Mereka yang Kool :)

Thursday, December 29, 2011

Jawapan Dulu Saya Buat, Kini Tidak lagi #2

Assalamualaikum wbt buat anda pembaca terpanas :)


Pening ya? Aseef :( [Kredit]

Memandangkan ramai yang semakin pening, tidak kurang yang menggaru kepala yang bebas kelemumur itu dengan post Dulu Saya Buat, Kini Tidak lagi , maka saya sudah menanyakan syuyukh dan expertise dalam bidang ini untuk perkara basis atau asas yang kita buat.

Jazakillahu khairan katheera buat mereka yang kool yang sudi memberi maklum balas buat si saya ini. Jika anda merasakan kepeningan masih berganda , sila pergi ke laman sesawang mengenai PENJELASAN BID'AH.

Maafkan saya yang kurang sempurna ini. Mungkin kesalahan diri yang tidak mengeksplen dengan lebih detail mengenai isu sensitip lagi panas panas ni. Dan, bukanlah niat saya untuk menghukum sesiapa pun yang mengamalkan serten-serten ibadah itu.

Bid'ah hakikatnya ada dua 
  • Bid'ah Dhalalah (Sesat)
  • Bid'ah Hasanah (Kebaikan)
Sini, saya mengopi sedikit sesi perbincangan yang dipetik daripada laman sesawang [my Masjid.net.my]


  • Dari perbincangan diatas bolehlah kita simpulkan seperti berikut;

1-Golongan pertama mengatakan BID'AH ialah meliputi perlaksanaan

apa2 bentuk amal dan perbuatan dalam hal2 ibadat yang tidak diajar
oleh baginda Nabi SAW dan tidak pernah dilakukan oleh para kaum
salaf dulu.

2-Golongan kedua pula mengatakan BID'AH ialah setiap perkara dan

urusan yang menyalahi Tuntutan Al-quran dan pertunjuk sunah.samada
perkara tersebut berkaitan dengan
ibadat,adat,iktikad,pemerintahan,ekonomi dan lain lain lagi.

Seseorang yang melakukan sembahyang zohor 5 rakaat,maka dia telah

melakukan perkara BID'AH ini kerana perkara tersebut menyalahi
nas,tetapi sesiapa yang berwirid selepas solat itu tidak dinamakan
BID'AH kerana bertepatan dengan Umum Nas menggalakan berzikir dan
petang samada lepas solat atau tidak..

Begitu juga sesiapa yang mengatakan RIBA halal dia telah melakukan

BID'AH ini kerana dia telah mengatakan perkara yang berlawanan
dengan Al-Quran dan HAdis.

tetapi sesiapa yang bekerja sebagai juru foto tidak dinamakan telah

melakukan bid'ah. ini larangan gambar adalah untuk patung dan gambar
yang digunakan untuk sembahan

Dari kedua dua pandangan,pandangan yang bertepatan dengan RUH NAS

AL-QURAN DAN HADIS adalah pandangan kedua dan pandangan ini
sebenarnya diguna pakai oleh ulama salaf yang terdahulu.iaitu yang
dimaksudkan dengan BID'AH ialah setiap perkara dan urusan yang
menyalahi tuntutan al-Quran dan pertunjuk hadis.Ini dikuatkan dengan
hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi dari Ady bin Hatim
r.a. bahawa ketika dakwah Rasulullah sampai kepadanya, Ady lari
menuju Syam. Ketika itu, dia masih beragama Nasrani manakala saudara
perempuannya pula telah memeluk Islam. Saudara perempuan Ady ini
telah kemudiannya memujuk Ady masuk Islam. Ady bersetuju dan
kemudian datang menghadap Rasul dalam keadaan dilehernya tergantung
tanda salib yang diperbuat dari perak. Bila Rasul ternampak ini,
baginda membaca ayat “Mereka menjadikan orang2 alim dan rahib2 dari
kalangan mereka sebagai Tuhan selain dari Allah….” [At-Taubah (9) :
31]. Bila Ady mendengar ini, dia menjawab, “Tidak Rasulullah, mereka
tidak melakukan apa yang Tuan katakan.” Kemudian baginda menjawab,
“Tetapi mereka mengharamkan barang yang telah dihalalkan, dan
sebaliknya mengharamkan barang yang dihalalkan oleh Allah. Dan bila
ketetapan ini diikuti oleh kaumnya, inilah yang dimaksudkan bahawa
mereka telah menyembah orang2 alim dan rahib2 dari kalangan mereka
sebagai Tuhan mereka.”

Dari hadis ni jelas kesesatan orang nasara(kristian)adalah mereka

menjadikan rahib mereka sebagai penentu halal dan halal,inilah yang
dikatkan BID'AH,kerana melakukan urusan dan perkara yang menyalahi
tuntutan Al-quran dan hadis.

Sekiranya dilakukan sebarang urusan yang tidak menyalahi tuntutan

Al-Quran dan hadis,sekalipun nabi tak pernah buat, maka itu tidak
dinamakan BID'AH.


Dalam masalah BID'AH HASANAH DAN BID'AH SYAIAH guru kami yang

menetap di iskandariah iaitu Al-Imam Almuhaddis Al-Mufid Syeikh
Muhamad Ibrahim Al-kattani menjelaskan dalam bukunya Ibra'Zimmah
bahawa pembahagian BID'AH kepada hasanah dan syaiah adalah mengikut
makna BID'AH dari sudut bahasa bukan dari sudut Istillah,ini kerana
mengikut syara' BID'AH hanya satu sahaja iaitu semua urusan yang
berlawanan ngan nas Al-quran dan Hadis.

Perlu diingatkan bahawa :Imam syafie tidak mengingkari hadis shahih,

tidak sama sekali, tetapi imam syafie memahami maksud sebenar
kalimah BID'AH yang terdapat dalam hadis tersebut.

begitu juga dengan ulama salaf yang lain mereka memahami makna

sebenar bagi BID'AH yang terdapat dalam hadis.

Yang menjadi masalahnya kita yang hanya hafaz satu dua hadis ni saja

yang suka dan mudah untuk menghukum orang lain melakukan
BID'AH.sedangkan kita tidak mempunyai alat yang cukup untuk
menghukum nya. 

Ok ke tak?Harap-harapnya OK lah yaa [Kredit'




***

Maka, tidaklah saya katakan SEMUAnya bid'ah. Yang paling penting, NIAT. Jangan jadikan ibadah kita sekadar ikut-ikutan sahaja. 

Sekali lagi, aseef jiddan atas segala kelemahan. Yang baik itu datang dari Allah, yang macam lemau tu sesungguhnya dari diri saya yang hina ini. 

Jangan segan silu untuk bertanya kepada ekpertis , ustaz ustazah yang anda kenal! Malu bertanya tak jumpa jawapan tahu..? Senyum lebar sambil kenyit mata

Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

  1. ok2,, syukran ye cicik juwa y cumey atas jawpn..dh jelas,,alhamdulillah...jazakillahu khairan kathira :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. maapkan patek si pacar hina ini. wuwuwu :(

    ps: apa yang penting? NEUTRAL KAN MINDA. :)

    ReplyDelete
  3. hohoho cik gojes najwa.. :)
    terima kasih atas pemutihan penjelasan di atas..
    JZKK ^_^
    n lagi satu mari gelakkan diri saya dengan penggunaan kata yang salah sebelum ni...hehe :P
    neutral bukan natural...jenuh memikirkan istilahnya yang sebenar masa tu...
    btw, thanz again <3

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]