Mereka yang Kool :)

Saturday, December 17, 2011

Pada Suatu Hari...

Dengan nama Allah yang Maha Agung :)

Tepi sikit, tepi sikit, Puh puh puh..! Ok. Dah terbang habuknya. Terima kasih ya anda.

Nak like apanya? [Kredit]


Minggu ini merupakan minggu yang mencabar kegojesan dan kesabaran iman saya sebagai seorang bakal penasihat undang-undang yang bergaya *kofkof*. Phew~

Dengan segala macam esaimen, ditokok tambah dengan test, kerja-kerja pengkeranian bagai dan lain lain lain lain. Mungkin jika saya seorang yang belum melalui Jalan Tengku Tarbiyyah ini, saya dengan gampangnya akan hilang kesabaran lalu melontarkan satu tomato ke dinding! Hahaha. Ok. Bab tomato tu saya tipu. 


Mujur mesej Sis A, membantu saya. 
''Dik, awak ni diuji dengan masa sebagai seorang student je dik. Belum dengan kerja, mcam akak as HO, syuyukh yang beranak-pinak plas bercucu tapi masih komited dan tak mengeluh..! Sabar banyak ok. ;-)''

 Alhamdulillah. Lebih menggembirakan diri ini, apabila sebuah buku dihadiahkan oleh seorang ukht yang sumpah osem..! Dari Hati ke Hati.
(Rasanya tahun ni paling banyak buku yang saya dapat dan kena baca, tahu..!) Haha.

Benarlah setiap masalah ada solusyennya. Dan saya juga, merasakan bahawa bulatan gumbeera itu ada macam-macam tahu..? Jazakumullahu khairan katheera buat semua kakak dan adek-adek comey yang sentiasa di sisi ketika susah dan senang. Ilebiyousomuch lah heyy..!


Dan kisah Tsumamah tempoh hari juga telah menyedarkan saya betapa super powernya ISLAM itu. Bayangka Raja Tsumamah ini pada asalnya penentang tegar Islam, membenci agama Islam, menyampah tengok wajah Rasulullah namun selepas ditarbiyyah dengan bergayanya oleh Rasulullah, dia berubah tiga ratus enam puluh darjah! Phewiittt..!
OMG! Osemnya Islam..! [Kredit]



Begitulah hadis logam :

''Manusia ibarat logam, terpilihnya dia semasa jahiliyyah, terpilihnya dia semasa Islam, jika dia faham''

Jadi..? Apa logam anda..? Hah... Jawablah sendiri ye. 


pS: 18 Disember 2011. Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat abang, Ahmad Naqiuddin Bin Wahid @ Ab Wahid juga kakak sulung, Nurul Hidayah Bt Wahid @ Ab Wahid. Moga memperoleh keberkatan usia, dibukakan pintu rezeki, dicerahkan hati untuk menemui jalan tarbiyyah ini...! InsyaAllah :) 

Wallahualam
-islamic desire- 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers