais..! Oh... Tidak lewat jika saya katakan sesungguhnya konferens riang wiken lepas adalah antara konferens riang yang sungguh riang gembira lagi ummpphhhh..! 
*Tepuk tangan kegirangan*

Alhamdulillah, semangat kembali berkobar-kobar untuk teruskan misi mengejar incek dee dan puan tee. Saya rasa terkehadapan (oh... sungguh skema di situ) untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang konferens riang Usul Dua Puluh yang lepas. 

Bersama syuyukh yang bisa digelar septuagenarien atau tujuh puluhan, kami dapat merasakan aliran kasih sayang ibarat dari seorang atuk kepada cucunya. Ok. Saya rasa betullah gelaran 'atuk' itu. Hihihi. 

Ada satu ungkapan menarik yang disebut :

''saya akan lebih meyakini anda jika anda telah merasakan cabaran berkahwin, bekerja dan mempunyai anak *kof kof* , lalu saya melihat anda masih ligat bergiat di dalam arena ini. Masa tu, saya boleh tepuk tangan buat anda''

Ok. Peluh saiz super duper jumbo mengalir laju. 
Seriyesli, saya amat kagum dengan akhawat yang hadir ke konferens riang dengan membawa anak-anak mereka walaupun masih bayi. Walamak. Masa tu lah bayi dia nak Puan Mamanya, nak susu, nak ditukarkan lampin bla bla bla.

Sungguh super saiya mereka ini bukan..? Saya sumpah teramat ingin sangat untuk menjadi seperti apa yang Incek Ustaz ceritakan itu. Bukan untuk menjadi seorang yang snobbish (sombong) atau giler puji, namun perasaan seorang yang insyaAllah bergelar da'ie itu terasa sungguh osem jika Allah yang bangga dengan kita. Tidak begitu..?

Dan... Mari kita ingat kembali Hadis Super Saiya ini :

Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya dari kalangan hamba2 Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi2 dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.

Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?

Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka2 mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia2 yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih.”

Moga saya dan anda. Ya! Anda lah... yang sedang membaca ini, saya doakan agar kita semua boleh merampas takhta Super Saiya daripada Sun Goku yang kerdil itu..! Hahaha. Ops. 

Wallahualam
-islamic desire

*Akan berjaulah ke Petaling Jaya untuk satu lagi konferens riang dan osem wiken ini buat adek-adek terchenta. Pis.

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers