Mereka yang Kool :)

Monday, March 7, 2016

Bunuh Kucing Sendiri?!

Dengan nama Allah yang Maha Menguji Lagi Maha Membantu...




DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali [Kredit]

25 Januari 2016


Buat yang mengenali saya, pasti anda tahu haiwan pertama yang saya gilakan adalah inche kucen dan diikuti rapat oleh inche panda perut bulat bermata hitam besar-ada-aku-kesah. Eh. 

Mungkin kerana faktor dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat meminati haiwan berbulu dan bermisai lentik itu, maka, di rumah kami juga terdapat beberapa siri pewarisan kucing sehingga salasilah mereka kami boleh hafal. Tak kurang juga yang dah tak tahu nak panggil apa kerana perhubungan yang tidak-tidak. 

Err, err.... Maksud saya, ada mak kucing yang ''berkahwin'' dengan anak sendiri, ada nenek dan cucunya, ya! Pelik-pelik begitulah. 

Dalam banyak-banyak kisah suka duka membela kucing ini, saya sangat mahu berkongsi satu dengan anda wahai para pembaca yang budiman. Kisah ini mungkin telah berlaku dua bulan lalu tetapi ibrahnya pada saya sangat besar. Himalaya-kind-of-big gicew. 


Kami membela seekor kucing bernama Icha Faris (jangan tanya saya kenapa namanya sebegitu rupa lah heyy). Beliau merupakan keturunan daripada baka Himalaya. Boleh tanya inche gugel kalau nak tahu ghopenya bagaimana. Dengan bulunya yang kembang dan badan yang gemok gedempol, memang sesuai sangat lah dipeluk dan disayangi hingga menjilat jari, kbai.

Pada suatu hari, ketika saya balik ke rumah (birru walidain kenkononnya) semasa cuti, saya hairan dan ajaib kerana badan Icha terlalu banyak luka dan darahnya menitis-nitis ke lantai. Setiap hari, bahkan setiap kali darah itu menitis ke lantai, saya dan adik beradik terpaksa membersihkan darah itu. Kata Puan Mummy, Icha jadi begitu sebab gaduh dengan kucing kat luar rumah. Anak jantan katakan, memang la nak menang. Nak jadi jaguh bagai adiwira.

Kebiasaannya, jika para kucing sekalian di rumah tercedera, kami akan membersihkan luka, memandikan, dan dibubuh minyak gamat kerana gamat mempunyai khasiat menyembuhkan luka dengan segera biidznillah. Namun, pada Icha ketika itu, ia tidak sama sekali terjadi. Luka dan darah Icha tetap begitu malah makin teruk. Baunya makin busuk, beliau tak habis-habis menggaru badannya. 

Mind you, Icha Faris adalah antara kucing yang sangat menjaga penampilan bulu. Heheh. Maksudnya, beliau sangat gemar menjilat bulu hingga bersih, tiada kutu dan bulu sangat lembut. Err, dan kuat makan juga. 

Maka, esoknya, tergerak hati saya untuk membawa Icha Faris ke klinik haiwan bersama puan kakak dan anak sedara. 

Sesampainya di sana, doktor haiwan terus menutup pintu bilik rawatan dan memeriksa Icha Faris. Bulat mata saya saat dicuci luka di lehernya, kelihatan lubang di situ. Doktor lantas mengadap saya dan kakak, masih saya ingat biji butir kata-katanya.

''Dik, kenapa lambat sangat bawak kucing ni. Ni bukan luka biasa dik. Ni virus Sporo.'' (untuk maklumat mengenai virus ini, boleh baca di sini

Besikeli, virus ini sangat berbahaya dan boleh berjangkit kepada manusia juga. Duktur bagitahu kami, virus ini tidak dapat disembuhkan dengan anti-biotik. Tidak boleh. 

Duktur teruskan cakapnya,

''Kenapa bawak lambat sangat dik, kalau bawak awal, kita boleh prevent daripada merebak ke badan-badan dia. Sekarang dia dah teruk, dah berlubang.Patutnya, bila tahu je dia gaduh dan luka-luka, terus bawak datang sini. Jangan tunggu dah teruk.''

Saya bertanya,

''Kita boleh bagi rawatan apa, Doktor?''

''Dua pilihan je ada. Pertama, bagi ubat. Tapi kos ubat sangat mahal dan kita tak boleh pasti berapa lama baru kucing ini akan sembuh. Mungkin setahun, mungkin sembilan bulan. Itu pun kena kuarantin dia sebab dia berdarah, takut jangkit kat manusia dan kucing-kucing lain. Pilihan kedua, ialah, kita ''TIDURKAN DIA'' Awak fikir dulu nanti bagitahu doktor ok.''


