Mereka yang Kool :)

Wednesday, April 11, 2012

Rasa Sayang Heyy Rasa Sayang Sayang Heyy..!

Dengan nama Allah, Sebaik-baik Perancang :)

Err. Saya tahu takda kaitan dengan gambar ni. Heheh. [Kredit]

''Pada hari ini, kau ternyata lebih baik dari aku. Tapi, ingatlah, bersedialah, kau akan diuji wahai ghulam''. 

Ok, itu sedikit sebanyak ayat yang saya kopipes daripada sedutan cerita Ghulam. Oh! Jika anda masih tidak tahu-menahu apakah itu Hadis Ghulam , maka dengan segala horamtnya saya enkarej anda untuk membacanya di sini:)

Minggu lepas merupakan salah satu dariapda minggu-minggu yang terindah dalam hidup ini. Cukuplah jika saya katakan, Alhamdulillah wa Barakallah. Bermulanya satu perjalanan yang cukup banyak mehnah dari Pahang ke Selangor. Bas rosak di tengah jalan, yadda yadda yadda. Ok. Malas cakap banyak tentang itu. 

Sejujurnya, mengikut kadar kesehatan yang kurang memberangsangkan ekonomi negara, memang agak berat untuk pergi ke mana-mana. Hatta, nak keluar bilik serasa berat. Namun, itulah tarbiyyah. Ada saja ayat ketukan dari Allah untuk mengingatkan hambaNya yang satu ini untuk tetap menjalankan tugasnya. Seperti yang murabbi ku selalu katakan, 
''Tiada istilah rehat bagi seorang daie itu. Rehat yang sebenar adalah apabila diri kita berada di syurgaNya nanti...''

Subhanallah! Seronoknya..! 

 Ok. Mari kita bercerita tentang kisah konferens riang atau nama feymesnya Daurah. Bila saja Abu Ubaidah yakni kereta milik kakakku mencecah masuk ke pintu pagar automatik, tersergam indah sebuah banglo persis istana lagaknya. Sumpah, tak tipu..! Dalam hati saya tertanya, siapa pemilik rumah ini..? Betul ke daurah kita kat sini..? Ke salah jalan ni..?

Keindahan Baitun Nur. Ya, ibarat cahaya. Akibat tindak balas adrenalin yang meningkat mendadak, kami disuruh istighfar dan perbetulkan niat kembali. Yelah, manusia biasa  pasti tidak akan terlepas daripada rasa kagum itu kan..? Namun, ukhti S (saya pernah bercerita tentangnya dalam entri Namanya Si Songeng Sukarsono,  kata sepatutnya kita kena impikan syurga itu. Yang lebih besar daripada rumah itu dan tentunya lebih menjanjikan super duper nikmat yang tak terkira..! 

InsyaAllah, ada kesempatan saya akan tunjukkan bahagian-bahagian rumah yang tentunya membuatkan anda teruja lantas menelepon murabbi dan murabbiah anda untuk berdaurah di sana..! Hehe. (kan dah suruh betulkan niat, nak kena ketuk eh?)

Daurah ini mungkin adalah daurah yang paling osem pernah saya hadiri. Kali ini, bukan lagi kerana rumah, atau swimming pool atau kereta Bi Em Dabel Yu atau Mercedes di tempat parkir. Ini kerana nikmat bonus ukhuwwah yang serasa saaaaaaaaangggaaaaatttttttt  diperlukan oleh saya dan akhawat trchenta lain. 
Mungkin inilah juga daurah yang telah menumpahkan terlalu banyak air mata kami. Subhanallah..! ''Nikmat manakah lagi yang ingin kau dustakan..?'' 

Demam yang melanda diri terus hilang saat bersama akhawat. Taujih demi taujih dari syuyukh dan expertise menyelinap dalam jiwa. Benarlah, jika apa yang disampaikan itu datangnya dari hati, maka ia tetap jua akan sampai ke hati. Apabila bersama-sama, barulah tahu yang saya tidak keseorangan. Mereka juga menanggung masalah yang hampir serupa. ''Kalau tak ada masalah dalam jalan ini, maknanya kita belum buat kerja lagi''. Kata seorang ukht. Masing-masing di fasa konflik diri. Antara menanggung dan menyelesaikan masalah iman sendiri, tarbiyyah sendiri dengan adik-adik bulatan gumbeera. Jika enam adik-adik yang dibawa, maka enam lah masalah kita. 

Saya kurang tahu pula, kalau dah macam tu situasinya, masihkah kita ada masa untuk melakukan kerja-kerja lain yang tiada kaitan dengan dakwah dan tarbiyyah..? 

Ketika duduk beriman secara santai pada suatu pagi itu, ukht M menanyakan perihal diriku yang kini sedang berchuti-chuti Malaysia di rumah. 
Katanya, di masa inilah, cakuplah, kutiplah, carilah, sebanyak mana bahan-bahan fikrah, bacalah sebanyak-banyaknya buku-buku fikrah, siapkanlah diri dengan bahan yang pekat untuk digunakan nanti, bergurulah dengan sebanyak mana orang yang mampu memberikan taujih ruhiyyah dan mampu menge'check' kembali fikrah diri sendiri. Sesungguhnya bekas yang tidak berisi tidak mampu mengisi. 
 Astaghfirullah...
Adakah kita begini.? [Kredit]

Jika dibandingkan saya dengan sahabat dahulu, pastilah jauh bezanya. Terutama beza umur. Hehe. Ok, tak kelakar tu. Kadangkala saya tertanya, mampu kah saya jadi seperti Sa'id bin 'Amir al-Jumahiy yang hingga pengsan mengenangkan Khubaib yang syahid mempertahankan akidah, atau Amru bin Thufail yang sebelah tangannya sudah ke sorga abadi. Mampu kah..? 

Ukht Aisyah Z aka Kakak Muharikah selalu berpesan, 
''Makin tua kita di jalan ini, ujian pun makin kompleks tau adek-adek''. 

Dan saya tak dapat bilang berapa kali saya tersentap dalam setiap patah perkataan yang diucap oleh Ukht Aisyah. Erm. Anda, kejap ya... Saya rasa air mata saya menitik lagi. *lari mencari tisu Royal Gold*

Err. Ok. Kita sambung semula.

Memang benar, jika kita tak ada fikrah itu, masakan kita mampu menyampaikan dan mengalirkan perasaan itu pada orang lain..? Jika kita masih lagi manja-manja, takkan lah kita mengharapkan anak-anak binaan akan laju dan ligat di jalan dakwah ini..? Tepuk dahi tanya iman sendiri.

Semoga dosa-dosa saya tidak akan menjadi hijab kepada kefahaman adik-adik... *Air mata mengalir deras. Akhawatfillah, thanks for the greatest moment ever..! 
Allahumma muqollibal qulub, tsabbit qulubana 'ala deenik. Ameen.

ps: Alhamdulillah tsumalhamdulillah apabila Allah membuka peluang keemasan untuk bermuayashah dengan kawan terbaik sendiri. Doakan beliau dbukakan hati untuk menyertai kita, bersama-sama dalam jalan yang sumpah panjang ini..!

Wallahualam
-islamic desire- 

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers