Mereka yang Kool :)

Friday, December 9, 2011

10 Disember 2011 :)

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang :)

AMARAN : [Post ini sumpah mengandungi konfesi membunuh diri oleh si saya ini. Sila takut. Haha]

Beruntunglah mereka yang memanfaatkan usia di dunia [Kredit]

Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you
You you and you :)
 
Alhamdulillah... Cukup 18 tahun umur saya. Ya, saya akui saya seorang yang sangat keberatan untuk memberitahu umur. Bukan kerana saya perasan muda *kofkof* walaupun saya memang muda, haha. Namun kerana saya merasakan umur itu hanya lah angka. Lagi, berikutan kejadian pakngah saya yang menyangka saya kanak-kanak Tingkatan Dua tempoh hari menjadikan saya bertambah ingin menyembunyikan umur. Ahaks! Ehh.

Terima kasih untuk Incek Abah dan Puan Emak yang telah membesarkan saya, menjadi murobbi pertama saya dalam biah yang solehah insyaAllah. Lagi... lagi... erm, saya sayang anda berdua kerana Allah tahu..?

Apabila terkenangkan Incek Syed Qutb dalam Intro Tafsir fil-Zilal, saya rasa bersemangat. Yelah, untuk anda yang sedia tahu, Syed Qutb telah banyak mengulangi keberkatan usia, keberkatan usia dan keberkatan usia lagi. 
Memang benar, jika  umur kita 40 tahun pong, jika Allah telah membuka hati kita untuk merasai nikmat dan keohseman jalan dakwah dan tarbiyyah ini, umur 40 tadi tidak akan memberi efek lampau atau ekstrem atau dengan kata fofularnya, ''dah season''. 

Lihat sahajalah bukti Syed Qutb yang meskipun sudah lanjut usia, namun ligatnya hamba Allah ini sampai fikrah yang diteruskan melekat kuat persis guna Gam Gajah saiz jumbo! Walaweh. Ini sumpah gojes..!

Dan umur ini sebenarnya mengingatkan kita tentang dekatnya kita dengan pertemuan bersama Allah.
Apakah amal ibadat sudah cukup? Tugas sebagai Abid dan Khalifah sudah terlaksana? 
Errr *terpaku dan terduduk di kerusi kayu*

Jazakumullah buat semua ucapan di muka buku, tweet tweet dan email. Moga saya berjaya memperoleh iPad Dua. Ehh. Moga antum semua diberkati Allah, bersama-sama kita di jalan ini hokei. 
*Seyum kenyit mata* Oh! Omei angat-angat. 

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers