Mereka yang Kool :)

Tuesday, November 8, 2011

Fanatik Dee and Tee :)

Dengan nama Allah yang Maha Menyembuhkan :)

Alhamdulillah tsumalhamdulillah kerana saya diberi lagi kesempatan untuk menulis. Kalau dah minat, sakit pun tak boleh halang kan? Eh. Kalau Allah kehendaki, sakit pun tak boleh halang. Haa. Betulkan semula fikrah anda heyy..!

Semalam merupakan hari yang sangat menguji ke-kool-an dan ke-gojes-an hati dan iman saya. 
Bila nikmat sihat direntap oleh Dia, maka banyaklah perkara yang tidak bisa dilakukan dengan sempurna. Allahu Allah. 
Dia juga sebaik-baik perancang dan penentu.

Dan minggu ini juga merupakan antara minggu yang tentu sekali banyak menguji. Tengsomuchilebiyu kawan-kawan kerana kekuatan motivasi yang diberikan. Kullu am wa antum bikahir.
Benarlah, ukhuwwah itu jika disandarkan semata-mata keranaNya, kelihatan lebih manis dari Gula-gula Daim mahupun Coklat Ferero Roche saiz kotak segi empat sama yang dijual di Kisah Empat (Carefour) itu. Hehe.

Tentunya saya dan temen-temen se-game-an yang lain, berasa sungguh teruja dan bersemangat rasa nak lompat-lompat persis kanak-kanak ribena tatkala merancang itu dan ini untuk daurah Ini Sumpah Keren (ISK)

Hal yang demikian telah berlaku adalah disebabkan oleh harapan kami yang insyaAllah berbunga-bunga Daisy untuk melihat adek-adek sekolah mengerti sejarah sebenar dan mengenali jalan tarbiyyah ini yang sumpah panjang.

Namun, seperti yang dimensyen sebentar tadi, Allah tentunya perancang yang paling osem terbaik good good. Arakian, terjadilah hal bahawa kami baru mendapat tahu yang wiken ini terdapat satu konferensi riang gembeera di KL nun. Jauh dari kampung halaman Incek Datuk Najib dan Puan Datin Sri Rosmah di Pekan ni. Eh.

Maka, bagi yang mengerti, tarbiyyah itu menuntut praioriti atau dalam bahasa Punjabinya, keutamaan. Dalam kata yang lebih kasar lagi, jual ikan itu perlu. Tarbiyyah dzatiyah itu penting. 
Maka, secara resmi padinya, berikutan krew-krew yang masih kureng amat di desa ini, ISK adek-adek terpaksa dipostponekan ke tarikh yang lahen pula. Subhanallah. Allah itu Maha Besar.

''Dan janganlah kamu berasa lemah dan jangan pula bersedih hati, sedangkan kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman''
[Ali-Imran : 139]

ps: Adakah mungkin ini tandanya krew-krew dakwah n tarbiyyah (DNT) yang fanatik perlu dikembang biakkan di desa Pekan ini? Huhuhu. Pis untuk anda.

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers