Mereka yang Kool :)

Sunday, October 23, 2011

Ini... Ini Sumpah Terharu, Incek Lily Bobo!

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang :)

Alhamdulillah. Thank God. Syukur. Dan segala puji segalanya buat si Dia yang Maha Menciptakan.
Setelah sekian lama tidak menghapdet makcik belog ini, saya rasa terkehadapan untuk menulis. 
Ya! Haruslah! Takkan nak biar makcik belog ini menghasilkan debu debu dan sawangnya, kan?

Entry kali ini khas buat mereka yang mempunyai haiwan peliharaan. Ya! Seperti saya, yang sangat meminati kucing. Dan kisah ini adalah kisah benar. Percaya atau tidak? Percayalah! 
(Ingat Believe it or not)

Nyet, Kucing Buntal-Comel sepupu saya, [Kredit]
Semalam, ketika saya membersihkan ruangan di balkoni rumah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kehadiran seekor anak kucing yang terbaring lesu di bawah meja. 
Melihat keadaan biologinya, saya rasa kucing itu sudah mati.Jadi, incek abang saya berhasrat untuk memulakan operasi menanam kucing itu.

Namun, apa yang saya lebih tertarik adalah kehadiran kucing jantan saya yang tentunya macho dan kachak, Incek Lily Bobo ( jangan tanya kenapa namanya kedengaran ke-female-an) di sisi anak kucing tersebut. 
Ia menjilat, dan setia menunggu anak kucing tersebut biarpun ia tahu yang anak kucing tadi sudah tidak hidup lagi.

Dan, apabila Incek abang membawa anak kucing tadi untuk ditanam di belakang rumah, Incek Lily Bobo pantas mengikut dan mengejar. 
Lagaknya persis dia adalah ibu kepada anak kucing tersebut. Subhanallah! 
Serasa ingin menangis saya lihat perlakuan Incek Lily Bobo tersebut.


Itu Incek Lily Bobo di tepi kubur [Kredit]

10 Minit kemudian. Ia masih di situ [Kredit]

Sehingga diberitahu anak kucing itu sudah tiada, barulah dia pergi [Kredit]


Bukanlah saya ingin berbangga , bajet kool dan best serta kembangkan hidung tanda keunggulan kerana memiliki kucing seperti Incek Lily Bobo, namun jika dibandingkan dengan keyakinan dan kebanggaan seseorang hamba Allah John atau Jane Doe yang tidak segan silu mengelar seorang bayi, membuang bayi dalam tong sampah dan kes seumpamanya, 

saya yakin Incek Lily Bobo lebih TAHU BERFIKIR

Sesuai dengan firman Allah :
''Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang yang meminumnya''
(An-Nahl 16:69)

Dan... Ini... Ini... Ini sumpah membuatkan saya terharu, Incek Lily Bobo! 
*Air mata mengalir laju-laju sambil mendakap erat Incek Lily yang membuat muka-sumpah-aku-tak-faham-kenapa-dengan-tuan-aku-ini. 

Akhir kisah.

Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. binatang pun ada perasaan!! kem slm kat incek lily bobo..ada ms bawaklah die dtg umah akak,,boleh berkenalan dgn mek wok *nm kucing akak..hehe

    ReplyDelete
  2. insyaAllah akak :) *sambil memegang lily bobo di depan screen komputer... ahaks

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers