Mereka yang Kool :)

Tuesday, February 14, 2012

Bukan Milik Awak, Tahu..!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Memiliki :)


Dahulu kala, saya pernah bertanya kepada seorang ukht, 
''Sis, u tak penat ke? Every wiken ada program, drive jauh-jauh semata nak gi jumpa adek-adek untuk satu atau dua jam cuma, malam dah nak ready untuk kerja esok, u tak kesah ke hidup macam tu, sis? I yang tengok ni pun lelah.''
Haruslah bukan begini kan..?Haha [Kredit]
Dia hanya ketawa manja. Err. Manja ke? Hahaha. Ok. Sungguh pelik. Sampai ada rasa nak lepuk dia secara beriman pun ada. Grr. Lawak aje... Hehe. 


Namun, satu hari saya menerima sms darinya.


"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka 
itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah."
[Hadith Riwayat Muslim]

Terfikir juga saya, apa siknifikennya si incek unta yang berkaler merah itu? Rupa-rupanya unta merah kalau dolu-dolu nun jauh kat Arab sana, merupakan haiwan yang memang sangat berharga dan mempunyai nilai yang mahal. Lebih mahal dari Rantai labuh jenama Habib nek jah tahu..?

Dan, sangat gojes bila terhengatkan seerah Nabi, bila diminta meninggalkan kerja-kerja pendawaian  dakwah dan tarbiyyah ni, baginda dengan osemnya menjawab

“Sekalipun jika diletakkan bulan di tangan kiri ku dan matahari di tangan kanan ku, namun untuk aku memberhentikan usaha dakwah ini tidak sama sekali. Aku akan teruskan sama ada aku berjaya atau mati dalam usaha ku ini”
[Hadith Riwayat Al Baihaqi No:522].

Dan saya juga pernah menjadi mangsa pertanyaan itu oleh adek-adek sekalian. Dan, kefahaman dan tsiqah (keyakinan) saya terhadap Allah, menjadikan saya dengan yakinnya menjawab
 ''Dik, akak ni bukan milik keluarga akak sorang, akak ni milik Allah, Dakwah dan Tarbiyyah. Akak milik Islam, dik.''

Err. Tolong jangan muntah hijau dulu. Naudzubillah dari murka Allah kerana riak. 

Ya, kerana saya bukan milik keluarga yang mutlak. Juga saya tidak ada hak ke ats diri sendiri secara mutlak. Kerana saya merupakan antara berbililon, gazilion orang di luar sana yang sudah pun berjanji sehidup semati dengan Islam . 

Kerana itu, saya mahu mengajak anda untuk sama-sama membandarkan janji (mengotakan) kita. Heyy... Siapa yang tak berdakwah, dia yang ketinggalan dan ekstrem angat-angat tahu..? 

Kerana itu juga, saya betul-betul mahukan jaminan kelangsungan tarbiyyah bagi saya dan anak-anak serta keturunan nanti apabila sudah berubah fasa nanti. InsyaAllah...


ps: Tahniah buat anda yang berjaya meninggalkan zaman berkaratnya jahiliyyah anda dengan menyambut Hari Kakashi. Eh tak. Hari Kekasih. *tepuk tangan

Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. Indah kan kalau setiap umat Islam itu memahami amanah dan tanggungjawab mereka. Berdakwah dan mentarbiyyah sesame kita bahkan lagi penting lagi memrelakan diri kita untuk ditarbiyyah terlebih dahulu. Sekalipun jalan menuju ke Allah terasa amat pedih, mesti seronok bila ade akhi or ukhti yang setia menemani dan membimbing. InsyaAllah, Dia akan bantu mereka yang menolong agamaNya. Berada di jalan ni kena banyak bersabar kan? Sebab jalan ni sudah pasti dan pasti akan menuntut pengorbanan. Moga rahmat dapat melihat wajahNya jadi galang ganti atas tiap pengorbanan ini di akhirat kelak. :)

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers