Mereka yang Kool :)

Wednesday, February 15, 2012

Saya Juga Pernah Menjadi Hantu..!

Dengan nama Allah, Yang Maha Melihat :)

Nota contengan : Buat anda yang menghidap lemah jantung, dinasihatkan untuk membaca bersama mereka yang sihat sejahtera untuk mengelakkan sebarang kecemasan. Haha. Ops!
Hah, jangan ada yang takut tidur malam pula! [kredit]
Err. Biar betul? Anda pernah menjadi sebiji hantu ke Cik Panda? (gelaran yg diberikan oleh seorang ahli kawasan) Tapi macam mana boleh berbelog ni? Pelik laaa. Takutttt. Kata anda yang runsing hingga mengambil bantal menutup muka sambil berhasrat lagi untuk menghabiskan bacaan belog ini. Hohoho. 

Kenapa nak pelik pulak bila saya kata saya hantu? Eh, ramai je sekarang ni berlomba-lomba menjadi hantu tahu..? Ahh..! Dusta semua itu. Kata anda lagi. Eh. Dia ni, sabar jelah. Tak nak percaya lagi..? 

Tuuu. Cuba ambil kejap remote tv anda. Atau saya ajar cara mudah. Gi u-tube, taip pontianak harum sundal malam, histeria, blok 404, congkak dan baaaaaaaaaaaaaannyaaakkkkk lagi. Ramai yang dah berlakon jadi hantu ni. Osem sungguh! *tangan di dada mata ke atas

Ok. Itu semua bukan apa yang saya nak sampaikan atau contengkan dalam belog bulatan gembira ini. Sila jangan cuba-cuba rasa untuk rasa takut. 

Err, anda mungkin pernah terdengar atau ternampak dengan mata bholat anda itu frasa'' hantu game atau hantu filem korea'' kan? Hantu di sini membawa satu definisi kegilaan dan keekstrasukaan terhadap sesuatu perkara. Dan ya, saya juga pernah menjadi salah seorang 'hantu' terhadap game ini. 

''The Sims'

Mungkin sekarang dah makin beranak pinak game ini [Kredit]

Ini Ghazwul Fikr juga tahu...? [Kredit]

[Kredit]
The Sims merupakan satu permainan di mana kita boleh mewujudkan keluarga the sims itu sendiri dan mengawal segala perlakuan mereka. Tidur, makan, mandi, bersosial, bina rumah, bina taman, bertani dan lain lain lain lagi. Phew~

Seingat saya, saya boleh menghabiskan masa enam hingga tujuh jam tanpa henti mengadap komputer setiap kali bermain game ini. Ok. Sob sob sob. Itu karat jahiliyyah. Moga saya dapat istiqamah daripada leka dengan game ini. 

Apa yang saya dapat lihat dari permainan ini, manusia dan watak dalam the sims ini tidak manyak bezanya. Seriyus tak tipu..! 

Manusia ibarat robot. Apa yang disuruh oleh Penheptanya, maka kena lah buat. Saya bagi anda satu epik. Ada satu robot yang macho, berwarna kuning keemasan, badannya diliputi emas 999 bertatahkan zamrud. Ok. Over pulak tu. Tugas dia, untuk membuat air Milo panas setiap pukul tujuh pagi dan hantarkan kepada tuannya yang manis dan ayu bernama Cik Prada. Eh! Tak. Puan Markonah. 

Semasa baru lagi dichepta yakni di zaman muda remaja, dia sangat patuh. Tiba-tiba! 
Setelah berlalu lima abad, (overnyaaa) robot ini tidak lagi mengikut suruhan tuannya. Lantas arahan tadi ditukar sesuka jantungnya. 
''Buat air Kopi O gula satu paket dan hantar ke ruang tamu rumah jiran Puan Markonah setiap pukul empat tiga belas minit pagi''.

Hayoyo..! Apa dah jadi ni..? 

Hah... Sama lah juga dengan ummat manusia ni. Masa tecik-tecik, comel je dia duduk kat saff konon-konon nak ikut solat sama-sama. Bila dah besar panjang, patutnya dah tahu baik buruk, halal dan  haram, tapi main sebattt je semua. Naudzubillah. Saya tahu anda yang membaca ini semua baik-baik. Alhamdulillah. 

Ibrah kedua tentunya saya merasakan jika manusia yang mengawal hidupnya sendiri tanpa peraturan dari Allah. alamatnya kemampusan lah..! Err. Apa maksud awak sebenarnya? Tanya Cik Karena dalam BBM nya. Bayangkan mengawal manusia yang macam-macam ragam dan songeh mereka tersendiri bisa menjadikan kita boleh mengalami sindrom panda gila. Sumpah!

Kerana itu, kena hengat dalam kepala! 

ALLAH SEBAIK-BAIK PENCIPTA DAN PENGAWAL.

Enaf said. Anda pun dah tahu kan..? Jenuh ustazah anda mengajar. Berbuih-buih mulut murobbi murobbiah anda sebut dalam bulatan gembira.

Sebab tu, jangan jadi macam The Sims tahu..? Pesan pada hadek-hadek, rakan-rakan anda yang masih mencuba menginstall game itu. Haha. 

Jadi? Sudah percaya yang saya juga pernah menjadi hantu? Okay, saya faham dengan anggukan anda itu. Terima kaseh! Hehehe.

Ps: Doa saya buat kita untuk terus istiqamah dalam jalan ini...

Wallahualam
-islamic desire-

6 comments:

  1. Ape je lagi contoh ghazwul fikr tu selain dari game? Tv sekali ye?

    ReplyDelete
  2. Sports
    Screen
    Sex
    dan semua yang membuatkan pemikiran manusia diserang

    ReplyDelete
  3. senang cerita yang 5S tu ye?

    ReplyDelete
  4. Terima ksih cikgu!!! (suara ketua darjah diikuti rakan2 kelas)... Haha...

    ReplyDelete
  5. Semoga kita dijauhkan dan tuga tergolong dalam manusia yg terpengaruh dgn 5s.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers