Mereka yang Kool :)

Monday, July 25, 2011

Surat untuk Abah

Pengalaman penulis sendiri. Tiada kaitan dengan sesiapa. 

Abah...
Bosan sungguh rasanya duduk membilang hari
Sudah hampir enam tahun abah pergi
Rasanya baru semalam abah peluk kitakan
Sejuk syahdu masih terasa lagi


Abah tau tak...
Itulah pertama kali abah peluk anak abah yang nakal ni
sejak kita dewasa
Dan itulah juga akhir kalinya
Erm... Rupa-rupanya abah dah tahu abah nak pergi jauh
Nak tinggalkan mak
Nak tinggalkan anak-anak
Nak tinggalkan dunia yang fana ini
Seminggu sebelum tu abah dah siap beli langsir baru
Kata abah ''takpelah, untuk raya kali ni, kita buat lawa sikit''
Abah kilatkan cermin tingkap
Abah tolong mak buat kuih
Akak kata kadang sampai ke pagi abah buat kerja

Lepas tu abah sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih
Abah jemur karpet-karpet
Abah ubah sofa antik ke tempat lain
Abah biar ruang depan tu kosong
Rupanya di situ jenazah abah diletakkan

Paling menarik sekali abah bagi tahu kat mana
Semua duit dan dokumen bank dan tanah
ada kat dalam almari
dalam beg
dalam ASB
dalam Tabung Haji

Masa tu abah perasan tak?
Kita gelak sakan masa abah bagi tahu duit dalam peti besi
kita kata abah ni memang fesyen lama laaa
abah cuma gelak
ermm.... bahagianya saat tu

Abah...
hari tu 23/11/2004 pukul 8.00 malam
abah tiba tiba hubungi kita
masa tu kan hari raya
kita kat rumah mak ngah
abah pesan
jangan nakal nakal duduk rumah orang
kumpul duit raya banyak-banyak
nanti balik tolong emak di rumah

Tapikan abah...
ada satu pesan abah yang kita rasa pelik
abah pesan tahun depan sekolah dengan emak
bukan ke sekolah rendah kita sebelah sekolah abah?
emak pun hairan bila kita tanya
abah kata mudah sikt
rupa- rupanya abah dah tahu
abah dah tak boleh ke sekolah dah nanti

Masih terbayang betapa cerianya dan gembiranya abah
bila kita umum keputusan peperiksaan akhir tahun darjah lima
kita dapat 100% untuk subjek Sains
tapi kita kata nak jadi peguam
abah dan emak tak bagi
kita kata nak jadi doktor
tolong abah kalau sakit
abah dan emak peluk kita erat-erat

Abah...
Jam 1.45 petang 24/11/2004
Pak ngah tiba-tiba suruh kita kemas baju
Kita tanya kenapa
pak ngah senyap
kita ingat pak ngah nak bawa gi berkelah
tapi perjalanan tu lama sangat
lepas kita gelak gelak dan berborak dengan sepupu Ipah, kita tertidur

Abah...
Kita ingat lagu
kita nampak jambatan depan rumah kita
dari situ kita nampak
rumah kita ramai orang
kita fikir ada pasar malam
langsung tak terfikir hari itu hari Rabu
kan pasar malam selalunya hari Ahad je?
Tiba-tiba maksu peluk kita
maksu kata ''adik, sabar banyak-banyak. Abah dah takda''
Kita tak tahu nak kata apa
Ini rupa rupanya ''berkelah'' tu

Abah...
Perasan tak?
kakak pujuk kita
dia kata ''dik, kalau sayang abah... jangan nangis ya...''
bila kakak kata macam tu
lagi laju air mata ni

Tapi kita kawal juga supaya tak menitis atas abah
di kubur
baru kita dapat tengok wajah abah
itupun kita mintak pada imam
Abah rasa tak
masa itu kita cium dahi abah
sejuk sangat
semua orang kata wajah abah mcam sedang senyum saja
akak pula terkulai dalam pelukan makcik
badan akak panas

Abah... 
hari hari yang kita lalui selepas ini tanpa abah lagi
begitu terasa kehilangan abah
lagi-lagi sekarang
Kakak sulung dah jadi ibu
Emak dah dapat gelaran nenek
Abah tahu...
Abah pun dah jadi atuk

Abah..
Bila rindu menjelma lagi
kita hanya mampu doakan dan sedekahkan al-Fatihah
rasa ngilu hati kita, abah
sebab rindu dah sampai ke hulu hati

Abah...
Cukuplah sampai di sini dulu
Emak dah panggil kita
Kejap lagi nak solat Maghrib berjemaah
Selalunya abah jadi imamkan?
Sekarang abang Nuruddin dan Naqiuddin pula
Esok kita ingat nak tulis surat untuk abah lagi...
Mula-mula kita tak tahu nak hantar ke mana
Lepas tu akak kata simpan saja untuk kenangan

Kita cuma tahu alamat ni je
Takpe ye abah kita bagi orang lain baca
Kita berhenti dahulu
Akhir kata untuk abah
Kita doakan abah berjaya di sana
Sentiasa tunggu kita untuk bertemu
Jasa abah takkan mampu kita balas
KITA SAYANG ABAH SANGAT.


-anakanda yang merinduimu, abah-
najwa farhana bt wahid @ ab wahid

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers