Mereka yang Kool :)

Wednesday, February 29, 2012

Boleh bagi saya Bayi Comel itu..?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang...


[Nota poket tebal] : Tolong jangan muntah hijau dengan kemengadaaan entri ini. Sebarang kesulitan amat disukai. Ehh. Dikesali. 
Anda oh anda..! Ya, anda lah yang saya panggil tu. Jum kita istighfar kejap 15 saat. ;)
Astaghfirullah... Moga Allah ampunkan segala dosa kita, atas setiap perbuatan kita sehari-hari. 
Saya tahu sudah lama saya tidak menulis karangan SPM di sini. Dan saya juga tahu anda ternanti-nanti apakah yang akan saya mengarutkan di sini. Ehh? Yeke saya mengarut? Wuu... Jika betul, sila tekan cepat-cepat butang bertanda pangkah merah di hujung kanan laptop Apple Laici anda itu ya..!


Anda mahu tahu satu rahsia besar..? Meh sini saya bagitahu. Untuk anda pembaca yang kool saja tahu..! 


Saya kan... Err. Saya sangat terlalu amat sukakan bayi dan kanak-kanak kecil. Sumpah! Lagi-lagi bila melihat mereka bermain kejar mengejar, polis and thief, batu putih.. eh tak! batu seremban. Hehe. Comel kan? Tak pernah lagi setakat ni kalau saya bertemu dengan kanak-kanak waima mereka tidak ada pertalian darah dengan saya, saya akan memandang sebelah mata ataupun jalan dengan penuh keangkuhan persis singa Aslan dalam Narnia. Hohoho. 
Moga anak saya juga comel dan tentunya solehah...! [Kredit]


Alololo... Omeyyy [Kredit]
Berikutan saya juga mempunyai anak ponakan yang sihat, debab, kuat dan tentunya ceria (ikut Maksu dia lah tuu), menjadikan saya semakin sayang kepada kanak-kanak kecil. Mereka bebas bermain ke sana sini, meminta untuk dipeluk, disuap makan, juga dibelikan mainan. Ok, bab mainan ni saya lemah. Lagi-lagi bila ada yang meminta iPad. Heyy... Maksu awak pun guna kapur dengan batu je nak tulis tahu..! Hahaha. *Nampak sangat penipu lah heyy!


Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya bukanlah mengenai kegirangan memeluk kanak-kanak chomel ini. Saya hanya ingin menyampaikan satu pesanan dari syuyukh kita, As-Syahid Syed Qutb dalam Tafsir femesnya, Fil Zilal Al Quran :)


Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?
-As Syahid Syed Qutb-
Legend :) Al Fatihah buat Allahyarham [Kredit]
Hey... Nak tahu satu perkara lagi tak..? As Syahid Syed Qutb ni tak macam anda dan saya tahu..? Huhu. Macam tahu sangat je kan. Hehe. Dia berpeluang memperoleh nikmat hidayah ni semasa umur sudah lanjut, atau dalam bahasa punjabinya berumur lebih kurang empat puluhan. Dalam edisi nombornya, 40++. Phewiiittt..! 

Tipulah saya jika mengatakan stamina seorang pakcik hensem berumur 40 tahun sama sebijik dengan pemuda kachak berumur 20 tahun. Bohonglah saya jika mengatakan bahawa kecekapan fikiran remaja berusia 17 tahun sama dengan seorang ayah berumur 49 tahun. Betulkan..? 

Namun, tahukah anda, Syed Qutb masih mampu tersenyum bangga bila dia mengatakan bahawa dalam hidup di bawah naungan Al-Quran, seolah-olah sudah mmapu memebrsihkan usianya yang dahulu pekat likat dengan hitamnya jahiliyyah tersebut. Fuuyooohh! Anda mampu..? Huhuhu

As-Syahid dengan tenang dan machonya boleh lagi menjawab dengan senyum simpulnya ketika ditanyakan mengenai hukuman gantung ke atsnya dengan jawapan cukup simplistik ''Mati Syahid''. Dia yang hanya mengenal tarbiyyah dan dakwah selama lebih kurang 20 tahun, sudah mampu menyebarkan chenta dan fikrahNya dalam hati manusia, hatta si saya yang kecil hina ini. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasNya. Kami bersamamu, insyaAllah... 

Ps: Sungguh seronok bermuayashah dengan anak-anak. U guys are just too awesome..! :) Tak mau ada cita-cita kanak-kanak Ribena lagi ya..? *senyum simpul

Wallahualam
-islamic desire-

8 comments:

  1. Setuju sangat :) Sayangi kanak2, cuma pemikiran kita harus dewasa dan utamakan apa yang lebih utama.

    ReplyDelete
  2. Ramai yang nak jadi adik awak insyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. saya yg salah atau saya sudah dibenci. Dgn yg lain boleh tapi dgn saya dibuang terus. fikirlah.

    ReplyDelete
  5. ha? jua, izit this one??? wink2*

    ReplyDelete
  6. what do u mean this one, kukubesi..?

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]