Mereka yang Kool :)

Wednesday, September 14, 2011

Main-main lagi? Kena kang!

 Dengan nama Allah, Cintaku :)

Setiap hari kalau boleh nak kata 'busy' kan? Sampai tak sempat nak hapdet belog selalu. Aseef jiddan (maaf banget banget)

''Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.''
(Al-Hadid : 16) 

Ayat ni sungguh siknifiken buat diri saya setelah berbulatan gumbeera bersama di Kolej Bunga Bungaan Melati. Hehe. (Kenapalah baru nak terkesan kan? Bukan nya tak pernah baca ayat ni)

Sebab tu lah dengar cakap naqibah a.k.a mama awak tu, Cik oiiii...! Kalau dia suruh datang berbulatan gumbeera ataupun konferensi riang, sila silalah 'free'kan diri ya! Tengok! Kan dah dapat something yang osem. Haa....
Ok. Lurus ke titik. 
Kejaaapp! Nak fikir secara kritis ni...!

Cuba tanya balik diri, sepanjang usia diri ditarbiyyah ni, apa pencapaian kita semua?
  • Kerja dakwah settle?
  • Dah beranak pinak berapa?
  • Masih ada lagi rasa meluat, menyampah, rasa nak hentak-hentak kaki tarik-tarik rambut sebab tak nak pergi Bulatan Gumbeera, Konferensi Riang, Quranic Circle?
  • Karat-karat Jahiliyyah masih di tahap maksima, kena guna dynamo sejuta tong baru boleh tanggal?
Nak cuba satu esaimen tak? Tanya soalan ni pada diri sendiri dengan riak wajah serius menurut ayat 16:

'' DAH LAMA BERBULATAN GUMBEERA, BILA LAGI NAK  
SERIUS DENGAN TARBIYYAH DAN D&T NI?''

Kalau masih lagi ada rasa menyampah, meluat, tak suka, boring, sengal dan kata sinonim (rujuk Thesaurus) , cuba cek semula. 
Kenapa masih ada rasa macam tu?
Tepuk dada tanya iman ok!
Kata nak jadi daie super saiya kan... Com'on lah!

Jom hebohkan RISALAH DAKWAH sebenar!


Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers