Mereka yang Kool :)

Friday, May 13, 2011

Jangan Main-Main! Aku tembak nanti..!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah. Sabtu yang cerah dan sejahtera. Apa khabar iman antum? Apa khabar mutaba'ah amal ?
Macam selalu, (takkan tak tahu kot, hehe ) Jom, kita perbaharui taubat kita, Astaghfirullah~


Haa... Takut tak baca tajuk entry ni? Ada apa hal dengan tembak-menembak ni?

InsyaAllah.. Bila kita semakin dihidangkan dengan hidangan hiburan yang lazat-lazat di Tv mahupun Astro, Akademi Fantasia semakin digilai, Maharaja Lawak semakin ditontoni, AYUH!!! Sampai, bila nak teruskan karat-karat jahiliyyah ni? Nak tunggu kena tembak dulu??

Sebenar-benar dan benarnya....

Entry kali ini berkisar tentang pengalaman ku sekali lagi di Program Latihan Khidmat Negara. (PLKN).
Macam wira dan wirawati lain, aku sempat melakar pengalaman hidup untuk menembak menggunakan senjata COLT M-16.

Berat tanpa peluru saja dah mencecah 2.9 Kg. Dengan aku yang terketar-ketar ni, digagahkan juga diri aku menembak. Sebab, aku tahu inilah saja peluang aku untuk merasai bagaimana pejuang-pejuang di Palestina sana daripada sekecil-kecil umur sehingga sebesar-besar ketua keluarga akan berjihad!


Aku diberi peluru sebanyak 40. 10 untuk pelarasan atau sebagai persediaan untuk membiasakan diri menembak. 30 lagi akan dicatat markahnya. Haa... Best tau! Bunyi tersangat KUAT, DUM sana, DAM sini.
Sehingga aku terlupa bahawasanya aku juga turut menyumbangkan bunyi-bunyi tembakan itu. 
Memandangkan 40 biji peluru sudah ku bazirkan (hehe), ditambah pula dengan berat senapang itu, bahu masing-masing menjadi sakit. Ada juga yang lebam dan luka.

Sampai di dorm, aku berehat. Dan, yang lebih aku renungkan bila aku tadabbur ayat  yang berjaya menitiskan air mata Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanieh ketika mengimami solat  tarawikh. 

''Musa berkata kepada kaumnya,''Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah; diwariskanNya untuk sesiapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa''. 
(Al-A'raf:128)





Lantas...
Aku tersedar, PALESTINA bukan bermusim kesengsaraan nya. Bahkan, setiap detik mereka berjihad.





Pada kita, APA??
Hanya sekadar berita biasa.
''Alah... Ni salah AMERIKA tu.''
''Nanti Allah tolongnya Palestina tu''
''ALHAMDULILLAH, Negara kita aman dari peperangan''

Klise kan jawapan dan ayat-ayat tu semua?? BANGKITLAH MUSLIMIN OI!
APA PENGORBANAN ANDA UNTUK MEREKA??? 


Pengalaman menembak ini takkan sesekali aku lupakan. Kalaulah ALLAH izinkan, akan aku tembak satu-persatu ZIONIS LAKNATULLAH!


Ma fi Qalbi Ghairullah~
Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]