Mereka yang Kool :)

Monday, February 6, 2012

Saya sayang Rasulullah SAW. Enaf said.



I LOVE YOU, OH RASULULLAH. [kredit]


Jum selawat 10 kali ke atas Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda juga rakan-rakan Baginda. 


Ok. Alhamdulillah dan tengsomac kepada anda yang sudi berselawat. 


Dalam konferens riang gembira SH yang lepas, ukht I telah menanyakan anak-anak bulatan gembeera kami sekalian, apakah sunnah terbesar Rasulullah SAW? Anda tahu tak? 


Jap jap. Saya teka. Selawat! *dengan muka bangganya anda menjawab. Hoho. 


Err. Tapikan anda, salah lah jawapan tu. Maaf lah ya. Tak dapat hadiah. Jawapan sebenarnya adalah Incek D atau lebih gelemer dengan panggilan manja Dakwah. Betul. Dakwah adalah sunnah terbesar sekali di galaksi bima sakti ini. 


Persoalannya, kalau saya mengaku saya sayang cinta rindu kasih amat kepada Baginda Rasulullah, adakah saya sudah menjalankan sunnah nya? Dari sesimpel-simpelnya hingga yang paling besar? Adakah saya makan ikut cara Rasulullah? Berjalan sepertinya? Banyak senyum sepertinya? Hatta cara memandang juga ikut model Rasulullah ini? 


Gulp. Adakah saya telah menelan air liur sebentar tadi? 


Wahai, sungguh sayang sekali Rasulullah dengan umatnya, sampai bagi syafaat, pertolongan lagi masa di akhirat nanti. Hari yang takda sapa boleh kompemkan dia akan masuk syurga mahupun neraka. Sob sob sob. Sungguh gerun bukan? 


Lagi, apakah sumbangan kita dalam kerja-kerja dakwah ni? Kalau Rasulullah sampai berkocak-kocak darah dalam kasutnya, kita pula bagaimana? Tidur sempit-sempit sikit masa konferens riang pun dah merungut. Eh, yeke? Huhuhu. Mungkin tidak. Saya tahu anda seorang yang bebas ego, bukan? 


Jika di hari jadi puan emak, kita boleh hadiahkan Nissan Murano, iPad Apple dia hari kelahiran adik bongsu, untuk Rasulullah SAW? Apa lagi...? Jum ramai-ramai kita amalkan sunnah Nabi. Oh ya! Dan banyakkan selawat. Baru Nabi tak deklair kita ni ummat yang sombong tahu..?


''Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi. ''Wahai orang-orang 'yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penuh penghormatan kepadanya''
[Al-Ahzab 33:56]
Salam Maulidur Rasul [Kredit]


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca belog DBG. Moga kita sentiasa dalam keberkatan Allah dan menjadi umat yang osem di mata Rasulullah!

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]