Mereka yang Kool :)

Thursday, September 1, 2011

Surat untuk Abah #3

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Abah, adik terasa nak menulis untuk abah. Ya, sekali lagi. 
Kalau abah tak baca pun tak mengapa. Tak lama lagi kita jumpa, ya abah. InsyaAllah.
Abah, sekarang kan dah hari raya ke-4. Kami semua beraya pertama di rumah atuk Batu Pahat. Ada family ucu, mak ijah, makmah. Yang lain belum balik atau mungkin tak berkesempatan balik. Jelasnya, kami semua sempat berkumpul dengan yang dinyatakan tu jelah. Tapi secara jujur dari hati adik kan abah, raya tahun ini rasa macam dah hilang 'ruh' nya. Adik tak salahkan sesiapa. Mungkin perasaan adik saja. Melihat keluarga kita yang bahagia, adik rasa bersyukur. Mungkin keluarga orang lain tidak begini. Raya pertama ramai saudara yang datang rumah. Seronok dengar mereka cakap 'banjar'. Tapi, kegembiraan dan keseronokan tu tak berjaya menyentuh hati adik. Ya, ramai kawan adik yang hantar sms raya, call pun ramai, tapi entahlah. Adik mengadu pada Allah, mohon tenangkan hati ni. Adik rasa adik tahu kenapa adik macam ni. Adik rindukan abah. Rasa tak sabar nak jumpa abah. Nak peluk abah erat-erat. Nak salam tangan abah. Nak bagitahu adik rindu abah sangat sangat. Masa kat rumah atuk, adik teringat satu benda yang abah buat untuk kali terakhir sebelum abah 'pergi'. Masa kita kat rumah, abah suruh beratur. Ingatkan nak kena marah. Rupanya kena salam abah ambil duit raya sorang satu. Yang bestnya, abah bagi Lolypop sorang satu. Hehehe. Adik ingat lagi, adik dapat Lolypop strawberry. Dan dan tu jugak adik makan. Hehe. Bahagia sungguh masa tu. Adik rindu atuk Melah, atuk Mat. Kesian Mak Ijah kena uruskan hal perkahwinan dia. Nasib baik ada adik-beradik yang sangat mengambil berat. Abah, naik cuti ni adik ada final exam. Moga Allah mudahkan urusan dan cemerlangkan keputusan adik, ya bah. InsyaAllah. Nanti ada masa adik tulis lagi ya. Cukuplah air mata ni, adik sentiasa doakan abah. 
Salam sayang dari adik.
ps: Kalau tak baca pun tak mengapa. Adik tahu abah sejahtera di sana. insyaAllah. 

Anakanda,
Najwa Farhana Binti Wahid @ Ab Wahid.

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]