Allah Allah.

Maybe it sounds dramatic, tapi memang betul saya terduduk. Terduduk kerana memikirkan pilihan hidup dan mati kucing adalah di tangan kami sekarang, yes, with Allah's will of course. Tapi seolah-olah Allah menguji untuk membuat pilihan yang sumpah besar dan berat. 

Saya tak tahu anda, tapi ini pertama kali saya membuat keputusan ini. Maka kami keluar sebentar dari bilik doktor dan mula berbincang. Ya, banjir sudah mata saya. Rasanya dah lama tak menangis kerana seekor kucing. Sebegitu teruk. 
Inilah Icha Faris! [Kredit]


Apa lagi mendengar kucing itu meow meow di dalam. Memandang tepat ke mata kami. 

Ok, boleh tolong hulur tisu Royal Gold sebelah meja anda itu?


Maka, setelah membuat panggilan kepada Puan Mummy, Kakak, maka, kami membuat keputusan untuk ''TIDURKAN DIA''.

Doktor memberitahu prosedur yang beliau akan lakukan. Bius, pengsankan dan cucuk ubat untuk matikan. Begitulah lebih kurang. 


Dan untuk terakhir kali, kami masuk dan usap kepala Icha Faris dan minta maaf kepadanya. Sebelum kami beri keizinan untuk doktor pengsankannya. 

Inilah yang dikatakan sebagai ''mercy killing'' atau dalam bahasa Sanskritnya dipanggil ''Euthanasia''. Dulu hanya belajar di sekolah undang-undang, tetapi sekarang, saya pula yang berhadapan dengannya.

Senyum kelat. 

*********************************************************************************************************


Apa ibrah daripada peristiwa ini..?

Allah swt takkan uji orang yang mahu berbuat kerja gila atau luar biasa dengan ujian yang biasa-biasa. Maka, jangan tanya kenapa asyik ujian yang maha besar je yang kita dapat. Itu tandanya ALLAH SWT sediakan diri kita untuk menjadi daie yang jiwanya kental, jiwanya memahami alam dan ciptaanNya, yang sedar dengan waras bahawa hidup ini sementara. Hidup ini tak menunggu kita bersedia menemui Dia atau tidak. Daie yang sensitif dengan semua emosi di sekeliling.

Daie yang hatinya tak kering!


Selain itu, saya sangat teringatkan kata-kata duktur tentang mengapa lambat membawa kuicng ke klinik. Hanya bila keadaan sudah semakin parah dan tidak boleh diubati lagi, baru kita mencari solusi kepada masalah itu. 


Ini sangat berkaitan dengan masalah-masalah terpendam terutama dalam kalangan akhawat. Mereka sangka hati mereka besar sangat, hingga semua masalah oleh dipendam. Rasa nak futur, pendam. Rasa marah, pendam. Rasa tak cukup duit, pendam lagi. Rasa tak sihat, pendam lagi. Pendam sedalam bumi. 


Guruh! [Kredit]

Maka, apabila tiba saat Allah swt bongkarkan semua rasa itu, kita jadi meletup!
Kita tahu kita ada simptom-simptom yang sangat berbahaya yang jika tidak diubati dengan segera, kita bahkan boleh melarikan diri dari jalan dakwah dan tarbiyyah yang kita claim mahu hidup dengannya poreber and eber eternity. 

Kita menunggu wabak futur itu membuat lubang di hati kita, baru kita mahu menceritakan kepada orang lain atau mencari solusi. 

Saya tidak berkata ini kepada orang lain, malah nasihat ini khas dan ekslusif kepada saya terutamanya. 


Hingga akhirnya.... Allah swt menarik nyawa kita, tanpa kita sempat mencari solusi dan ubat itu. 


Atau setidaknya, Allah swt sudah tidak mahu lagi kita berada di jalan ini. Mengotori dan melambatkan jalan ini dengan diri kita yang membawa wabak itu!


Allah, nad'uzubillahi min zalik. 


Moga Allah swt memelihara kita daripada semua hal yang tidak-tidak ini biidznillah.
Tidak hingga kita yang syaheed atau UA datang kepada kita!


Moga anda mendapat ibrah daripada peristiwa marhaen yang saya kongsikan. Ya, jika anda yang tanya, saya masih boleh menitiskan air mata saat teringatkan kisah ini. Apa lagi, jika kita yang menggali lubang kubur dan memegangnya saat dia sakit. 

Tenanglah Icha di sana. Kita jumpa di sorgaNya ya, biidznillah!




Wallahua'lam. 
















Daisypath Happy Birthday tickers