Mereka yang Kool :)

Thursday, April 12, 2012

Perasan.

Dengan nama Allah yang Maha Menghitung :)

I need it. Seriously. [Kredit]

Kau rasa kau dah penat
Rupanya ramai lagi yang lebih letih
Kau rasa kau tak cukup duit
Rupanya ramai lagi yang tak makan
Kau rasa kau dah banyak memberi
Rupanya 'berian' kau masih belum cukup
Kau rasa kau dah 'all out'
Rupanya usaha kau tak ikhlas
Kau rasa kau terlalu sibuk
Rupanya kau terlupa Rasulullah adalah orang paling busy di dunia
Kau rasa dakwah ni payah dan susah
Rupanya kau tak tahu itulah tarbiyyah
Kau rasa kerja sorang lagi seronok
Rupanya kau tak ingat bergerak dalam Jamaah itu mesti
Kau rasa adik-adik tak boleh 'go' dah
Rupanya kau terleka yang Allah memegang hati mereka
Ingatlah kisah Nabi Yunus A.S.

Jangan 'perasan' kau dah buat kerja, sedangkan kau belum diuji seperti orang sebelum kau

 "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (Al˜Imran : 142)

Dan, kerana Tuhanmu, bersabarlah...

Bersabarlah
Sikit saja lagi
Dan kemenangan itu akan menjadi milik kita
Sikit saja lagi
Dan syurga itu pasti terbukti
Sikit saja lagi
Dan redhaNya pasti mengiringi.

ps: Bertahanlah, wahai diri. Bertahanlah. Dakwah tak perlukan kau. Bahkan kau yang perlukannya :(
 
Wallahualam
-islamic desire-

1 comment:

  1. ya Allah... :'( Bila baca semula post ni, rasa nak nangis semula.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers