Mereka yang Kool :)

Saturday, December 24, 2011

Main Bola juga adalah Tarbiyyah Tahu..?

Dengan nama Allah yang Maha Menyihatkan Tubuh Badan :)


Pagi petang asyik mengadap lama sosial Muka Buku, Kicauan, Tum-blur, Email dan lain lain yang tidak berkesudahan, ditambah dengan kerja kolektif oleh naqibah terchenta serta kerja esaimen bla bla bla.
Oh... Tolonglah berhenti penuh! (full stop)

Berkat kerjasama kelasmet tercehnta, maka kami bersatu bertambah mutu untuk memenuhi salah satu dari sepuluh muwassafat tarbiyyah iaitu Jasmani yang Sihat dan Kuat!Arakian, futsal menjadi pilihan utama kami!
Mungkin kena tubuhkan kelab futsal akhawat? Hahaha. [Kredit]











Dan, satu fakta yang sumpah menggegar dunia adalah apabila risen saya bersetuju untuk turun padang dalah bila mana prioriti saya untuk berada di situ cukup kental. Hahaha. Apakah? Nak eksplen lah ni. 
Hidayah itu kan datang dalam bentuk yang variasi. Jadi, oleh sebab saya ingin menDF seseorang itu, maka saya sentiasalh kena selalu di sampingnya, tahu apa dia suka, tak gitu?

Dan, ditakdirkan dia seorang yang suka gila amat sangat terhadap sukan. Huish! Betullah nak jadi daie super saiya tu bukan semudah memotong secebis kek Coklat Indulgence di Resepi Rahsia. Perlu berkorban macam-macam untukNya. 

Berikutan itu, saya rela biarkan kaki saya yang keras sikit dari tiang bendera Malaysia ini menendang dan menangkis setiap bola yang dilontarkan. Err. Hebat juga rasanya bermain futsal ini. Walamak. Haha. 
Sehingga ada yang terjatuh, terduduk, dan terkoyak seluar (ops) berikutan keghairahan merebut bola. 

Apa yang dapat saya fikirkan ketika merenung kembali perlawanan persahabatan futsal tadi adalah, bila mana bola yang dilontarkan dengan mcam-macam cara, itu sinonim dengan Jahiliyyah. 
Sungguh tak kool bila jahiliyyah datang dengan pelbagai jenis arah dan bentuk. 

Cuba pandang sekeliling anda kejap. Ha, banyak tak perkara yang boleh mengundang diri kepada karat karat jahiliyyah itu. Hatta i Telefon Empat mahupun HTC Cha Cha anda itu jika tidak betul gunanya, mampu menjadi penyumbang jahiliyyah yang superb!

Tapi, alangkah gojesnya bila kita mampu menendang, berstrategi untuk menang dalam perlawanan BAIK VS JAHILIYYAH ini. Macam juga futsal tadi. Serasa nak lompat setinggi Menara Berkembar Petronas bila berjaya menjaringkan gol dan diisytiharkan sebagai pemenang!


Hooyeahhh nya rasa bila kata BAI BAI JAHILIYYAH!!! [Kredit]

Semoga saja 'dia' itu berjaya dibukakan hati dan tsabat di jalan ini. Usaha dan terus usaha lagi. :)
Selamat bersukan kepada anda..!

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]