Mereka yang Kool :)

Sunday, July 31, 2011

Fiesta Ramadhan atau Hamba Ramadhan ?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..




Setiap amalan anak Adam itu baginya. Satu kebaikan dibalas dengan 10 ganjaran hingga 700 kali ganda.” Firman Allah ‘azza wa jalla: “Melainkan puasa, sesungguhnya ia adalah bagiKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sesungguhnya dia meninggalkan syahwat, makanan dan minumannya semata-mata kerana Aku. Bagi orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan: kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi.”
(Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Darimi)

 baru berkesempatan menge'post' entry Ramadhan 1432 H. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Sangat bersyukur Allah memberi kesempatan untuk berasa terharu (sob sob) menikmati malam pertama Ramadhan. 

Ho yeah! Tahun ini insyaAllah Ramadhan lebih unik daripada biasa kerana saya menikmati Ramadhan bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Tak mengapa, segalanya mudah bagiNya.

''... Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...'' 
(2: 185)

Fiesta Ramadhan VS Hamba Ramadhan

Fiesta Ramadhan kali ini akan dipenuhi dengan target target dan disertai dengan ibadah yang super saiya mengharapkan Mardhatillah!
Hamba Ramadhan pula menjadikan bulan ini sebagai bulan 'memendam' dan bulan seterusnya untuk membalas dendam.
contohnya: ramai yang pakai tudungnya litup dan berjubah (abaya nampak moden sikit, hehe) bila tiba Ramadhan tetapi masuk Syawal, hah! Ala ala Transformer dah....

Decide lah nak jadi hamba Ramadhan atau nak sertai Fiesta 30 Hari yang hoo yeahh!

Justeru... Kemaafan dihulurkan buat mak,kakak,abang,adik, atuk, nenek, dan semuaaaa :)

Saya ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa 1432 Hijrah kepada semua. Jom, meriahkan FIESTA IBADAH DI BULAN RAMADHAN! InsyaAllah :)

-islamic desire-

No comments:

Post a Comment

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]

Daisypath Happy Birthday tickers