Mereka yang Kool :)

Monday, September 12, 2011

Selamat Jalan Romeo!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Kepala tunduk sambil mengucapkan Alhamdulillah. Ya, Alhamdulillah! Kerana masih diberi kesempatan untuk menulis di ruang yang sangat sibuk ini.

Entry ini ditulis setelah seharian menghabiskan masa yang berharga dengan konferensi riang di Serdang hujung minggu lalu. Nota dibelek dibelek dan ya! Saya tertarik dengan satu tajuk. SJ. Saya Jambu. Eh? No no no. (sambil menggoyangkan jari telunjuk anda)

Soyanara Jahiliyyah.

Ya, saya tertarik untuk berkongsi kisah ini. Tentunya berlaku pada diri saya sendiri. Bukan untuk membuka pekung di dada. Tapi manalah tahu, saya bisa membaca lagi entry ini dan jadikan ia AMARAN KERAS TAK BOLEH DIKATA BLAH BEGITU SAHAJA. (mengangguk-angguk sambil menunjukkan simbol best)

Ok. Saya teringat dahulu kala sebelum saya menjadi member dalam Bulatan Gumbeera penuh ceria, saya sangat bergerak aktif dalam kegiatan kokurikulum sekolah menengah. Bahas, Pantun, Drama, Tarian (just name it)

Subhanallah. Masa yang penuh terisi dengan aktiviti-aktiviti kejahiliyyahan. Hehe.
Yang paling saya ingat, saya pernah menjadi penyanyi di khalayak ramai. (air mata mula bergenang)
Ya, seusia 15, 16 dan 17 tahun saya menjadi penyayi. KONONNYA menghiburkan para tetamu. Choyyyy!!!


Kita tak sama dengan Tikus. Ia tiada akal. :)
Dan tentunya, pakaian saya pakaian yang hampir semuanya menarik kalah Datuk Siti. Persembahan itu terkenal sehingga ke peringkat kebangsaan. Banyak show dibuat di sana-sini. Astaghfirullah. Serasa tidak mampu saya menulis lagi. Hakikat selalu pahit, kan?

Sehingga ada yang menegur,
''Pakai tudung, tapi menyanyi. Pigiraaah!!!''
'' Belajar agama pandai, amal tak pun!''

Dan pelbagai tohmahan lagi. (saya angkat tangan ke atas, menyerah kalah)
Ya, benarlah kata murobbi ku. Jika sesuatu perkara hanya datang dengan ILMU. Bukan dengan fikrah, maka takkan masuk kefahaman dalam hati tentang syariat Islam.
Dalam kata lain, seseorang takkan faham kenapa tak boleh buka aurat dan segalanya jika hati mereka tidak dibasuh digosok, digilap dengan Islam sampai shingggg** (bersinar silau mata heyy!)


Maka, bulatan gumbeera mengajar saya kefahaman yang sampai mengakar dalam diri, insyaAllah.
Soyanara Jahiliyyah. Selamat Jalan Karat segala!
Saya memohon ampun dan taubat kepada Allah andainya jahiliyyah saya yang dahulu dan mungkin kini yang tidak saya sedari masih berlaku. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Ps: Mohonlah taubat selagi masih ada waktu. Allah itu Maha Super Power Penerima Taubat. DIA juga yang memberi hidayah kepada kita. Kalau saya boleh, anda juga boleh! Buktikan!

Wallahualam
-islamic desire-

2 comments:

  1. Alhamdulillah, jadikanlah para sahabat Rasulullah dulu mentor kita yer. Ikut contoh Sayyidina Umar, dulu hidup begelumang degan jahiliyyah tapi lepas dapat hidayah, jadi pembela Islam yang berjiwa hamba. InsyaAllah, kita pun boleh yer. :)

    ReplyDelete
  2. Rasa kerdil betul diri ni...
    Jazakallah akhi.

    ReplyDelete

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]