Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 5, 2011

Semua SALAH PAPA!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. Allah izinkan lagi diri hina ini untuk kembali ke gelanggang blog :) hehe.
Maaf dipinta buat semua, bukan tak sudi nak menulis dah, cuma ada kesulitan yang amat dikesali.
Jadi, apa khabar iman ? Sudah makan? Mandi?



MOOD ENTRY: BETUL-BETUL MARAH!!!






Jadi, apa cer dengan salah papa ni?
Nak dijadikan cerita, ketika 'on the way' pulang ke Shah Alam dari Banting, menaiki so called BULLET TRAIN KTM, hehe..

Hari tu mendung dan mendamaikan hati-hati yang dahagakan tarbiyyah Islam. Ketika fikiran menerawang ke awan nano, tiba-tiba kedengaran jeritan ''NI SEMUA SALAH PAPA!!!''

Aku yang berkemungkinan mengalami lemah jantung pada ketika itu, terkejut!
Begitu juga makcik-makcik dan Kak Limah yang baru pulang dari pasar menaiki tren yang sama.

APA CER BISING-BISING NI?

Rupanya, seorang budak lelaki 3 tahun memarahi papanya. Dengan kaki yang menendang-nendang (betul ke ayat ni) dia terus memarahi papanya.

SUBHANALLAH....

Baru 3 tahun, tapi dah macam-mcam seranah yang si ayah tu terima. Mana perginya adab sopan santun seorang anak terhadap orang tua?

Umur yang sebegitu muda jua bukan alasannya....


Bukan ke cikgu Bahasa Malaysia ada ajar,

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA?

Semoga kita tidak tergolong menjadi anak derhaka. Nauzubillah... 

Ma fi Qalbi Ghairullah
islamic desire

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]