Salam Ramadhan buat anda :) [kredit] |
Hamdanlillah, belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan tahniah buat rakan-rakan seperjuangan yang berjaya ditempatkan di medan 'alat' universiti masing-masing. Buat yang belum berjaya, bersangka baiklah denganNya. DIA memberi sesuatu yang lebih baik buat anda, di waktu yang tepat.
Hujung minggu yang lepas berjaya menganjurkan satu rehlah bersama adik-adik bulatan gembira yang comel dan riang semuanya. Saya juga tidak menyangka dengan kehadiran adik-adik yang baru sangat 'join' jalan ini. Alhamdulillah. Segalanya manis dan osem bila Dia yang merancang. Jazakunnallah antunna semua :) Moga antunna terus tsabat!
Oh, sebelum saya terus-terusan menjadikan diari bulatan gembira ini menjadi diari diri saya sendiri, mari kita kembali ke pangkal jalan. Hehehe.
**********
Jangan cepat marah bila diuji ya? [Kredit] |
Sungguh tipikal dan mungkin sedikit buhsan bagi anda jika saya katakan bahawa jalan ini sumpah panjang, jalan ini tidak ditaburi bunga matahari mahupun bunga bongsai bukan..? Mungkin kakak dan abang bulatan gumbira anda dah jenuh berbuih mulut perkatakan hal yang sedemikian rupa hingga anda boleh menghapal ayat mereka. Hehe.
Tapi, itulah hakikatnya. Kali ini, saya juga bukan ingin mengatakan tentang ujian dan pancharobha anda lalui di sepanjang jalan dakwah dan tarbiyyah ini. Bukan. Itu saya sudah sedia maklum. Malah terlebih maklum.
Mungkin bagi yang sudah sering diuji, akan terasa seperti mahu berehat. Mahu lari sejauh-jauhnya daripada masalah. Kalaulah boleh, mahu meminta MC dari Allah SWT kerana tak tahannya ujian yang maha berat itu.
Tapi, tahukah anda, pernah tidak anda terfikir, apa akan jadi bila anda tiada langsung memperoleh ujian daripadaNya? Segalanya cukup mudah. Segalanya santai dan bergaya. Segalanya sempurna (bagi anda lah kot) Ada tak perasaan galau dan risau di situ? ''Erm, kenapa ya Dia tidak menguji aku? Adakah kerana dosa aku selama ini? Takutnya kalau Dia tak pedulikan aku''
Allah loves you. Believe me. [Kredit] |
Tarbiyah menjadikan seseorang memandang segalanya dari sudut positif dan unik. Seriyusli. Seorang manusia biasa mungkin akan mengucapkan syukur sebanyak-banyaknya kerana hidupnya mudah. Hidupnya senang. Sokmo-sokmo senang kata orang Ganu. Ehh. Tapi, berlainan dengan manusia yang telah disapa tarbiyah. Mereka akan berasa kurang selesa dengan keadaan itu. Percayalah! Tanyalah kepada syuyukh dan qudhama' yang anda kenal.
Bukanlah saya ingin katakan bahawa kita patut mencari masalah. Tidak sekali-kali. Tapi, bila kita diuji, kita pasti rasakan ujian itu manis sungguh. Tanda Allah sayang. Tanda Allah peduli. Tanda Allah cinta. Tanda Allah pandang kita. Dan kita pasti menjadi tabah, kuat dan bertenaga! Sekuat Otromen Gaya mengalahkan Raksasa Bonat di tengah-tengah bangunan Tokyo!
Hai orang-orang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
[al-Anfaal, 8:29]
diperintahkan
kamu berperang, sedangkan ianya sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu
sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu
tidak mengetahui.
[al-Baqarah, 2:216]
Adakah
kamu menyangka kamu akan masuk syurga, sedangkan belum datang kepada
kamu (ujian) sebagaimana dialami oleh orang sebelum kamu? Mereka telah
ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda), kecelakaan dan digoncangkan
mereka sehingga rasul dan orang yang beriman besertanya (rasul itu)
berkata: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu sangat dekat.
[al-Baqarah, 2:214]
Moga kita tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa ujian dan mehnah dariNya. Jadi, apa lagi? Buat adik-adikku dan sahabat ku semuanya yang sedang diuji, bertahanlah! Senyumlah banyak-banyak kerana anda sebenarnya sedang diperhatikan Allah untuk diberi bonus bonanza bukan setakat tahunan, malah bulanan, dan setiap masa!
Ps: sedang merancang untuk mengarah satu drama Ramadhan diinspirasikan daripada Surah An Naziaat juga Surah Abasa. Khas untuk bulatan gembira dan konferens riang sahaja! Akhawats yang berminat, mehla rerajinkan diri jadi pelakon. Gaji dibayar khas dariNya! *kenyit mata. Oh ya, akhawat di Universiti Malaya sila silalah hulurkan tangan anda menunjuk ajar saya di sana yaa. Medan baru. InsyaAllah
Wallahualam
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam akak.. selamat menyambut bulan ramadhan,,hee
ReplyDeleteakak dpt UM ke ? mabruk :)
adik akak! ye. alhamdulillah. doakan la akak jumpa awak before gi sana ehh ;)
ReplyDeleteAllah sayang, Allah uji..
ReplyDeleteAlhamdulillah:)