Mereka yang Kool :)

Thursday, April 5, 2012

Murabbi juga Mutarabbi Tahu..?

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Santun terhadap Orang Beriman :)


[Kredit]
Entah kenapa semalam ketika bersama akhawat tersayang, sama-sama membaca mathurat petang, tiba-tiba hati berasa sayu dan sungguh hiba. Bila-bila masa air mata boleh terjatuh atau mungkin dah memang banyak kali terjatuh. Entahlah, saya pun tak tahu. 


''Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu,  ikrar kepadaMu (yg akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMu, daripada kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku, dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tiada yang boleh mengampuni dosa, kecuali Engkau''

Yang saya pasti, setiap kali membaca doa ini, saya akan terasa sebak. Sebak mengenangkan betapa banyak jahiliyyah yang telah dilakukan. Mungkin iya, kita sudah menjangkaui medan dakwah dan tarbiyyah ini, namun siapa tahu dalam menjalankan kerja-kerja yang berat, mungkin sekali kita 'terbawa' jahiliyyah yang sepatutnya sudah dihakis. Astaghfirullah. Mungkin juga kerana semangat yang masih belum menyala-menyala, atau iman yang belum cukup mendalam, atau mungkin kita tidak menganggap tugas seorang daie itu satu tugas yang serius dan bukan main-main..!

Moga langkah kita diredhai [Kredit]
Beberapa hari lepas, saya sempat berbual sambil bermuayasyah dengan seorang anak, mungkin lebih sesuai bekas anak (hehe), dan dia lalu mengatakan bahawa bila diri sendiri yang memikul tugas membimbing anak usrah, barulah terasa apa yang dikatakan 'berat' itu. Mungkin sebelum ini, kita menjadi seorang mutarabbi hanya duduk menganga sambil menunggu murabbi kita menyuap segala jenis bahan untuk membentuk fikrah dan kefahaman itu sendiri. Mungkin juga tiada langsung inisiatif untuk bergerak pro-aktif! Subhanallah, moga kita tidak tergolong dalam golongan itu. 

Murabbi dan Murabbiah.

Kalimat itu bukan gelaran istimewa. Bukan sekali-kali. Kalimat itu membawa sekali tugas dan amanah dari Allah untuk mereka yang betul-betul ingin menjalankan tugas seorang manusia di dunia ini. Kalimat itu yang akan ditanya di Hari Akhirat nanti. Juga di dalam kubur tempat persemadian. 

Ingatlah anak-anakku, 
Saya juga seperti kamu suatu ketika dahulu. Terasa tidak bersedia. Terasa ilmu tidak ada. Terasa diri belum sempurna. Terasa segalanya belum memungkinkan saya untuk membawa kamu, berpimpinan tangan sama-sama di jalan ini. 

Namun, 
Jangan pernah lupa, kita ada Allah SWT. Bukan ke Dia sudah berjanji untuk membantu orang-orang yang berjihad di jalanNya? Bukankah Dia akan 'membayar' segala yang telah kita 'jualkan' untukNya, di jalanNya..? Percayalah, antunna tidak sendirian. Ramai yang menemani di jalan ini. Kerana itu, bersedialah untuk ditarbiyyah dahulu. Bersedialah untuk melakukan transformasi dalam diri antunna. Tarbiyyah itu sifatnya merubah. Mengubah sesorang daripada jahiliyyah kepada Islam. Daripada hitam pekat kepada putih bersih. 

''Dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa..''

Sudah ku kata, bukan..? [Kredit]
Sesungguhnya, kemenangan itu sudah pasti. Hanya Allah memberi peluang dan ruang kepada tangan-tangan yang mahu menolong demi kebaikan sendiri di jalan ini... Kerana itu, bersabarlah, berdoalah, berusahalah..! 

Wallahualam
-islamic desire-

1 comment:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers