Mereka yang Kool :)

Wednesday, February 22, 2012

Tiada Sebab untuk Berkata Go Away kepada Bulatan Gembira!

Dengan nama Allah yang Memandu Hati-Hati Kita :)


Alhamdulillah tsumalhamdulillah la haula wala quwwata illabillah. Itu kalimah yang mampu saya ucapkan seusai bulatan gembira bersama murobbiah tersayang tadi. 


Kenalah rapat dengan akhawat macam ni, baru best..! [kredit] 
Saya akui, terlalu lama saya memendam masalah dan perasaan sendiri sehinggakan saya sendiri tidak sedar adakah saya masih manusia normal atau tidak. Pun begitu, Allah kurniakan orang-orangan sekeliling yang sangat prihatin tentang diri saya. Tengsomac. Jazakumullahu Khairan Katheera, u olls! 


Ketahuilah, daie itu juga adalah seorang manusia biasa. Akhawat yang kelihatan ligat ke sana dan ke mari juga adalah seorang makhluk Allah yang tentunya tidak lepas dari pelbagai masalah dan tanggungjawabnya. Adakalanya mereka juga merasakan seolah-olah mereka futur. Namun, ingatlah, Allah kan sentiasa caring dengan masalah keakhawatan ini..? Betul tak? Sebab tu hanya dengan izin Dia, kita semua dipilih untuk berada di jalan ini. Bukan calang-calang orang tahu..?


Err. Sejujurnya, saya merupakan insan yang sungguh tegar untuk tidak menangis. Payah amat. Sumpah! Kadangkala terfikir juga saya, saya ni ada masalah hati kering ke..? Tolong... Tolong... Nak Doktor  Aisyah Z! Hehehe. 


Kadangkala saya juga merasakan diri tidak mampu [Kredit]
Namun, itulah jelitanya Puan tarbiyyah ini bila ia berjaya mencairkan hati saya untuk mengalirkan air mata. Biarpun saya tidak menceritakan secara terperinci dan sistematik masalah diri, namun apa yang disampaikan berjaya menyentuh hati saya yang sedang tunggang -langgang ni. Ouch! Subhanallah!


Tenang sungguh rasanya bila bersama mereka. Entahlah, undiskraibebel.Nak tahu macam mana rasanya? Ia kompem lebih tenang dan beronok-ronok  daripada bercuti di tepi Pantai Teluk Cempedak, lebih bagus dari melihat Menara Eiffel (impian saya sejak kecil), atau menunggang itik di DuniaBasah aka WetWorld.  


Salam sayang buatku untuk antunna <3 [Kredit]
Sejujurnya, saya sungguh terkesan apabila Cik Murabbiah saya mengatakan bahawa kadangkala akhawat sekalian sebuk bercerita itu dan ini mengenai ukhuwwah, namun dalam kita tidak sedar, kita sebenarnya tidak betul betul menjaga satu golongan yang ramai menganggap remeh. 


Itulah anak Encik Yatim. Eh! Anak yatim laa. Maap. Ya, satu konfesi berani terjun gaung. Nak tau, masa zaman muda-muda dolu kala, saya memang rasa sedikit tersisih dan rendah diri apabila berkata soal ibu bapa. Setiap kali ada bantuan kewangan, atau biasiswa, saya pasti rasa rendah diri. Kerana, itu menjadikan saya lain daripada rakan-rakan. Namun, satu perkara yang saya amalkan adalah untuk seboleh-bolehnya tidak mengambil biasiswa itu.


Kerana, pesan abah, ''kalau rasa masih mampu, elakkan. nanti bimbang terambil hak orang lain yang lebih layak.'' Itulah abah. Sentiasa memikirkan orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Bukanlah saya bercerita tentang ini untuk meraih undi atau simpati, namun saya pasti ada yang mengangguk angguk kepada tanda setuju dengan dialog di atas. 


Dan, bukanlah itu yang saya hendak bebelkan dalam entri ini. Saya mahu berkongsi dengan anda pembaca yang sungguh kool itu keriangan di alam tarbiyyah ini. Jadi, apa tunggu lagi..? Sebarkan chenta anda dengan manusia-manusia di luar sana!


ps: Jazakunnallahu Khairan Katheera buat adik beradik bulatan gembiraku yang sudi menjaga diri ini. Saya tidak mampu membalas jasa anda, hanya Allah yang mampu. Maafkan saya jika tidak menjadi qudwah yang sungguh jelita lagi terbaek dalam jalan ini. Silalah tegur ya!


Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. Alhamdulillah semoga baik baik sahaja dan dikurniakan ketenangan hati yg semua orang idam idamkan.

    ReplyDelete
  2. Erm doktor aisyah z tu, doktor nur aisyah zainordin ke?

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers