Mereka yang Kool :)

Wednesday, April 18, 2012

Ingat Mudah Ke Nak Bersumo Dengan Jahiliyyah?

Dengan nama Allah yang Maha Mengetahui :)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah. Masih lagi dikurniakan akal yang waras, dapat merasai nikmat iman dan islam dari Allah yang Maha Kuasa. Ok. Rasa nak menangis. *sensitif tiba-tiba.

Rasa seronok dan bersyukur tak terkata bila diberi kesempatan berbulatan gembira di Universiti Malaysia Pahang kampus Pekan *ehem ehem bersama akhawat tersayang. Benarlah, ukhuwwah kerana Allah menjadikan kita tidak akan rasa canggung mahupun malu-malu katak kerana kita pastinya tahu matlamat dan tujuan kita berhubungan sesama manusia bukan..? Chewah!

Baru-baru ini seorang adik telah mengirimkan mesej melalui sistem pesanan ringkas dari telefon mudah alihnya yang canggih manggih itu. Berkat daripada Konferens SJ (Sayonara Jahiliyyah) yang Girang Gembira gamaknya.

''Sis, macam mana nak istiqamah dalam berubah..? Kadang2 saya rasa mampu nak lawan nafsu tu, tapi  bila futur sikit, mulalah rasa nak buat semula..''

Adalah diingatkan, bahawasanya nak tanggalkan segala perkara jahiliyyah itu bukanlah seperti memetik jari, atau menyanyi lagu Twinkle Twinkle Bintang Kecil untuk bayi. Perlulah kepada mujahadah dan kefahaman yang pekat dan mendalam tahu..? Seriyusli tak bohong. *muka dah habis ketat

Panda pun tahu kung fu dengan Jahiliyyah..! [Kredit]

Bayangkanlah, kalau dah selama lapan belas tahun dua bulan sembilan hari kita dibiasakan dengan menonton cerita Korea, membaca berita mengenai Kumpulan Big Bang atau tidak ditegah oleh sang mama atau si ayah ketika ingn menonton wayang bersama boypren atau dengan mudah memperoleh keizinan daripada kaklong untuk membeli pakaian seksi meksi, maka, adakah kita expect jahiliyyah tersebut yang setinggi Gunung Fuji akan runtuh dengan hanya pergi ke daurah SJ itu..? Ataupun berubah dalam masa satu minggu..? Sesungguhnya saya tabik spring kepada anda yang bisa berubah dan terus istiqamah dalam sekejapan waktu. Alhamdulillah.

Seperti dalam post Saya Juga Pernah menjadi Hantu, saya juga tidak terlepas daripada kesilapan dan kejahiliyyahan. Tapi, percayalah, istiqamahlah, tsabbatlah dalam jalan ini dan dengan izin Allah anda akan memperoleh kekuatan yang lagi hebat dari Iron Man untuk bersumo dengan jahiliyyah itu..!

Imanilah bahawasanya kefahaman dalam beramal itu cukup amat sangat penting. Seperti firman Allah SWT :
 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
[Al Baqarah 2:216] 
Sejujurnya, perasaan mahu memberontak itu memang ada pada awalnya. Yelah, masakan perkara yang sudah sebati dengan diri, disuruh tinggalkan serta dan merta. Hambuih..! Ibarat budak kecil yang disuruh buang bantal busuknya. Memang choyy bukan..? 

Namun, ketahuilah. Apa yang Allah janjikan jauhhhhhh lebih manis. Jauh lebih berharga dan jauh lebih syiokkk. 

Jadi..? Apa yang saya balas untuk adiktersebut..?
Antaranya ialah.. ''Bayangkan Kereta Limozin dan Kereta Kancil Third Hand Model Paling Lama diletakkan di kiri dan kanan awak, mana awak akan lebih teruja untuk ambil? Mesti Limozin bukan..? Begitulah dengan kita. Jika kita faham dan beriman bahawa REDHA ALLAH ITU YANG PALING UTAMA, DAN SYURGA ITU GANJARAN BONANZA UNTUK KITA, MAKA INSYAALLAH MUDAH LAH UNTUK BERSUMO DENGAN JAHILIYYAH ITU. Dan jalan ini ternyata panjang, dik...''

Bagus juga ada Limo. Boleh hangkut ramai ramai gi Daurah! Eheh [kredit]

 ''Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan,  dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.''
[Al-Qasas : 54]

**********
Sebab jalan ini tak da karpet merah yang ditabur bunga melati tahu..? [Kredit]
Kurang lebih begitulah.Moga Allah memimpin hati-hati saya dan anda yang sedang berjuang bermati matian untuk meninggalkan jahiliyyah. Ingatlah, tarbiyyah itu sifatnya mengubah. Dan analogi bola besi itu sangat amat membantu kita dalam memahami bahawasanya aqidah adalah asas untuk bersumo dengan jahiliyyah itu. Moga Allah SWT menerima taubat kita semua, insyaAllah.



ps: Memperoleh motivasi dari Ukht A. Hehe. ''Ke Arah Akhawat Sistematik..!'' Jazakillahu Khairan Katheera sis! Peace. ^_^



Wallahualam
-islamic desire-


2 comments:

  1. kak najwa.. bestnya boleh berbulatan gembira ^^

    ReplyDelete
  2. ye sayang, nak bulatan gembira dgn akak tak? meh aa. mesti gembira tak sudah pastu.. eheh

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers