Mereka yang Kool :)

Thursday, November 17, 2011

Perangai macam Tuuuttt...!

Dengan nama Allah yang Maha Membaca Isi hati :)

Assalamualaikum anda semua..! Err. Jap ya.
Puh puh puh! Anda nampak habuk tu berterbangan? Hehe

Dan tentunya alhamdulillah tsumalhamdulillah, biarpun kesibukan seharianan, dapat juga menulis. 
Hoo yeahh! 

Kisah ini tentunya berlaku dalam minggu lepas. Memandangkan saya ini bekerja sebagai kuli sahaja di sekolah yang sumpah besar dan gah itu, maka sudah menjadi tugas sebagai guru kelas untuk berbincang dan mengadakan sesi mak ayah soal-chegu jawab tentang keputusan peperiksaan anak-anak mereka.
Tahniah adek-adek UPSR 2011 [Kredit]
Siapa tak nak anak berjaya ye tak? Dan tentunya, saya lah yang menjadi mangsa pertanyaan femes lagi fofular mengenai keadaan anak-anak mereka ketika di dalam kelas. Untuk anda yang sedang garu-garu kepala-licin-bebas-rambut itu, sila baca dialog di bawah .

Encik A : Cikgu,anak saya tu macam mana dalam kelas?
Cikgu : Alhamdulillah Encik, baik budaknya. Cuma biasalah, kadang-kadang dia ter'over' riuh.
Encik A : Kat rumah memang susah nak belajar tu. Saya ni penat bekerja sendiri, tapi demi anak tu, saya temankanlah jugak dia belajar. 
Cikgu : Baguslah macam tu encik. Kadang-kadang, perhatian dari ibu bapa ni bagai motivasi untuk mereka.

Dan...
Encik B : Cikgu, mesti anak saya turun kelas kan? Result dia teruk jugak ni. Perangai dia kat rumah tu memang teruk betul. Tak reti dah saya nak nasihatkan.
Cikgu : Err. Kalau dah bukan rezeki dia di kelas pertama, nak buat macam mana encik. Bersabar ya. Moga-moga anak encik boleh tingkatkan usaha dia. 

***

Ehem. Ehem. Perhatikan dialog bapa bapa di atas. Sumpah besar harapan mereka untuk melihat anak-anak berjaya ye tak? Sehinggakan, ada yang tegar menyuruh saya memarahi anak mereka jika perangai kureng memuaskan hati.


Saya senang hati bila melihat ibu bapa yang sangat mementingkan prestasi anak. Tapi...
Pada suatu hari yang sungguh kool, saya dikejutkan dengan konfesi seorang anak murid. Sudah menjadi kebiasaan untuk saya bertanya mereka mengenai kewajipan solat itu. Dan tiba-tiba, seorang berkata ''cikgu, saya reti je sujud bangun sujud bangun, tapi bacaan tak pandai laa. Mak ayah saya tak solat. Macam mana saya nak belajar niii....? Dahlah hari-hari marah tak belajar, tapi solat tak jugak!''


Allahu Allah. Sebak hati saya tetibe. Apakah saya sudah menjalankan tugas Syahadatul Haq itu? *Tertunduk malu, air mata bergenang


ps: Pesanan buat ibu bapa, tolonglah jaga hubungan dengan Allah. Anda merupakan murobbi pertama sepatutnya bagi anak-anak. Bukan sepenuhnya tugas cikgu untuk mendidik anak-anak anda. Tapi, tugak KITA. Kita yang mengaku sebagai hambaNya dankhalifahNya. 


Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers