Mereka yang Kool :)

Tuesday, November 1, 2011

Lagi Hina dari Bangkai Tahu..?

Dengan nama Allah yang Maha Menyembuhkan :)


Assalamualaikum gais! Pertamanya, saya nak mohon kemaafan zahir dan batin lah kan lama tidak menghapdet makcik belog ini kerana sedikit kesakitan yang dialami. 
Syafakillah untuk diri sendiri ya, hehe. Juga saya berjaulah bersama family terchenta menghadiri walimah makchik yang kini bergelar Puan. Selamat menempuhi kehidupan baru.
Dan alhamdulillah, tsummalhamdulillah masih dikuatkanNya untuk meneruskan hobi-fanatik menulis ini.


Baru tadi saya membaca hasil conteng-contengan di BHT (Buku Hikmat Tarbiyyah) dari halaman 1 hingga habis. 
Bak kata orang muda-muda, khatam kulit ke kulit lah heyy..!
 


Dan, satu hasil contengan saya mengenai sebuah hadis Rasulullah mengenai DUNIA yang fana ini. Yang penuh dengan senda gurau dan permainan. 
Enaf said! Memang betul. Dunia ni kejap je. Tak tipu..!


Jom kita baca ni jom...

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w melihat kepada bangkai anak kambing yang dibuang oleh tuannya lalu baginda berpaling kepada para sahabatnya dan bersabda: “Adakah kamu melihat betapa hinanya bangkai kambing itu di sisi tuannya, demi Allah dunia ini lebih hina di sisi Allah melebihi kehinaan kambing tersebut di sisi tuannya. Kalaulah nilai dunia ini menyamai nilai sebelah sayap seekor nyamuk nescaya Allah tidak akan memberi seteguk airpun untuk minuman orang kafir”.
Dunia ini lagi hina nilainya dari bangkai sepisis aku tahu..? [Kredit]


Sungguh siknifiken kan? Bukan sekali malah berkali-kali Allah ripit (ulang) dalam Al-Quran mengenai ciri-ciri dunia ini. Dan tidak payah nak gam saya jika saya katakan dunia ini sementara, dunia tidak lain hanya pentas lakonan, dunia ibarat salah satu permainan Wii atau dalam Mac Pro dalam bilik tu, dan err banyak lagi perumpamaan dhonia ni...tahu?

Dan apa yang lebih saya terkesan, (ini sumpah konfesi nak kena pelempang Jepun) tatkala menghadiri salah satu walimah, di mana sangat menekankan adat Melayu bersanding, berjoget melambak, berkara-K.O, dan banyak lagi. 

Asik-asik kawen, asik-asik kawen, boring ah! 
Laa anda ni pun... Dah tema minggu ni Wedding kan?
Ok. Jangan menyempang di Jalan Aluminium Seksyen 7 Shah Alam pulak.

Adat yang dibuat tadi, akhirnya menjadikan DUNIA lebih didahulukan, dan pencapaian AKHIRAT tak diutamakan. Err. Power juga ayat tu. Hehe.
Sampai apa yang perlu dijaga umpamanya ikhtilat dipandang sebelah mata sahaja, itu pun mujur nak pandang, kalau tak? Ke laut lahh~

Itulah DUNIA AKHIR ZAMAN.
Dan saya juga tidak terlepas dari cabaran dan dogaan dunia ini. 
Bayangkanlah, gajet-gajet yang atas ke tarikh (up-to-date), rancangan televisyen yang siap ada marathonnya, mana tak tergoyah iman saya yang kejap turun kejap naik ni kan? 
Dah macam eskalator pulak. 

Di jalan tarbiyyah inilah, saya mula mengorak langkah mengenal 'kepalsuan' dunia. 
Moga terus tsabat, insyaAllah.
Anda pula, bagaimana? 
Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers