Mereka yang Kool :)

Friday, September 30, 2011

Oh my Prada! Nak jadi mandul ke?

Dengan nama Allah SWT, Cintaku, Sayangku, Yang Maha Penerima Taubat :)

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah masuk Bulan Oktober. Dan cuti sem saya juga bermula. Tapi kata kakakku, biar fizikal je rehat, iman jangan tau! (angguk angguk kepala)

FAKTA: Tajuk kali ini tidak berkenaan dengan keadaan biologi seseorang :)

Oh my Sembonia! Entry kali ini mungkin kelihatan ekstrem. Tapi ya! Memang belog ini untuk mereka yang ekstrem dan bertenaga! (sila like like)
Lurus ke titik.

Seperti biasa, bulatan gembeera yang menjadikan saya rasa hooyeaah dan girang selalu diatten oleh kami anak beranak.
Apa yang menariknya kali ini, ummi Ain bercerita tentang Wanita dan Tarbiyyah :) 


(At-Tahrim: 10-12)

10. Allah telah memperbuat suatu perumpamaan tentang orang-orang yang kafir, yaitu isteri Nuh dan isteri Luth, adalah keduanya itu di bawah pernaungan dua hamba dari hamba-hamba Kami, yang keduanya itu shalih;
Maka mengkhianatlah keduanya kepada kedua suaminya, maka tidaklah kedua suami itu dapat membela mereka dari Allah sedikit juapun, maka dikatakanlah kepada keduanya masuklah kedalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk.”
 

11. Dan Allah telah pula memperbuat suatu perumpamaan tentang orang·orang yang beriman, yaitu isteri F ir'aun, tatkala ia berkata ;" Y a Tuhanku! bangunkanlah kiranya untukku sebuah rumah di dalam syurga dan bebaskanlah daku daripada Fir'un dan perbuatannya dan bebaskanlah akan daku daripada kaum yang zhalim. ”


12. Dan Maryam puteri ’Imran yang membentengi kehormatannya, maka Kami tiupkanlah ke dalamnya ciptaan dari Roh kami dan diapun membenarkan kalimat-kalimat dari Tuhannya dan adalah Dia termasuk orang-orang yang ta ’at."

Banyak perumpamaan Allah buat dalam ayat ayat ini . 
Contohnya, isteri Lut dan Nuh : mereka adalah insan ditarbiyyah di zaman Nabi, tetapi masih ingkar. 
Isteri Firaun dan Maryam : merka tidak memperoleh biah yang solehah, tapi cukup ditarbiyyah.


Kreatif sungguh Allah kan? Cerita yang direct dan cukup terkesan!


Dan, sungguh ramai dan banyak lagi tentunya wanita -wanita abadi Islam.


Oh my Gucci! Muslimah, anda begitu berharga tau!

Jeng jeng jeng.... Persoalannya, hari ini, adakah saya, anda dan mereka di luar sana adalah 

produk tarbiyyah? 
Yang boleh menjanjikan redha Allah ? (muka sumpah seriyus)


Oh my Gabbana! Pernah tak anda terfikir (haa... saya dah saya dah) yang Berbulatan Gembeera itu ibarat Berkahwin?


Ok! Jangan tanya kenapa. Saya nak jawab lah ni heyy....! Hehe


Bila seseorang berkahwin, dia mesti menjaga sistem rumahtangga agar menjadi famili yang sakinah (bahagia) dan tentunya osem! Paling best, bila isteri hadiahkan anak-anak  dalam famili tu. Jadi, adalah yang dipanggil atuk, nenek, mama, baba, papa, abah, mak, ummi, daddy, dan sebagai bagai bagai bagainyaaa.

So, whats the big deal? (Atuk aku pun tahu tu)
Sabar sabar. Istighfar ok. 
Bulatan gembeera juga pastinya mengamalkan sifat beranak-beranak itu.
Jadi, adakah anda sudah beranak dalam bulatan gembeera masing-masing? 

Sampai bila nak jadi mandul?


Dush! Macam buah durian jatuh atas kepala ni haa. Takpe, biar kan dia terasa. Hehe. 
Ayuh kita beranak! Eh eh eh, maksudnya menambah bilangan ahli bulatan gembeera, hehe,



ps: Syukran jazilan buat akhawat-akahawat tersayang. Juga buat ikhwah yang banyak berkorban. Moga terus tsabat di lebuh raya Allah SWT. 



Wallahualam
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers