Mereka yang Kool :)

Wednesday, July 27, 2011

Tag Line Hampagas!

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...



''Wahai saudara saudari sekalian, kita mestilah sentiasa bersatu hati, saling membahu, demi kesejahteraan 
AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...!!! ''

*phewitt*

Biasa atau tidak antum dengar 'tag line' macam ni? Mesti lah kan. Dalam karangan Bahasa Melayu sekolah rendah, menengah dan juga ucapan masa di universiti atau di majlis majlis seumpamanya, 
memang tidak lepas kita dengar 'tag line ' ini. 

Jadi? TAHNIAH TAHNIAH. Maka, saya isytiharkan bahawasanya kita semua 
sedang di GHAZWUL FIKR kan. (Perang Pemikiran)

Apalah kaitan dengan AGAMA | BANGSA | NEGARA ?

Kata rakan ku, ''what's the big deal, dude?
It's common and yeah, we use it everytime. Even the prime minister does it!!'' 
''Dah tak ada benda lain nak kritik? Budak Law memang kerjanya cam ni ek?''

''Lebih lebih nampak. Kau nak kata cikgu BM dulu tak pandai ajar ke apa?''
Ok. Over pulak yang cikgu BM tu kan. Hehe. Namun, bukan lah niat saya untuk mengatakan sedemikian. 

Jangan cepat buat  assumption (andaian). 
Cuba sebut agama, bangsa dan negara. Kesemua perkataan dipisahkan dengan simbol koma, atau 'dan'. 
Betul tak? Seolah - olah segalanya di bidang yang berlainan.
Sedar kah bahawa bangsa dan negara memerlukan agama secara holistik. 
Kan ke kita nak bina Kerajaan Islam dan Daulah Islam? 
Kalau NEGARA DAN BANGSA terpisah dari AGAMA, macam mana?
OK. Kak Limah baru tahu. (Sigh)

Apa yang ingin penulis sampaikan bahawasanya, Malaysia yang secara fitrahnya negara ISLAM. Fikrah mungkin belum sepenuhnya, 
Ummat yang sedang sakit tenat sekarang ni semakin dan semakin dihadapkan dengan pelbagai hiburan huha huha yang sememangnya payah derr nak tolak kalau iman di dada nipis. 

Jadi, ubahlah paradigma kita agar landskap pemikiran yang islamik secara holistik dapat direalisasikan demi 
 AGAMA TERCINTA BUAT BANGSA DAN NEGARA!!!
(kredit ayat ni buat cikgu BM. Hehe)


Ma fi Qalbi Ghairullah
-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers