Mereka yang Kool :)

Sunday, December 18, 2011

Pizza Hut di Bulatan Gembeera Ternyata Lebih Lazat..!

Dengan nama Allah yang Maha Menerima Taubat :)

Petang semalam, sekali lagi Allah izinkan saya berbulatan gembeera bersama adik-adik Pergigian (bakal doktor gigi lah tu) dan Ukht N di Tasik bersebelahan Masjid Negeri Shah Alam. Ketegangan urat dan leher ditambah rasa tidak menentu serasa hilang bila bersama mereka. Sungguh gojes bukan..?

Dan apabila kami duduk santai secara beriman semalam, pizza hut deliveri menjadi juadah jamu selera. *skema di situ* 
One three hundred eight eight two five two five [Kredit]


Apa yang menjadikan bulatan gembeera kami sentiasa osem dan tentulah gembeera kan, adalah bila mana semuanya berperilaku persis di rumah. Err. Saya tidak tahu anda, tapi saya di rumah memang sangat riang dan gembira, mungkin juga efek dari nama saya sendiri. *habis kantoi*  Ukhuwwah kerana aqidah kepadaNya menjadikan kami terasa lebih rapat dari semasa ke semasa.

Sehinggakan kerja seharian yang dilakukan akan dikongsi bersama, malah akan saling membantu. 
(Mana akhawat law nak tolong saya ni?) Walaupun terpaksa berpura-pura menjadi pesakit gigi. Hihi *sengih keji*

ps: Semoga kami terus tsabbat di jalan ini. Jalan yang menghubungkan hati-hati yang tunduk kepadaNya. Ameen.

Wallahualam
-islamic desire

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers