Mereka yang Kool :)

Sunday, July 10, 2011

Tonik untuk Kekal KUAT dan SIHAT!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


Entry kali ni sebenarnya bukan nak cerita sangat tentang Inchek Transformer tu... Bukan juak nak 'compare' dengan Papa Hijau Hulk. Hehe.
Cuma teringat dan semoga dapat 'refresh' minda tentang pengisian QAEDAH SULBAH oleh Kak Nik Nur (kini dalam proses mendapatkan PhD) . (mantap  kan? ^_^)

QAEDAH SULBAH

MAKNA
QAEDAH : ASAS
SULBAH : KUAT/MANTAP

''Sungguh, orang-orang yang sebelum mereka telah mengadakan tipu daya, maka Allah menghancurkan rumah-rumah mereka mulai dari PONDASINYA (ASAS) lalu atap (rumah itu) jatuh menimpa mereka dari atas, dan siksa itu datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak sedari.''
(An-Nahl:26)

Kenapa mesti ada QAEDAH SULBAH ni?

Mestilah ASAS untuk mencapai UA :)

QAEDAH SULBAH TU DITANGGA INDIVIDU MUSLIM TAU!

Kata HASSAN AL-BANNA :
''Apabila ada seorang mukmin yang SAHIH, akan ada segala macam cara untuk kejayaan''

MASA BERIMAGINASI BERSAMA  TEAM KAK LIMAH


Bayangkan dan bandingkan.
Semua MENARA TINGGI perlu ADA ASAS KUAT!!!





Komplikated kan asas MENARA PETRONAS ni??

Kebanggan Malaysia, mestilah ada ASAS yang SUPERB,kalau tak runtuh laaa :)

HIPOTESIS: Semakin tinggi tangga atau menara yang hendak dibangunkan, semakin kuat asas yang perlu dibina! 

(CIKGU BAHASA SAINS KATA DAPAT MARKAH PENUH! HO YEAAHH!)


APA CARA QAEDAH SULBAH NI YA?

Simple...
1. Tahu METHOD
2. Tahu TUJUAN

Dalam persamaan kuadratik yang mudah, ia kelihatan begini :

HOW+WHY= MAQBUL (DITERIMA)

HOW: CARA RASULULLAH S.AW. (USRAH dan method dakwah yang berkesan)
WHY: UNTUK ALLAH S.W.T DAN SAHAJA
INSYAALLAH MAQBUL!

Haa... Jadi, mudah tak? 
ANDA PASTI BERKOBAR-KOBAR INGIN MENJADI SALAH SEORANG 
QAEDAH SULBAH KAN? 
Bagus bagus. Macam ni lah anak omak! :)

PERSIAPAN UNTUK MENJADI
QAEDAH SULBAH YANG SUPER SAIYA


  • SIAPKAN MENTAL DAN FIZIKAL UNTUK BERDAKWAH
  • TURUN PADANG TENGOK SENDIRI REALITI UMAT YANG KRONIK
  • KREATIF DALAM CARA BERDAKWAH
  • TAHAN UJIAN-UJIAN DAN TAPISAN-TAPISAN :)
Jalan TARBIYYAH tak ditaburi bunga mawar yang 'fresh' okay :)
Karpet merah lagi lah, JANGAN HARAP! Hehe.

P/s: Semoga kita teus tsabat dalam jalan yang penuh ujian dan mencabar ini. Sebab tu, ALLAH S.W.T dah sediakan TONIK untuk kita. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. :)
Berpegang lah dengan kedua itu, insyaAllah anda akan jadi OCTOMUS PRIME yang HEBAT!

Ma fi Qalbi Ghairullah'
-islamicdesire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers