Mereka yang Kool :)

Saturday, December 17, 2011

Undangan Nasi Minyak Buat Anda

Dengan nama Allah yang Esa :)



Err. Spichles [Kredit]

Ramai nya akhawatdan ikhwah yang dah kahwin..! Mabruk. Alhamdulillah. 
 Seronok amat kalau cerita bab ni. Saya pun tak tahu lah kenapa, kan. Hehe.
Dan saya tidak lagi manusia di bawah umur untuk bercerita mengenai hal ini. Errr. Apa kaitannya?


Ok. Lurus jelah ke titik.
Kelmarin, ketika bersama adek-adek Pergigian (mereka sebenarnya lebih tua dari saya, tapi tetap nak panggil adek juga) *sila jangan rasa offended, hehe*, entah bagaimana isu yang dibincangkan adalah utamanya (mainly) mengenai ikhtilat atau perhubungan sesama muslimin dan muslimat. 


Err. Secara jujurnya, saya tidak biasa dieksposkan dengan perkara begini. Memandangkan usia saya yang masih muda *kofkof*, saya tidak rasa ada keutamaan untuk saya berbicara mengenai isu ini. Lebih lebih lagi berkenaan dengan Walimah atau bahasa Siamnya, perkahwinan. 

 "Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir"
[Ar-Rum, 30:21]

"Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki
[HR. Baihaqi]

 



Ini...ini.. ini... sumpah terbaik! Bila saya akhirnya terlanggar satu artikel yang dipost oleh Kakak Muharikah temph hari. Silalah baca ya.


Enaf said. Jangan buat saya rasa segan dan malu bila berbicara mengenai isu perkahwinan. Noktah. 
Dan, sila baca ini untuk ekstra info :



ps: Buat yang mengenali diri ini, cukuplah saya katakan saya hanya mahukan seorang zauj yang mampu memastikan kelangsungan saya dan keluarga kami nanti di jalan dakwah dan tarbiyyah ini. InsyaAllah, baitul muslim itu bukan semudah menyapu sampah di halaman rumah nenek tahu..?

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers