Mereka yang Kool :)

Saturday, November 12, 2011

Futurkah Aku?

Dengan nama Allah yang Maha Menahami :)

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! 
Dan Alhamdulillah... Walaupun sudah seminggu kedemaman yang tidak juga ingin kebah sepenuhnya,masih lagi saya diizinkan untuk membuat sesi menconteng dengan gembiranya di sini.

Allahu Allah... Benarlah, kita hanya mampu merancang, Allah satu-satunya yang menentukan. 
Kalau pada entry lepas, berkenaan Fanatik Dee and Tee, ya. Saya ingin sekali menjadi seorang yang kontiniusli dan istiqamah dengan progam realiti hidup tarbiyyah ini. Sumpah nak sangat!

Dan, saya juga terhengat kata-kata seorang akhawat terchenta mengenai  keseriyusan dalam tarbiyyah ini, juga telah dipahatkan di sini lah heyy..!l Saya akui cuti-cuti Malaysia yang lama amat di rumah kediaman yang serba sederhana ini memang bahaya

Dengan kesebukan aktiviti keluarga yang masa-masa ni lah nak ada kendurinya, nak jalan-jalan cari makannya, dan pelbagai lagi perancangan. Sehinggakan, apabila ada saja ki ni rasa onferensi riang yang menjadi peraioriti, terpaksa mencari sejuta enam puluh satu ribu tiga ratus sembilan puluh enam alasan untuk pergi.
Itu belum termasuk sesi-ceramah-bebas dari Puan Emak, duit tambang pergi-balik dan pelbagai lagi hal yang perlu dikonsiderkan. 

Namun, jangan lupa! 
''Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya''
[Surah As-Saff: 10-11]

Memang sangat lah siknifikennya ayat tersebut dengan situasi yang dirasai ketika ini. Hanya mereka yang kool sahaja yang cukup BERANI untuk berjihad dengan HARTA DAN HATI. Ya, semoga saya dan anda juga tergolong dalam mereka yang berani itu, insyaAllah. *Senyum hingga nampak gigi.

[Kredit]

InsyaAllah. Kini, saya serasa tidak sabar untuk kembali ke sana. Bersama akhawats yang dichentai keranaNya. Subhanallah!


ps: Maafkan saya. 

Wallahualam,
syafakillah untuk diri sendiri
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers