Mereka yang Kool :)

Saturday, November 19, 2011

Sila Off Record Ketika Membaca Post Ini..!

Dengan nama Allah, Tuhan Maha Agung :)


AMARAN : Post kali ini mengandungi undur-unsur politik dan sedikit ketidak-demokrasian.




Kisah ini berdasarkan pengalaman seorang pensyarah dan telah didengar sendiri oleh telinga si saya ini. Pada suatu hari yang hening, ketika majlis konvensyen undang-undang yang diadakan di  bumi Allah ini, mereka yang ada kaitan dengan bidang perundangan khususnya peguam, hakim, penasihat undang-undang dan tak nak dilupakan pensyarah undang-undang semuanya dijemput hadir. Kiranya besar-besaran la tu.


Arakian, ditakdirkan Allah, pensyarah ini (mari kita gelarkannya sebagai Puan A), setelah selesai menghadiri satu cakap (talk) di sebuah bilik, untuk tidak menghabiskan sisa masa dan tenaga yang ada, maka Puan A pun   menghadiri satu lagi cakap di bilik yang lahen pula. 


Mengejutkan apabila bilik itu merupakan bilik yang paling penuh dan sendat persis tin sardin di kedai Wak Joko'. Ya, sendat dan padat dengan golongan peguam yang kononnya bijak berhujah dan berbicara. Bukanlah saya ingin merendah-rendahkan ke-professional-an mereka ini, tetapi apabila sampai memainkan hukum Allah, itu bisa membuatkan Nek Jah dan Pak Hussin ketua kampung naik hangen!


Kes yang dibincangkan tatkala itu adalah mengenai hukuman sebat yang bakal dijatuhkan kepada model jalan kucing Kartika. Siapa yang tak ingat kes ni memang patut terjun lombong. Haha. Terdapat sorang hos terkenal yang juga peguam 'panas' lagi-lagi semasa Isu Bersih 2.0, dan seorang gengnya yang juga loyer terkenal. 


Hos tersebut dengan selamber badaknya mengatakan bahawa, ''hukum hudud yang dibawa Islam ni macam tak patut. Terror sangat. Ada ke sampai nak disebatnya seorang perempuan hanya kerana minum? Cuba cakap kat saya, dalam bilik ni, siapa yang tak biasa minum arak? ''It's just a drink!''


Dan seisi bilik itu kecuali sebahagian yang mempunyai sensitiviti yang maha tinggi terhadap kesucian akidah Islam, ketawa terbahak-bahak. Dahlah majoriti dalam bilik itu Islam. Subhanallah! Puan A sangat berasa emosi lalu dia segera meninggalkan bilik itu.


Akhir kisah. Harapan saya moga kisah ini menjadi ibrah yang sangat berguna buat kita semua. Kof kof. Peringatan khusus buat saya sebagai warga undang-undang. 


Wallahualam.
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers