Mereka yang Kool :)

Tuesday, December 9, 2014

Sebab Memang Panjang!

Dengan nama Allah yang Maha Memberkati...

[Nota di kaki lima]: Buat yang mencari-cari kemanisan berada di jalan ini, sewaktu awal-awal dahulu...



Tak selamanya janji itu terasa manis... [Kredit]

Dulu, ingat lagi masa awal-awal zaman ditarbiyyah, kita berjanji untuk sama-sama berada di jalan ini walau selama mana pun ia, zaman riang gembira, saat tarbiyyah dirasakan sangat manis, pengisian demi pengisian yang kian tak sabar ditunggu, terasa sangat basah dan menyenangkan jiwa. ''Ya, inilah yang aku mahukan dan inilah yang aku cari selama ini!''


Dulu, bulatan yang kita hadiri, bulatan yang besar. Kalau kita lukis bulatan kat tanah, cantikk je. Sebab ramai. Jadi, bulatan yang kita lukis tu pun jadi bulatan yang sempurna. Masing-masing, waktu itu dirasakan bagai adik beradik. Rapat, segalanya kita mampu kongsi dan ceritakan bersama. Jadi, apabila ada ramai, kita jadi bersemangat untuk ke program-program yang murobbi kita sediakan. Masa tu, kalau ada rasa malas atau berat nak pergi pun, kawan-kawan yang lain mesti tarik jugak sampai kita berjaya pergi program sampai habis. Seronok sangat waktu tu!


Dulu, disebabkan rasa tarbiyyah yang basah dan bulatan gembira yang ideal, ada setiap minggu, buku nota kita penuh dengan tulisan dan idea. Hafalan ayat quran yang best-best pun kita catat dalam buku nota tu kan? Amalan kita makin baik, dah mula pandai solat sunat Dhuha, dah mula membaca surah Kahfi setiap Jumaat, dah tak kekok nak berjinak-jinak memakai skirt, baju yang labuh dan longgar sikit dan mula errr.. bertudung labuh. Semuanya dirasakan seronok bila dibuat. 

Namun...

Realiti jalan ini tak selamanya basah, cantik, ideal, indah dan sempurna. Makin lama, ia makin beranjau. Makin lama, makin banyak membutuhkan masa kita, sudah tidak punya banyak masa membuat hal yang kita suka, makin banyak hak yang perlu ditunaikan, banyak benda perlu difikirkan dan diatur. Lalu, segala rasa manis dan basah itu kadangkala hilang, atau pudar sebentar. Ada ketikanya, pergi ke program dengan hati yang kering, semangat yang tumpul. 

Mengapa begitu?

Kerana sunnatullah, jalan ini memang sangat lama dan tersangat panjang. Sampaikan kita sudah tidak tahu mahu ke mana, terlupa tujuan asal kita ditarbiyyah, tujuan asal kita berada di jalan ini. Maka, ramai juga rakan-rakan kita yang tersungkur. Mungkin kita juga ada kalanya berkira-kira merancang strategi, untuk berhenti di jalan ini. Namun, Allah swt tetap memilih kita, masih ada tangan-tangan yang sudi dihulur membimbing kita kembali. 

Ahdaful tarbiyyah. Ya, boleh saja kita lantang dan kencang berdiskusi tentangnya. Kita mahu ditarbiyyah dan mentarbiyyah hingga akhirnya kita mendapat satu cara pandang islam yang paling jelas. Bila dikatakan haram, maka kita sudah tidak kata ''Alaa, sekali ni je. Puhliss.... atau ni kecik je ni.'' Tak, haram maknanya haram. Halal maknanya halal lah. Takda tengah-tengah ya ladis n jentelmen.

Kita juga mahukan end point bila ditarbiyyah ini, kita mampu beramal dan berinteraksi dengan tarbiyyah ini. Maka, segala perasaan kita, keyakinan kita, fikiran kita dan fokus kita segalanya untuk islam. Untuk bekerja demi islam. 



Agreed? [Kredit]

Memang malu tatkala membaca kisah-kisah perjuangan Hassan al Banna dalam pelbagai siri buku tentang diri beliau, bukannya beliau seorang yang imannya stagnant. Adakalanya beliau juga suka mempersoalkan itu dan ini. Beliau juga banyak kali ditentang, gila-gila ditentang, contohnya semasa kisah pembinaan masjid pertama Ikhwanul Muslimin, hanya kerana ada seorang bukan islam yang mahu menyumbang, maka, orang ramai tidak mahu meneruskan usaha ke arah pembinaan masjid tersebut, namun, itu tidak mematahkan semangat beliau. Contoh kedua, ketika hanya beliau dan rakannya, dua orang sahaja yang mempertahankan prinsip mahu memakai jubah ketika di Universiti, hingga dipanggil oleh pengetua, adakah beliau berasa segan selepas itu? Tidak! 

Dan cerita femes beliau yang berdakwah di kedai-kedai kopi tepi jalan, berjalan dari satu kedai ke ekdai yang lain, adakah beliau berhenti hanya kerana orang tidak mahu mendengarnya? Tidak! Sama sekali tidak. Kerana apa? Beliau jelas dengan ahdaf nya. Jelas dengan matlamatnya. 

Dan kita? Hanya beberapa bulan atau tahun ditarbiyyah (itupun kalau kita buat kerja tarbiyyah lah). dah banyak merungut dan bising. Bak kata ukht X, ''tangan tak jalan, mulut je bising''. Ok, perit rasanya. 


[kredit]

Jangan pula kita menjadi seperti Bani Israel. Tatkala di zaman Firaun, mereka menjadi hamba abdi, dibunuh anak mereka yang lelaki, lalu datang Nabi Musa a.s mengajarkan islam, dan memberikan mereka satu kebebasan mutlak sebagai hamba Allah swt yang merdeka, mereka malah ''rindu'' kembali untuk menjadi hamba abdi untuk Firaun itu. 
Hingga mereka yang ditarbiyyah, yang ikut Nabi Musa a.s menyebarangi Laut Merah, kembali kufur kepada Allah swt. 




[127]
Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: “Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

[129]
Mereka berkata: “Kami telah dianiaya dan diperhambakan (oleh Firaun) sebelum engkau datang kepada kami dan sesudah engkau datang kepada kami”. Nabi Musa menjawab: “Mudah-mudahan Tuhan kamu akan membinasakan musuh kamu dan menjadikan kamu khalifah di bumi, kemudian Ia akan memerhati bagaimana pula perbuatan kamu?”

[130]
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka insaf mengambil pelajaran.

[131]
Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: “Ini ialah hasil usaha kami”, dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.


[132]
Dan mereka berkata: “Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu”.

[133]
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.

[134]
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: “Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu”.

[135]


(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya


[Al A'raf 7:127-135]

Kerana jalan ini memang panjang, hingga mereka yang qowiy (kuat) juga boleh tersadung. Kerana itu, ingatkan semula diri, apa hadaf atau objektif kita mahu ditarbiyyah ini. Jika kerana manusia, kita akan kecewa. Jika kerana cinta, cinta tidak selamanya ada, jika kerana nama, mati kelak tak membawa nama. 



[Kredit]


Obsesi kita sepatutnya hanya RedhaNYA. 


''Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau terbunuh..''



[At Taubah 9:111]


Moga amal kita makin lama makin kencang. Moga terus thabbat, semuanya. Salam sayang.




ps: Sanah helwah kakak. Sanah helwah semua. Moga diberkati usia kita. Ameen.




Wallahualam

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers