Mereka yang Kool :)

Friday, April 20, 2012

Bangau oh Bangau..! Ya, saya..!

Dengan nama Allah yang Maha Menerima Taubat :)
err. apakah ini semua? [Kredit]
Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? 
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? 
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? 
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit? 
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? 
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? 
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? 
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan? 
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? 
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku

Dulu saya pernah juga menyanyikan lagu ini di zaman pra sekolah. Hehe [Kredit]
 
 Ok. Anda boleh berhenti menyanyi sekarang. Tolong berhenti. Seriyusli. Hehe. Kenapa agaknya ya saya pilih lagu kanak-kanak Tadika Kemas Presint 11 Putrajaya ini..? Mungkin kerana keterujaan mendengar mereka menyanyikan lagu ini kot..? Err.

Tidak tidak. Bukan begitu. Saya ingin segar kembali ingatan kita terhadap satu artikel yang terdapat majalah 'KITA' aka Jom!. Haa... Sesiapa yang belum ada, boleh dapatkan sekarang..! Rugi kalau tak baca. *promosi lah pulak kau ni.

Iye, Ukht Farah ada menyatakan tentang lagu ini dan peranan kita tentang Syahadah yang tak habis-habis diucap dalam solat lima waktu, atau sebarang solat sunat. 

''Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah''

Mudah bukan jika kita membacanya..? Namun, setelah dikaji dan diamati, pada saya, ini sebenarnya makna tersirat disebalik itu.

''Aku berjanji untuk sampaikan kepada semua orang bahawa hanya Allah yang layak dan wajib disembah, tiada yang lain, dan Nabi Muhammad pula telah melakukan kerja 'syahadah' nya.Kini tiba giliran aku''
Sungguh sadis bukan..?  Bila kita berjanji, maknanya kita secara tidak langsung telah membuat satu kontrak. Dan balasan jika melanggar perjanjian ini adalah kita wajar dihukum oleh Allah Azza Wajalla. Subhanallah! Sumpah, saya gerun mendengarnya!

Namun ketahuilah, Allah takkan bagi tugas ini jika dirasakan hambaNya tidak mampu. Seperti Abu Ubaidah al-Jarrah yang sanggup menetak kepala ayahnya sendiri hingga terbelah dua sewaktu Perang Badar. Bukanlah kerana dia saja-saja suka membunuh ayah sendiri. Bukan juga kerana geram kerana tidak mewarisi harta pusaka. Bukan! Malah, ke'eager'an beliau membunuh ayah sendiri adlah kerana dia telah bersaksi bahawa tiada Tuhan yang selain Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah. Jadi, wajib dia memerangi golongan yang sombong, yang tidak langsung mahu menerima Islam.


Itu seerah sahabat. Dan menyampaikan syahadatul haq ini semudah menunjukkan tauladan dan akhlak yang baik. Makan secara tertib, mengajak rakan solat sama-sama, cuba resepi terbaru, kejutkan bangun qiam, menepati masa, solat di awal waktu, berbicara perkara yang baik atau diam, dan baaaaaaannnnyyyaaaakkkkkkk lagi. Anda tentu lebih tahu wahai pembaca yang budiman. *skema


Jadi, apakah kaitan dengan bangau oh bangau..? Oh ya! Terima kasih ingatkan saya. Nanti saya masakkan rendang ayam eh..? Hehe.
Bangau oh bangau tu kan banyak menyalahkan orang lain. Semua salah. Semua tak betul. Dia je yang betul. Macam itulah gambaran hari akhirat nanti di mana semua orang akan menyalahkan orang lain, mencari orang lain yang ada kaitan dengannya untuk meletakkan salah di bahu orang itu untuk melepaskan dirinya daripada hukuman Allah. Choyyyy..!


Maka, jom..! Kita selamatkan diri kita dan orang sekeliling kita juga seluruh umat insyaAllah dengan melakukan kerja 'syahadah' kita. Barulah jadi manusia yang super duper kool..! *senyum lebar

InsyaAllah. Jangan sedih-sedih ye awak. [Kredit]

 ps: Sedih, bosan, takut tu semua perasaan normal bagi seorang daie. Kalau tak diuji, maknanya belum lagi buat kerja tahu..? Jadi, kuatkan hati, zikrullah, perbanyakkan taubat, akui kesalahan kita dengan Allah dan makhluk ciptaannya. Moga terus kuat melangkah..! *pesanan buat diriku juga



Wallahualam
-islamic desire-

 


No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers