Mereka yang Kool :)

Thursday, September 22, 2011

Dapat 'bodoh' sebijik!

Dengan nama Allah yang Maha Penguasa, Maha Pengatur segalanya . 

Alhamdulillah.  Serasa ingin menitis air mata buat masa ni. Ok, mesti anda nak kata ''Sikit-sikit touching kome ni, tak patut bebeno''. Ok, tak mengapa, anda akan tahu mengapa saya emosional untuk post kali ni.

21 September 2011 jam 5.47 pagi
''Najwa, cepat datang bilik aku. X dan Y kena rasuk''

OK. Dengan mata yang masih mengantuk, saya berlari ke bilik yang dimaksudkan. Subhanallah, nampak 2 orang rakan tersayang terbaring kelemahan. Setelah bergelut, bertarung mengajar ayat Kursi dan lain-lain, mereka nampak macam okay. Saya kembali mengajak rakan Y yang sedang 'tidur' untuk sama-sama solat Subuh.

Saya  : ''Y, jom dengan Jua solat Subuh.''
Y       : Takda respon terbuka atau tertutup
Saya : ''Y, jom lah. Jua amikkan wuduk okay.''
Y      : ''Apa kau cakap ni, aku tak faham lah BODOH!!!

Sentap seketika. Belum pernah lagi sekasar itu perkataan yang keluar dari mulutnya. Takpe, saya tahu bukan 'dia'. Dan bila ayat Kursi kembali diajarkan di telinganya, dia bertindak menutp telinga. Dan tiba-tiba, ''Woi! Bunuhlah, bunuh lah dia tu!!!''

Allahukabar! Serasa Allah sedang menguji dengan kefahaman saya mengenai alam Ghaib serta berapa darjah keyakinan saya terhadap kekuasaanNya. 

Bukan itu sahaja, sepanjang hari saya tidak sempat berehat mahupun melelapkan mata, padahal saya tahu esok exam. Demi tugas khalifah oleh Allah, saya gagahkan diri,

Diri ni pernah disepak, diterajang, dicekik, digigit, kalau dipanggil bodoh tu memang banyak kali dah.
Itulah makhluk ghaib Allah.

Tapi, satu hal saya belajar dari Ibrah peristiwa ni, bukanlah AIR JAMPI, LETAK YASSIN DI DADA  yang menjadi penyebab, tetapi keyakinan terhadap bacaan ayat suci Allah itu yang banyak membantu.

Allah jadikan ayat-ayat firmanNya khas untuk semua orang. Bukanlah kata dia pakai tudung labuh, dia tahu agama seluruhnya, semua orang bisa, insyaAllah. 
Bila difahami makna sesuatu surah, atau ayat, dan diaplikasikan dalam situasi gentir seperti ini, baru kita akan yakin akan maksud sebenar Allah nak sampaikan pada kita,

Alhamdulillah, X dan Y dalam rawatan. Allah masih menguji mereka.

 Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 
 (Al-Baqarah : 255) 

Moga Allah permudahkan segalanya. Allah kan Maha Super Power. Ni mungkin bukanlah pengalaman pertama handle those cases. Tapi, selangkah di Uitm, ya. Inilah kali pertama. Jauh dari family, tapi ukhuwwah sesama rakan-rakan kerana Allah itu terasa soooo shuuuuwwiiitttt. 
*Menangis terharu
ps: Selepas ni, mahu merehatkan badan. InsyaAllah. Saya hanya meminjam kekuatan dariNya.

Wallahualam
-islamic desire-

4 comments:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]