Mereka yang Kool :)

Tuesday, July 3, 2012

Anda Ingat Tak Janji Anda Dengan Mak Limah?

Dengan nama Allah yang Maha Memberi Kesakitan, Maha Menyembuhkan :)

[Nota] : Janji Ditepati. Janji Apakah? Janji Diana?? Ehh.
Janji tetap janji. Lu langsi, lu rugi! [Kredit]
  Alhamdulillah syukur dan segala macam jenis bentuk pujian kepada Allah sahaja dan tentunya selawat serta salam kasih dan sayang ilebiyu dear Rasulullah. Dan tentunya saya yang marhaen ini, yang hanya bekerja di belakang pentas dakwah dan tarbiyyah mohon keampunan yang tidak putus dariNya dan kemaafan dua puluh jari termasuk jari kaki kerana lama tidak kelihatan di sini kerana demam panas. Mohon rindu saya. Hehe. 

Anda kenal Mak Limah? Kenal? Tidak kenal? Buat buat tidak kenal? Err. Anda ingat tidak janji anda dengan Mak Limah bahawasanya dia akan memberikan anda not RM100 jika anda mengembalikan dompetnya yang lusuh itu? Ok! Saya ingat! Saya ingat! Kompem! 

Errr. Sebut duit, terbuka mata. Ternganga mulut. Haihh. Andaa anda... Hoho. Oh ya, saya bukan nak bercerita mengenai ganjaran bonanza anda daripada Mak Limah kampung sebelah.  Eh

Ok. Listen up. Cuba anda renung sejenak. Tolong isikan tempat kosong dengan nama anda dan butiran anda. (macam resume lah pulak)

'Jika ditakdirkan Aku (nama anda) yang dah berumur (umur) pada tahun 2012 meninggal dunia kejap lagi (isikan waktu di jam tangan Polo anda), adakah aku sudah boleh claim yang aku dah tunaikan janji aku padaNya dan tunaikan kerja dan hak aku sebagai khalifah dan abidullah?''

Gulp. Seram juga bila perkataan meninggal dunia dimensyen ya? Tapi itulah hakikatnya. Saya mahu ajak anda kita duduk, baring, bersimpuh dan beriman sejenak membaca karangan ini. Kita ingat semula hidup kita. Yakinkah kita akan dapat menerima 'report card' dari Allah dengan tangan kanan? Banggakah kita nanti jika Allah memensyen nama kita di Padang Mahsyar dengan panggilan yang baik dan 'salam' ?

Anda tahu, bahawasanya manusia memang pelupa. Seriyusli. Tak kira muda atau tua. Kecik atau besar. Comel atau kacak. Pelupa sungguh. Kecuali mereka yang diberi 'ingatan' atau 'memo' olehNya. Anda ingat tak anda pernah berjanji dengan Allah? Janji dengan manusia pun ada. 

''Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian mereka (seraya berfirman) ''Bukankah Aku ini Tuhanmu?'' Mereka menjawab 'Betul'...''
[Al A'raf 7:172]

Dalam kata yang lebih simpel, kita dah pun berjanji bahawa kita nak sembah Allah sahaja, nak fokus kat Allah je, nak bercinta mati dengan Allah, kita taknak jadikan game, fesyen Barat, bola sepak Euro sebagai sembahan kita. Hanya Dia. Kita janji nak jadi hamba yang baik. Hamba taat. Hamba yang paaaaallllliiiiiiinnnnnnnggggg mithali sekali. 

Whoa. Comelnya kita dulu. Janji macam-macam. Ngaku Allah sebagai Tuhan. Tup tup bila dah besar, kita jadi ekstrem denganNya! Kita berlama-lama dengan dosa. Kita bongkak taknak bertaubat. Kita sombong diri dengan orang yang mengingatkan kita. Kita kerek nak mampus (akhawat tak seharusnya berkata seperti ini, hoho) bila suruh tinggalkan jahiliyyah, infakkan harta dan jiwa di jalan Allah. Pergh! Hebat juga kita ya. Kita buat dunia ni seolah-olah Encik Abah adalah CEO nya. Dan kita adalah Pengarahnya. 

Anda, bukan sengaja Allah lupakan kita dengan janji kita terhadapNya dahulu. Bukan suka-suka Allah hijabkan pahala dari kita. Sebab Allah dah hantar mereka yang bergelar Rasul dan orang-orang yang nampak biasa-biasa tapi sebenarnya penolong Allah dalam menyampaikan risalahNya kepada kita yang jahil ini. Subhanallah! Tak cukup lagi ke? Masih nak mengeluh ya? Masih mahu kata dunia tidak adil?

Anda, Al-Quran dan Sunnah itu panduan. Saya pasti anda juga belajar dalam Pendidikan Islam. Malah dikuatkan lagi dalam TITAS atau CTU (UiTM student faham kot). Bukan semberono saja ia wujud. 

Saya teringat ketika waktu berbulatan gumbira tidak terkata, murobbi saya mengupas surah An Naba' melalui Tafsir Fil Zilalul Quran. (bagi yang belum mendalaminya, boleh berbuat demikian selepas ni) ia seperti amaran mengejutkan manusia daripada tidur kerana ada kebakaran. Tapi manusia kata ''lek lu, aku tak puas tidur lagi ni'' atau kalau dia bangun pun, dia akan pandang je api tu dan sambung tidur. 

Humangaih! Secara logik akal manusia yang telah akil baligh, hal yang demikian serasanya tidak berlaku, bukan? Masakan api dah marak di sebelah kita, kita masih syok melayan tidur. Pirah! Sedangkan bunyi orang bersorak kerana gol saja sudah boleh membangunkan kita. 

Tapi itulah kita. Manusia ni pelik. Allah dah goncang kita dengan ayatNya sekeras-kerasnya tetap saja kita masih nak berehat lagi. Masih terus terusan dengan gelap pekat jahiliyyah. Duk layan lagi dosa kita. Atau kita boleh jamin kita akan hidup sejuta tahun lagi?

Entri ini saya kira cukuplah menjadi ingatan khusus buat saya yang takut semakin lemau kerana berada di rumah manis rumah. Oh alangkah indahnya jika saya mampu bersama-sama di biah yang ada akhawat menemani sentiasa. :) *doakan agar keluarga kita sama-sama menjadi keluarga Islam. Jangan lupa janji ya!!!



ps: Terus dan terus lagi mendoakan seorang pakcik yang sanggup menumpang kereta di jalanan meminta kerja semata-mata mahu mencari sesuap rezeki buat anak dan isteri yang baru sahaja melahirkan anak. Pengorbanan anda hanya Allah yang mampu balas. Hurm... Sebab itulah agaknya, syurga itu dipenuhi dengan orang yang miskin! Gulp.

Wallahualam

 

1 comment:

''... Katakanlah, ''Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran''

[Az Zumar 39:9]