Mereka yang Kool :)

Wednesday, September 14, 2011

Standard lah tu beb!

Dengan nama Allah Yang Maha Menerima Taubat :)

Baru-baru ini saya sempat membuat survey tentang dua standard : DUNIA VS AKHIRAT. Antara soalannya:

''Apa makna kaya dari standard Dunia?''
  •  Ada penhouse kat Bukit Bintang
  • Starex warna putih, sport rim baik punyaaaa!!!
  • Duit dalam bank tak kurang setengah juta, kott Najwa. Mimpi lebih aku ni.
  • When someone grants the freedom of want (jawapan budak Law lah tu)
  • Bila boleh belanja kau. Haha.
''Apa makna kaya dari standard Akhirat?''
  • Berjaya ke syurga
  • Kaya ilmu agama
  • Kerja dakwah semua settle, insyaAllah
  • Err... Jap jap. aku pikir.
  • Timbangan amal kebajikan lagi berat 
Cer cer banding dua-dua Standard ni. Lain bukan?
Bukanlah harta benda yang Allah akan analisis, tengok, semak nanti. Bukan juga pangkat Datuk, Datin, Toh Puan, Tan Sri, Puan Sri segala macam yang saya kena taip bila buat surat. Hehe...
Tapi tidaklah saya mengatakan semua itu langsung tidak berguna.
Yang penting ingat semula Telur!


Jadikan harta pangkat etc sebagai alat untuk dapat matlamat keredhaan Allah!

Jadi, lepas ni, untuk menjadi daie super saiya di Galaksi Bima Sakti, kita perlulah utamakan Standard Akhirat!
Fikrah kena betul ok!

''Kalau kalian mengejar dunia, kalian akan memperoleh sebahagian sahaja daripadanya. Jika kalian mengejar akhirat, dunia dan isi seluruhnya pasti menemani kejayaan kalian''

Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers