Mereka yang Kool :)

Monday, November 21, 2011

Lebih Mahal dari Seutas Tangan Rolex kepunyaan Puan Emak

Dengan nama Allah, Yang Maha Memberi Hidayah :)

Assalamualaikum dan selamat pagi anda semua! Alhamdulillah, tsumalhamdulillah dan alhamdulillah lagi, lagi dan lagi untuk hari yang insyaAllah indah ini. 

Buat mereka yang telah menjadi peminat sumpah panas  Fanatik Dee and Tee, ingatkah anda tentang kisah purbakala dahulu sewaktu anda berkenalan dengan saya? Err. Maksud saya jalan ini. Jalan tarbiyah kita ini. Hehe. 

Bahawasanya, saya ingin memensyenkan di sini, ANDA BERUNTUNG DAN BERTUAH! Kerana berjaya dipilih oleh Allah dalam kalangan  bermilion, bilion, gazilion hambaNya di muka bumi ni. Untuk apa ek kita dipilih? Dipilih untuk memakmurkan bumi sebagai HambaNya dan KhalifahNya. Mereka yang WAJIB mengotakan janji Syahadatul Haq itu.

Anda beruntung sangat-sangat tau! Kerana hidayah Allah itu telah lahir dalam diri anda. Jika anda mencengkamnya ibarat cangkuk atau grab dalam bahasa Punjabi, memang anda dikatakan orang yang sungguh ummpphh ada kelassslaaahhh..!

Hidayah itu sumpah mahal nilainya. Lebih mahal daripada seutas tangan Rolex, Beg tangan kulit ular sawa jenama Bonia, atau Kasut tumit tinggi Pakcik Jimmy Choo itu. 

Boleh lah beli lepas ni , kan TAK MAHAL. Haha. [Kredit]
Tak percaya? Bukan saya yang kata, Allah yang mensyenkan.

''Dan sekalipun Kami benar-benar menurunkan malaikat kepada mereka, dan orang yang mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan (pula) di hadapan mereka segala sesuatu (yang mereka inginkan), mereka tidak juga akan beriman,KECUALI JIKA ALLAH MENGHENDAKI. Tapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (erti kebenaran).
[Al-An'am : 111]


Dalam bahasa mudahnya, kalau diturunkan malaikat atau orang yang dah rasa pengalaman sakaratulmaut, atau mereka yang sangat ekspet untuk mengajak mereka ke arah dakwah dan Islam, kalau Allah tak izinkan, tak dapat jugak hidayah itu. 

Jadi, jika anda merasakan diri anda telah berada di jalan tarbiyah ini, tolonglah bersyukur dengan melakukan tugas anda. Jaga-jaga! Hidayah daripada Allah mungkin bila-bila masa sahaja akan ditarik balik jika Dia menghendaki. 

ps: Ingatan buat diri yang hina ini juga.
Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers